BAB 6

1.1K 20 0
                                    

NUJAID sekali lagi melirik jam tangan. Makanan yang disediakan olehnya sudah pun sejuk. Dia mengeluh. Nujaid bangun lalu menuju ke balkoni. Pandangan dibuang jauh.

Bunyi loceng menandakan tetamu yang ditunggu sudah tiba. Nujaid segera melangkah ke pintu. Daun pintu dibuka luas untuk meraikan kedatangan kekasih hati.

"I ingat you tak datang," ujar Nujaid sambil tayang senyuman menggoda.

Dia bersandar pada bingkai pintu. Buah tangan yang dibawa oleh tetamunya dipandang.

"You bawa apa tu?"

"Nothing much. Just some fruits, so we can enjoy while staring at the stars."

Nujaid senyum lagi. Bakul berwarna putih itu bertukar tangan. Nujaid menarik kekasihnya ke dalam pelukan. Ciuman hangat didaratkan ke bibir gadis itu. Tidak perlu dikhuatiri perlakuan mereka diperhatikan kerana setiap apartment miliknya dikhaskan sebuah lif. Lif itu pula terus sehingga ke pintu rumahnya.

"Jom masuk."

"You masak apa hari ni?"

"Dah sejuk. But it's okay. I akan panaskan untuk kita," ujar Nujaid. Dia menapak ke dapur.

"I tak nak makan dulu. I ada sesuatu nak bincang dengan you. It's important."

Nujaid akui dia kecewa. Usahanya menyediakan makan malam mereka seolah-olah tidak dihargai. Dia berpatah balik lalu mengajak gadis itu ke balkoni.

"Apa yang you nak bincangkan dengan I sampaikan tak sempat nak makan?"

"Tentang kita."

"You dah buat keputusan tentang lamaran I?" tanya Nujaid teruja.

"I am sorry sayang. I tak berani nak beritahu daddy pasal kita. Dia akan ingat you bercinta dengan I semata-mata sebab nakkan projek di Lagenda Bayu."

Nujaid mendengus. Dia memang sayangkan Hanis. Namun, dia tidak nafikan yang projek di Lagenda Bayu juga penting kepadanya.

"Dah dua minggu I tunggu jawapan you. Kalaulah jawapan yang macam ni you nak beri kepada I, lebih baik you berterus terang aje masa I propose dulu!" Suara Nujaid sedikit meninggi.

Hanis meraih lengan Nujaid. Lelaki itu perlu ditenangkan.

Namun, Nujaid menarik kembali tangan kanannya. Dia bersandar pada pintu gelongsor sambil berpeluk tubuh. Dia sudah penat membincangkan isu ini. Tidak nampak jalan penyelesaian.

"Berapa lama lagi I perlu tunggu? Setahun? Dua tahun atau my whole life?"

"Please give me some time so that I can solve this problem." Hanis berharap Nujaid memahami masalah yang dihadapinya.

Suasana sunyi seketika.

Hanis rasa bersalah. Ini kali ketiga dia menangguhkan perkahwinan mereka. Dia sedar mereka bukan semakin muda. Ramai rakan-rakannya yang sudah berumah tangga. Malah beranak pinak.

"I love you sayang." Hanis kembali meraih tangan Nujaid. Lengan lelaki itu dielus penuh kasih.

Sejuk sedikit hati Nujaid yang membara sebentar tadi.

"Come." Nujaid membawa Hanis ke dalam pelukannya.

"I am lonely sweetheart. I just can't wait to be your husband. I nak peluk you kuat-kuat, main dengan rambut you dan kiss you macam sekarang." Satu ciuman lagi hinggap pada pipi Hanis.

"We are doing it right now."

Nujaid mengeluh. Dia mahu hubungan yang sah. Dia sudah penat mengejar perempuan. Kali ini dia benar-benar mahu sebuah perkahwinan. Dia mahu membina keluarganya sendiri bersama Hanis.

"I janji, bagi I sedikit aje lagi masa. "

Tiada respons daripada Nujaid.

"Please," rengek Hanis. Dia membelai wajah Nujaid.

Nujaid tersenyum pahit.

"You are forcing yourself to smile sayang," ujar Hanis sambil memandang tepat ke mata Nujaid.

"I know. But don't worry. I am fine. I am trying my best to understand."

"That's my man," ujar Hanis manja.

Langsung tidak sedar mereka diperhatikan.

FIRDA merasakan seolah-olah hatinya dicincang lumat. Terkenangkan kata-kata manis Nujaid yang sering mengayat kata-kata kasih dan rindu, membuatkan dia semakin sakit hati.

"Kenapa kau diam beb? Kau masih nak teruskan hubungan dengan jantan ni?" tanya Raziah.

Wajah Firda dipandang lama. Melihatkan tiada respons daripada sahabatnya itu, Raziah merampas semula telefon bimbitnya. Sekali lagi dia menatap gambar yang sempat dirakamnya siang tadi. Memang gambar Hanis kurang jelas, tapi wajah Nujaid memang terang lagi bersuluh.

"Kalau kau masih nak bersama dengan dia, kau ambil risiko besar. Silap-silap kau kena buang kerja dan si Syed tu pun melepas. Aku pasti dia akan pilih Cik Hanis berbanding kau."

Firda masih kelu. Bibirnya terus terkunci rapat.

"You're really falling for him, aren't you?" tanya Raziah dalam nada perlahan.

Melihatkan gaya Firda, dia yakin gadis itu sedang berperang dengan perasaan sendiri.

Perlahan-lahan Firda angguk.

"Tak payah! Dia cuma nak try kau aje. Dia nak main-mainkan kau. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan stick dengan kau. Lepas dia dapat, dia akan blah macam tu aje. Dia tahu kan, kau kerja dengan Hanis? Tapi dia masih ajak kau keluar. Dia tak jujur dari awal. Aku yakin lepas dia tidur dengan kau, dia akan cuci tangan dan pergi."

Firda bangun. Kata-kata Raziah agak keterlaluan. Firda mahu membentak. Dia ingin menafikan tuduhan Raziah. Namun, apabila terkenangkan kembali bahasa tubuh Nujaid ketika mereka bersama, dia mula berfikir.

Mungkin benar Nujaid mempunyai agenda lain untuk mendekatinya. Sama seperti datuk-datuk kerepot yang cuba menabur kemewahan untuk tidur bersamanya.

Firda mencari telefon bimbitnya. Semua gambar yang ada dalam akaun Instagram Nujaid diselongkarnya. Namun, tidak ada satu pun gambar Hanis dalam akaun lelaki itu.

Firda membuka pula akaun Hanis Dato' Jamal. Dia melakukan perkara yang sama. Namun, dia tidak menemui apa-apa bukti untuk mengaitkan Nujaid dan Hanis sedang bercinta.

Betulkah mereka bercinta? Tapi kalau tak bercinta, kenapa mereka berpelukan? Kalau ya bercinta, kenapa mereka seolah-olah menyembunyikannya?

MASIH MILIKMUWhere stories live. Discover now