BAB 15

2.3K 45 42
                                    

Nujaid gelisah. Firda buat lagi perangai lama. Semua panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak dilayan oleh wanita itu. Nujaid penasaran.

Nujaid mundar-mandir di dalam pejabatnya. Fokus terhadap kerja mula terganggu. Dia mengetuk-ngetuk telefon bimbitnya ke atas meja kerja. Kalau begini sikap Firda, sukar baginya untuk menjernihkan keadaan antara mereka.

Setelah jam melangkaui pukul 6.00 petang, barulah Nujaid meninggalkan pejabatnya. Dia terus memandu ke rumah sewa Firda. Ketika dia tiba, Raziah sedang membawa beg pakaian lalu disumbat ke dalam kereta.

Nujaid melangkah keluar dari kereta. Dia mengucapkan salam, namun layanan Raziah cukup dingin terhadapnya.

"Tuan Syed cari Firda ke?" tanya Raziah tanpa memandang wajah Nujaid.

Ucapan salam lelaki itu juga tidak dijawab. Sebaliknya dia sibuk menyusun barang-barangnya di dalam kereta.

Nujaid mahu mengangguk, tapi yakin gadis itu tidak akan melihat anggukannya. Nujaid menjawab ya.

"Tunggu sekejap. Saya panggil dia. Tapi sebelum tu, tolong ubah kereta. Saya nak keluar."

"Balik kampung ke?" tanya Nujaid sekadar berbasa-basi.

Raziah menonong masuk ke dalam rumah. Soalan Nujaid tidak dijawab.

"Beb, Nujaid ada kat luar."

Firda memanjangkan lehernya memandang ke luar. Nujaid yang masih kemas dengan pakaian kerja dipandang.

"Kau tolong beritahu aku tak nak jumpa dia."

"Bergaduh ke?"

"Malaslah nak cerita."

"Patutlah muka macam cicak tertelan kapur. Ni, betul kau tak nak jumpa dia?"

Firda angguk.

Nujaid mengeluh setelah mengetahui Firda masih tetap tidak mahu bertemu dengannya. Dia hanya memandang Raziah yang mengundurkan kereta keluar dari kawasan rumah sehingga gadis itu mengunci pintu pagar dan berlalu pergi.

Nujaid membunyikan hon kereta. Dia yakin Firda akan mengalah jika dia berterusan membuat bising.

Lima minit menunggu, Firda melangkah keluar dengan wajah ketat. Namun, masih cukup manis untuk ditatap oleh Nujaid.

"Hai sayang. Marah apa pulak ni? Janganlah merajuk," ujar Nujaid sambil memaniskan wajahnya.

"Pergilah kepada Cik Hanis. Buat apa datang cari saya?"

"Sayang nampak dia kat apartmen abang, kan? Itu maknanya dia yang cari abang. Bukan abang yang kejar dia. Tapi dengan sayang, abang sanggup kejar sampai ke bulan sekalipun."

Ayat! Memang boleh meruntun jiwa, namun Firda keraskan hati.

"Abang buat apa dengan dia dalam rumah?" Usai bertanyakan soalan itu, dia menggigit bibir.

Bodoh! Soalan itu cuma memalukan dirinya sahaja. Jelas dan ketara perasaan cemburu Firda di mata Nujaid.

"Nak buat apa? Dia bukan isteri abang. Dengan sayang macam-macam boleh buat." Nujaid masih lagi tersenyum manis.

Harapannya, kata-kata pick-up line dan senyumannya mampu mencairkan hati Firda. Dia rindukan isterinya.

Firda mendengus. "Saya kenal abang. Kucing takkan tengok lauk aje, kan?"

"Abang bukan kucing. Abang manusia yang tahu zina tu haram."

Firda terpempan, apatah lagi nada suara Nujaid berbaur kecewa.

MASIH MILIKMUWhere stories live. Discover now