BAB 12

1.2K 14 0
                                    

KEESOKAN paginya, mereka sekali lagi ke Konsulat Malaysia.

"Relaks. Abang kan ada dengan sayang?" ujar Nujaid sambil memeluk bahu Firda.

"Dia panggil asing-asinglah. Apa soalan yang mereka akan tanya?"

Nujaid meramas perlahan bahu Firda. "Abang pun tak tahu. Tapi, sayang kena bertenang. Jawab aje apa yang mereka tanya. Interviu kerja lagi susah kut."

"Tapi, mereka ada berbual tadi. Pegawai tu akan tanya kepada wanita sama ada dah lama kenal suami mereka. Itu prosedur kerana ramai yang berkahwin dengan lelaki warga asing atas sebab kepentingan tertentu. Dah banyak kes wanita itu kemudian didera dan ditipu bulat-bulat."

"Nanti awak kena yakinkan mereka yang kita dah lama kenal," sambung Nujaid lagi.

Firda angguk. Seminit kemudian, namanya dipanggil. Firda melangkah masuk ke bilik temu duga. Nujaid tidak dibenarkan menyertai Firda bagi sesi ini.

"Dah lama kenal dengan Nujaid?" tanya pegawai yang bertugas.

"Dah setahun." Firda berbohong.

Setelah berbohong menjawab soalan yang pertama tadi, Firda terpaksa berbohong lagi untuk soalan-soalan seterusnya. Dua jawapan yang dia tidak bohong ialah pengakuan dia cintakan Nujaid dan lelaki itu masih bujang ketika mereka diijab kabul.

NUJAID mengambil dokumen-dokumen yang diberikan oleh Konsulat Malaysia lalu disimpan. Mereka melangkah keluar dari bangunan itu dengan hati yang lapang. Semuanya sudah selesai.

"Lepas ni kita terus balik ke?"

Nujaid senyum nakal. "Abang tak puas lagi duduk dalam honeymoon suite tu."

"Tapi, lusa kan saya dah masuk kerja?"

"Abang tahu. Setengah jam dari sekarang sampai esok pagi, sayang fikir pasal abang. Fikir fasal kita aje. Fikir fasal bulan madu kita aje."

Firda mengeluh. Tak rehat lagilah jawabnya.

Nujaid menarik tangan Firda. Setiap kali isterinya disentuh, setiap kali gadis itu dekat dengannya, seakan-akan ada kejutan elektrik yang mengalir ke seluruh urat sendinya. Rasa yang satu itu menerjah sesuka hati sahaja.

Macam manalah nak berpisah dengan Firda selepas pulang ke Malaysia?

Rasanya dia perlu menyewa sebuah rumah untuk mereka memadu kasih. Rumah itu pula mesti jauh dari kawasan elit. Kawasan di mana mereka tidak dikenali. Kawasan di mana Hanis tidak dapat mencari mereka.

HANIS menghubungi Nujaid. Terdapat beberapa dokumen yang perlu mereka tandatangan berhubung kerjasama antara SN Corporation dan Jamal Corporation.

"Sayang, boleh you datang pejabat I?"

Nujaid terdiam. Pergi ke pejabat Hanis bermakna dia akan bertemu dengan Firda. Dia tidak mahu pertemuan mereka menimbulkan ketidakselesaan isterinya.

"May I know why?"

"Ada dokumen yang you belum tandatangan. Daddy tinggalkan kepada I. Kalau you dah turunkan tandatangan, kita boleh proceed projek ni."

"Kalau macam tu I ke office daddy youlah."

"Eh! Dokumen ada pada I. Daddy dan mummy kan dah pergi bercuti dengan adik I. Lupalah tu," ujar Hanis manja.

"Oh yes! I lupa. Kalau macam tu, you bawa ke rumah I malam ni. I masak spesial untuk you."

Hanis ketawa mengekek. Tawaran Nujaid kedengaran menarik, tetapi dia terpaksa menolak.

MASIH MILIKMUWhere stories live. Discover now