BAB 9

1.1K 14 0
                                    

"Naik kereta saya," ujar Nujaid.

Firda berhenti melangkah.

"Tak nak! Nanti separuh jalan awak sesak nafas dan pengsan dalam kereta, naya saya. Kalau nak pengsan atau mati sorang-sorang, dipersilakan. Pandu kereta dan pergi sendiri ke klinik."

Nujaid mencerlung Firda. Ini kali pertama dia dengar Firda berbahasa sarkastik dengannya.

"Okay. Fine. Kita naik kereta awak." Nujaid mengalah.

Firda senyum segaris lalu meneruskan langkah.

Masing-masing diam. Firda bergerak beberapa langkah ke hadapan.

Nujaid berhenti melangkah. Dia mengerang kesakitan. Firda menoleh. Dia berpatah balik untuk mendapatkan lelaki itu.

"Awak okey tak ni?" tanya Firda cemas.

Nujaid dilihat terbongkok-bongkok seolah-olah tidak mampu lagi melangkah.

Nujaid menggeleng. "Kepala saya pula sakit. Mungkin kesan hentakan tadi."

Firda segera memeluk tubuh Nujaid lalu memapah lelaki itu ke keretanya. Nujaid sembunyi senyum. Sesekali dia mengerang untuk menjayakan lakonannya.

Bersusah payah Firda membawa Nujaid ke kereta. Sebaik sahaja membantu lelaki itu duduk, Firda melangkah ke bahagian pemandu. Firda mengerling Nujaid seraya melabuhkan duduk.

Lelaki itu mendongak sambil memejamkan mata dengan tangan yang masih menekup hidung.

"Nak ke klinik atau terus ke hospital?"

Nujaid tidak menjawab.

Firda menghidupkan enjin kereta. "Awak, kita nak ke mana ni? Terus ke hospital ke?"

Nujaid menggeleng. Dia tidak mahu ke hospital.

"Klinik."

Firda angguk.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya memang tak sengaja," ujar Firda sementara menunggu giliran berjumpa doktor.

Tiada respons daripada Nujaid.

Firda hanya diam apabila Nujaid tidak mahu melayan perbualan yang cuba dicetusnya.

"Syed Nujaid."

Nujaid berpaling apabila namanya dipanggil oleh pembantu doktor. Firda tegakkan tubuhnya.

Apabila Nujaid melihat Firda turut bangun, dia bersuara. "Saya masuk sendiri."

"Okey."

"Awak tunggu kat sini."

"Okey."

"Jangan balik."

"Okey."

Memang dia takkan balik ke pejabat kalau memang sudah maklum dia akan dibaham oleh singa lapar. Memang cari nahaslah.

Nujaid melangkah masuk ke bilik rawatan. Selang sepuluh minit kemudian, dia keluar dari situ. Firda tidak kelihatan di dalam klinik. Nujaid mencari-cari Firda di dalam tandas. Juga tiada.

Nujaid memandang ke luar klinik melalui cermin pintu gelangsar. Petak di mana Firda memarkir kereta telah diganti dengan kereta lain. Nujaid mendengus kasar. Dia tinggalkan aku kat sini ke? Macam mana aku nak balik?

Tapi paling parah, macam mana nak pujuk Firda? Dia dah balik.

Nujaid membayar kos rawatan. Dia berdiri di hadapan pintu klinik sambil memegang beg plastik berisi ubat. Hidung yang berbalut disentuh kerana tidak selesa.

MASIH MILIKMUWhere stories live. Discover now