Prolog

1.3K 45 15
                                    

"Sehun, saya dengar kaki awak terseliuh sebab basketball practice tadi. Awak okay ke? Mak saya nurse dia ada ajar saya cara rawatan luka yang simple-simple. Let me see your ankle." — Hyun Seul menghampiri Sehun.

Dia duduk mencangkung dengan kedua kaki tertutup di hadapan kaki Sehun yang sedang duduk di atas rumput sambil menghirup air mineral sejuk kepunyaannya. Tanpa segan-silu, dia membuka kasut di kaki kanan Sehun.

Sehun memandang gadis di sisinya dengan geram.

"Dia ni apa masalah huh yang tak reti bahasa sangat. Sepuluh kali aku tolak, dua-belas kali dia makin dekat." — Adu Sehun di dalam hatinya.

Sehun menolak tangan gadis tersebut dengan kasar daripada menyetuh pergelangan kakinya. Pandangan dia terhadap gadis tersebut tajam dan penuh dengan kedinginan.

Tapi itu semua tidak melumpuhkan semangat si gadis. Dia tetap memegang kembali kaki si teruna dan kali ini dia membuka stokin bewarna hitam di kaki lelaki tersebut.

"Kalau time practice, stokin hitam ni awak tolong elakkan pakai ye selepas ni." — Hyun Seul melirik pandangan ke arah Sehun sebelum meneruskan bicaranya.

"Bukan apa, warna hitam ni serap haba. Kalau awak panas time practice, bila pakai warna hitam ni, lagi lah panas. Bila awak terseliuh macam ini, luka tu pula awak biar jee terperap dalam kasut. Tak ke membengkak lagi." — Hyun Seul membebel sambil meletakkan cecair yang tidak Sehun ketahui namanya di buku lali dan sekitar pergelangan kaki dia.

"Kau berhenti membebel boleh? Kau tahu tak bingit? Dah lah suara tu halus. Sakit tahu dak telinga aku ni?!!" — Sehun memarahinya.

Hyun Seul hanya mendiamkan diri dan lincah melakukan tugasnya.

Secara tiba-tiba, Sehun melemparkan tuala yang dia pakai untuk mengelap peluhnya tadi ke arah Hyun Seul. Tuala tersebut selalu ada dalam begnya untuk menyegarkan diri selepas praktis.

"Duduk tu sopan sikit. Kau tu perempuan, duduk mencangkung gitu dengan skirt sekolah engkau ni. Kau ingat orang tak nampak ke seluar dalam kau tu. Duduk bersila elok-elok lepastu tutup peha kau tu. Eh kau ni itu pun nak suruh aku ajar ke? Jaga lah maruah tu sebagai perempuan sikit." — Sehun membebel sambil menolak bahu Hyun Seul sehingga dia jatuh terduduk atas rumput di hadapan Sehun.

Hyun Seul diam sahaja dengan kata-kata Sehun tadi. Hatinya terguris. Jejaka ni macam tak boleh kan nak cakap elok-elok dengan dia. Dah tu lempar barang dengan tolak orang suka hati dia je. Hyun Seul membiarkan dan terus menyambung balutan di kaki Sehun.

"Okay dah siap. Awak lain kali hati-hati ya. Saya tak mahu tengok awak cedera lagi." — Hyun Seul bangun daripada duduknya.

Hyun Seul menghulurkan kembali tuala yang si jejaka lempar ke arahnya tadi dengan senyuman manis di kedua pipinya. Dia bangun daripada duduk sebentar tadi dan mengibas skirt uniform sekolah beliau.

"Terima kasih untuk tuala ini. Terima kasih juga sebab awak peduli dengan keselamatan saya." — Hyun Seul menambah dan masih lagi tersenyum manis ke arah jejaka yang dia sayang itu.

Dia mula berjalan meninggalkan jejaka tersebut. Sebelum dia sempat menjauh, sempat Sehun menambah;

"Tak payah nak terima kasih kat aku. Aku tak peduli pun dengan keselamatan engkau. Aku nak selamatkan diri sendiri je daripada jadi perogol kat tengah padang sekolah ni." — Sehun membalas dengan kasar.

Hyun Seul sekali lagi terguris. Dah bertahun meminati jejaka tersebut tapi apa yang dia dapat hanya kata-kata nista. Dia meneruskan perjalanan yang terhenti tadi untuk kembali ke kelasnya.

🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

Hello there new story here 👋🏻 I'm trying to write something on my mother language because it seems too hard for me nowadays . Sorry if it turns out to be too baku or kaku 🤧🤧🤧

Oh by the way , ni mini fanfic aje . Bangun tidur tadi dapat mimpi Sehun so terus tulis sebelum idea terbang melata di atas muka bumi tuhan ini .

Let me know what you think with this on the comment section below . Feel free to comment this and ready my other stories too 🤧

[C] I'll Be Right Here [여기 있을게] - Oh SehunWhere stories live. Discover now