Tangan Hyun Seul digenggam kemas sepanjang mereka di dalam teksi menuju ke hotel yang disewa Chanyeol untuk mereka berdua. Sengaja Chanyeol memilih bilik hotel yang berbeza tingkat selepas mengetahui tindakan tidak senonoh yang Sehun cerita semalam. Chanyeol menghantar pesanan ringkas kepad Hyun Seul mengatakan dia sudah menempah bilik untuk mereka di sana sewaktu keretapi tinggal lagi 15 minit waktu perjalanan. Hyun Seul hanya mendengus geram.
"Kenapa sayang?" — Tanya Sehun manja. Kepalanya terlentok si bahu Hyun Seul dan jari-jemarinya bermain dengan tangan Hyun Seul.
Sudah puas Hyun Seul melarang dan menepis tetapi mood manja Sehun tetap sibuk menyinggah. Entahlah bermanja ke atau menggatal. Nampak macam lebih kepada menggatal.
Hyun Seul hanya menunjukkan skrin telefon kepada Sehun dan pesanan ringkas Chanyeol dibaca Sehun.
"He plans it really well for us this time." — Komen Sehun.
"Tapi kenapa dia tak book satu bilik aje? Jimat sikit duit dia tu. Boleh beli suit black panther pula lepasni untuk Halloween dengan duit tu." — Direnung muka Hyun Seul sambil tersenyum gatal.
Hyun Seul yang memandang hanya cemberut. Benci dia lihat muka gatal tu. Dilepaskan pegangan Sehun di tangannya lalu ditepis kepala Sehun di bahunya yang sudah mula kebas. Eh ingat tak berat ke anak gajah ni sekor? Dahlah tinggi macam zirafah, berat pula macam gajah!
"Eh pergilah duduk sana diam-diam. Gatal tu tak bertempat! Jangan ingat saya biar ni saya dah maafkan awak eh. Awak mintak maaf pun tak proper." — Ceramah Hyun Seul.
"Ala sayangg~~ Awak nak saya mintak maaf macam mana lagi? Nak saya melutut sekarang?"
Baru Sehun melontarkan cadangan, terdengar bunyi announcement daripada corong speaker di dalam gerabak tersebut menandakan mereka sudah sampai ke destinasi yang mereka.
Hyun Seul cepat-cepat mengambil begnya dan digalas. Terus dia keluar daripada ruang kecil itu dengan cepat untuk mengelak daripada berada dekat dengan mamat yang merimaskan itu. Bukan apa. Hati dia tidak tenteram sebenarnya. Asyik berdebar tidak tentu hala.
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
"Awak, ajumma tu cakap kita comel." — Sehun mendekatkan diri ke arah Hyun Seul dan dibisikkan ke telinga Hyun Seul.
Mereka sedang berada di sekitar warung tepi jalan berhampiran dengan pantai. Hyun Seul sengaja berjalan laju untuk tidak mahu langkahnya seiring dengan si jejaka. Bagi Sehun pula, dia beruntung kerana tidak ramai orang muda di sini dan sepertinya orang tidak mengecam dia hari ini.
Muka yang lebam sana-sini sudah dia minta Hyun Seul selindungkan di sebalik foundation. Penat dia merayu sambil mengetuk pintu bilik Hyun Seul untuk membenarkannya masuk. Hampir sepuluh minit dia mengetuk tanpa jemu barulah Hyun Seul membuka pintu.
"Apa yang comelnya kita ni?" — Hyun Seul mengerutkan keningnya pelik. Celah mana yang boleh dikatakan comel? Bermanja pun tidak, berpimpin tangan pun tidak.
"Awak tak perasan eh baju kita macam couple yang baru kahwin tengah dalam mood honeymoon?" — Tanya Sehun lembut bersama senyuman.
Hyun Seul memandang ke badan sendiri dan Sehun. Barulah dia perasan baju biru gelap berbelang putih yang dipakainya boleh termatching dengan outfit Sehun dan seluar jeans biru lembut nya juga kontra dengan seluar Sehun. Seakan-akan pasangan baju dan seluar mereka bertukar.
YOU ARE READING
[C] I'll Be Right Here [여기 있을게] - Oh Sehun
FanfictionA short story about a girl named Park Hyun Seul with her long time crush named; Oh Sehun. Everyday and every time since high school, that is what Hyun Seul does, chasing Oh Sehun. While Sehun, that cold guy seems not interested with her at all. Not...