Cahaya matahari daripada tingkap kaca membangunkan Hyun Seul di pagi hari. Dilihatnya ke sebelah katil yang dihuni Sehun malam tadi. Hanya Vivi kelihatan masih nyenyak tidur di sisinya. Sehun mungkin sudah kembali ke bilik sewaktu Hyun Seul tidur tadi.
Sebelum semua yang membaca cerita ini dibiarkan dalam dilema dengan ayat "nafsu Sehun", oh tidak, tiada perkara yang serius berlaku semalam. Mereka hanya...... bercium.
Ya, hanya bercium. Si senteng Sehun malangnya masih tahu mengawal nafsunya daripada melakukan lebih daripada itu. Tetapi ciumannya terhadap Hyun Seul bukan biasa-biasa semalam.
Ia sangat penuh dengan perasaan, penuh dengan aksi. Penuh menuntut. Entah berapa kali dicium Hyun Seul pun tak sempat dikira kerana sejujurnya terlalu banyak kali. Dan ciumannya bukanlah seperti ciuman biasa. Kalau dalam bahasa inggeris dipanggil french kiss kalau dalam bahasa melayunya apa ya? ciuman perancis?
Selepas sesi cium mereka yang hangat semalam, Sehun tidur di katilnya sambil memeluk Hyun Seul daripada belakang. Lena si jejaka dengan pelukan yang erat terhadap Hyun Seul sedangkan Hyun Seul susah tidak tentu arah. Masakan dia dapat tidur jika si pujaan hati memeluknya sebegitu?
Ianya terlalu dreamy buat Hyun Seul.
Hyun Seul bangun daripada tidurnya dan terus bersiap mandi lalu keluar daripada biliknya. Pada waktu yang sama, dia lihat Chanyeol sudah bersenang-lenang di hadapan tv menonton cartoon Robocar Poli.
"Oppa, asyik tengok cartoon je, tak rasa macam budak-budak ke? Oppa tu dah layak jadi bapak budak dah pun." — Ditegur sekilas si sepupu.
Hyun Seul duduk di tepi Chanyeol. Tujuannya ingin merampas remote control di tangan Chanyeol.
Chanyeol yang perasan akan kelibat Sehun yang baru keluar daripada bilik itu terus berlakon terlebih mesra dengan Hyun Seul. Dipeluk sisi bahu Hyun Seul lalu dirapatkan ke tubuhnya.
"Kalau oppa ni dah layak jadi bapak orang, Seul tu pun dah layak jadi mak orang. Umur kita sama je tau." — Balas Chanyeol.
"Eh menyampahnya aku mamat ni! Aku dah tahu la korang ni sepupu aje. Saje je tu nak cucuk aku kan? Melebih pula jadi sepupu tu." — Sehun menyumpah seranah dalam hati.
Disebabkan tindakan Chanyeol, terus Hyun Seul merampas remote control di tangan Chanyeol yang sebelah lagi dengan senang.
"Oppa pergilah cari breakfast ke apa ke. Seul lapar." - Terus ditukar siaran kepada yang lain.
"Hey mana aci main tipu!" - Dijentik dahi Hyun Seul kuat.
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
Chanyeol yang turun membeli sarapan untuk mereka bertiga keluar tanpa sebarang pamitan. Ditinggalnya Hyun Seul dan Sehun berduaan ketika Hyun sibuk bermain dengan Vivi di hadapan television sambil bersila. Hyun Seul yang nampak kelibat seseorang di dapur terus menjerit.
"OPPA! Buatkan Seul hot chocolate! Seul lapar!" - Terjerit-jerit Hyun Seul mengarah sambil matanya masih tertancap pada skrin tv.
Tanpa menunggu lama, sebuah mug berwarna merah diletakkan di atas meja di hadapannya dan seseorang duduk di sebelah Hyun Seul. Hyun Seul memandang ke arah kanannya dan pandangannya tertancap ke arah Sehun di sebelahnya. Automatik dia mengesot ke kiri untuk mengelak berada dekat dengan si jejaka.
Sehun yang melihat telatah Hyun Seul hanya mampu tergelak dalam hati.
"Eh takut lah tu. Hahahaha"
Sehun mara lagi mendekat manakala Hyun Seul makin menjauh.
"Itu, saya dah buatkan air hot chocolate awak nak. Awak nak apa lagi sayang? Nanti abang buatkan." — usik Sehun.
Makin seronok Sehun apabila dilihatnya kesan memerah muncul di pipi si gadis. Makin galak Sehun mengusik. Didekatkan mukanya ke arah si gadis. Maka si gadis makin menjauh badannya ke belakang.
"Aa... a...awak ni ke...kenapa?" — Terus Hyun Seul menahan tangannya di dada Sehun bila tubuh Sehun terlalu hampir dengannya dan sudah tidak ada ruang lagi untuk dia berundur.
"Kalau saya nak mintak tolong awak boleh sayang?" — Diusap pipi Hyun Seul dan Sehun bermain dengan hujung rambut Hyun Seul yang panjang.
Hyun Seul sudah rasa seram sejuk dengan lelaki ini. Peristiwa semalam berputar kembali di benak fikirannya. Sesungguhnya dalam diam dia menikmati apa yang berlaku. The sensation is weird but she enjoy it.
"Awak nak mintak tolong apa?" — Soal Hyun Seul kembali setelah dicuba sehabis mungkin untuk mengawal daripada tergagap.
"Nak mintak tolong macam semalam lagi boleh sayang?" — Dibisikkan ayat itu dekat di telinga Hyun Seul sebelum telinga Hyun Seul dicium lembut.
Meremang Hyun Seul dengan tindakkan si jejaka. Mana Sehun yang berhati beku hilang?
Terus digeleng kepalanya berterusan memandakan jawapannya adalah tidak. Mata mereka bertaut. Sehun yang masih lagi dalam mood hendak mengusik itu masih meneruskan perbuatannya.
Didekatkan lagi mukannya sehingga hidung mereka berlaga sesama sendiri. Dapat dihidu Sehun akan bau shampoo yang Hyun Seul guna.
"Alahai~, bau shampoo dia pun type aku. Janganlah macam ini. Sesungguhnya Oh Sehun ini seorang jejaka yang lemah imannya 🤧" — Raung hati Sehun.
"Kenapa sayang tak mahu? Abang kasar eh semalam? Ke—"
"Breakfast is here!" — Jerit Chanyeol daripada depan pintu apartment.
Sehun yang terkejut dengan jeritan Chanyeol yang persis orang gila itu terus menjarakkan kedudukan. Untuk mengcover malunya, dicapai Vivi di ribaan Hyun Seul lalu dia berdiri di balkoni. Berpura-pura melihat pemandangan di luar.
Hyun Seul terus mencapai hot chocolate yang sudah menjadi warm di meja lalu dihirup rakus.
"Lah kamu berdua ni tak bercakap ke? Senyap sunyi aje rumah ni oppa dengar." — Terus Chanyeol bertanya apabila menyaksikan situasi seakan-akan janggal di antara pasangan ini.
"Oh, takdelah Yeol, aku pun baru je lagi kat sini. Tak sempat nak berbual kau dah sampai." — Bohong Sehun.
"Dahlah marilah kita makan. Nanti tak syok dah kalau tak panas." — Keterujaan Chanyeol untuk menikmati makanan sudah memuncak. Perutnya berkeroncong sejak tadi.
"Oppa beli apa?" — Tanya Hyun Seul pendek.
"Oppa beli ayam goreng." — Selamba Chanyeol menjawab lalu dibuka bekas bungkusan. Segala sos-sos dipindahkan ke dalam mangkuk kecil untuk senang dicelup kemudian.
"Oppa apa pula fried chicken untuk breakfast ni? Ya Tuhan. Nak kata bodoh karang marah." — Terus Hyun Seul menepuk dahi dengan tindakan Chanyeol.
"Kau pun nak jadi macam Jongin ke? Apa benda breakfast ayam goreng. Cubalah cari yang logik sikit." — Terus Sehun membebel.
"Eh dahlah banyak bunyi pula. Aku lapar ni korang kalau tak mahu makan sudah. Aku makan dulu." — Malas Chanyeol hendak melayan kedua makhluk di hadapannya.
YOU ARE READING
[C] I'll Be Right Here [여기 있을게] - Oh Sehun
FanfictionA short story about a girl named Park Hyun Seul with her long time crush named; Oh Sehun. Everyday and every time since high school, that is what Hyun Seul does, chasing Oh Sehun. While Sehun, that cold guy seems not interested with her at all. Not...