• 2 •

443 37 5
                                    

Sehun bersenang lenang di bangku taman sekolah sambil menikmati sebatang aiskrim di sebalik hujan renyai. Waktu rehat kedua sebelum sekolah petang baru sahaja bermula sepuluh minit yang lalu.

Tak faham si gujam ni. Dah sejuk tu bawak la minum teh panas ke, hot chocolate ke. Eh boleh pulak dia tibai aiskrim?

Seorang junior Gred 10 menghampiri dan duduk di kerusi berhadapan dengan Sehun.

"Boleh kan kau bersenang lenang kat sini kan? Siap makan aiskrim. Senangnya hati kau lepas dah buat anak dara orang terbongkang dekat bilik rawatan tu. Suka? Seronok?" — Jejaka misteri tersebut memulakan bicara.

Sehun memandang si junior. Ewah tak padan junior. Bagi salam tidak, apa tidak. Diperhatinya muka jejaka tersebut yang boleh tahan hensem. Tapi itulah dagu tak tajam macam dia. Kembang hidung si gujam memikirkannya.

"Kau tu junior buat lah cara junior. Bagi salam tidak hape tidak. Datang duduk, lepastu membebel. Kau nak apa? Penampor?" — Disindir si junior yang baginya kurang adab itu.

"Aku tak main lah bagi salam dekat mamat hati beku macam kau ni. Kau kan yang buat Hyun Seul noona sampai pengsan." — Dibalas sindiran si senior bertubi-tubi.

"Eh apa pulak aku, cikgu Yunho yang denda dia. Siapa suruh dia tak bawak buku teks." — Selamba Sehun menghabiskan aiskrim tanpa rasa bersalah mengatakan ayatnya.

"Eh bintang pink! Yang tak bawak buku teks tu engkau bukan Seul noona. Suka hati kau je kan? Kau rasa kau dah hebat sangat lah dengan jawatan kapten basketball engkau tu?" — Si junior naik berang.

"Aku tak mintak pun dia kasi buku teks dia dekat aku. Yang dia gilakan aku sangat sampai sanggup berkorban tu kenapa? Dah budak sekolah tu buat lah cara budak sekolah. Konon berkorban puii. Weh aku tak hadap lah peminat gila macam itu." — Selamba Sehun mengutuk Hyun Seul di depan junior tersebut.

"Kau mulut tu jaga sikit eh sebelum kau kutuk Seul noona. Dia tak gila pun! Engkau tu kot ye pun tak hendak dengan dia, tolak lah perasaan dia cara lembut. Dia pun ada hati perasaan. Eh aku kalau ikut hati kan, aku cili je mulut kau tu. Tak padan kecik tapi berbisa kemain. Hidung dahlah besar lepastu mulut kecik. Celah mana entah hensem kau ni, aku tak paham." — Selamba si junior berkata.

"Ewah suka hati kau je eh kutuk aku. Kau tu kalau suka perempuan tu, mengaku aja lah. Kau ambik lah bela perempuan macam itu, aku tak hingin pun." — Kasar mulut Sehun membalas.

Dia bangun daripada duduknya dan melemparkan batang aiskrim ke dalam tong sampah sebelum berlalu meninggalkan taman sekolah.

🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

Hyun Seul keluar daripada bilik rawatan dan ditutupnya pintu bilik tersebut. Dia berjalan ke arah kelasnya dan mengemas barang masuk ke dalam beg galasnya.

"Nah." — Sehun menghulurkan buku teks matematik kembali kepada Hyun Seul sebelum berlalu sambil menggalas beg sekolah dia untuk menuju ke arah padang di hadapan kelas.

"Sehun, tunggu." — Hyun Seul menghalang Sehun meneruskan perjalanan.

Sehun berhenti dan badannya dipusingkan ke belakang sebelum kening kirinya diangkat sebelah.

"Nah, lepas practice minum ni." — Dihulurnya air minuman isotonik dan sepeket biskut beruang yang sempat dibeli sebelum kembali ke kelas tadi. Dipegang hujung baju Sehun yang berlapik hoodie nipis sebelum kedua barang tersebut diletakkan di atas tapak tangan Sehun.

Sehun melihat dengan pelik dan tanpa berkata apa-apa, dilemparnya makanan tersebut ke lantai dan berlalu pergi.

Semua yang ada memandang ke arah bunyi kuat yang terhasil. Walhal Sehun selamba sahaja berlalu seperti tidak bersalah.

Semua memandang ke arah Hyun Seul yang mengutip kembali makanan dan minuman tersebut. Dia hanya mampu tersenyum apabila orang yang lalu lalang merenung perbuatannya di hadapan pintu kelas itu.

"Kut ye pun tak suka, cakap lah tak payah lempar makanan ni. Dah lah depan pintu kelas. Aku pun ada perasaan malu." — Hyun Seul berkata mendatar.

Sehun terus berjalan ke arah team basketballnya dan duduk di hadapan seorang yang tinggi lampai dan meneguk perlahan air mineral di tangan.

"Hah, tu kenapa dengan Hyun Seul?" — Tanya si kawan.

"Macam biasa lah pang." — Sehun membalas ringkas sebelum sambung meneguk air.

Halkum yang bergerak sewaktu meneguk air dipandang gadis-gadis di tepi padang sebelum gadis-gadis tersebut menjerit teruja melihat halkum Sehun.

"Aku rasa kalau aku compare Hyun Seul dengan diaorang kat tepi padang ni, Hyun Seul 10 kali lagi elok." Si capang bernama Chanyeol mengolah.

"Eh kau ni pang kalau suka si Hyun Seul tu amik jelah aku pass dekat kau free of charge. Tak payah puji-puji minah gila tu." — Bebel si Sehun.

"Pang, pang. Kau nak apa gujam hah panggil aku camtu. Nak pelempang?? Dah berapa kali aku cakap bab capang-capang jangan bawak main eh!" — Direnung kawannya sebelum Chanyeol menarik rambut Sehun yang membuatkan dia tersembur air yang diminum.

"Dah lah kau ni. Perempuan tu kemain cantik, cute, baik, dah tu budak bijak lagi. Kau layan macam sampah. Aku tak tahu lah perempuan macam apa kau nak Sehun oi." — Chanyeol bangun daripada duduknya di bangku kayu dan memulakan sesi memanaskan badan.

"Aku tak mahu bercinta lah. Kita dah nak debut pun kan lepas grad." — Dibalas malas ayat Chanyeol.

"Kot iya pun, tolak lah elok-elok. Jangan berkasar dengan dia. Dia tu dahlah jenis lembut. Kesian aku tengok kau lempar-lempar barang dekat dia. Dengan perempuan lain elok pula kau layan. Siap tersenyum-senyum." — Chanyeol membidas.

Sehun menjeling si rakan tajam. Dia turut bangun dan mulakan regangan.

"Kau jangan sampai nanti dia dah tak hendak, baru kau terhegeh cari. Dah tak jadi apa dah waktu tu Sehun." — Chanyeol seterusnya lari ke tengah padang bersama bola di tangan.

🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

"Dah lah tu Hyun Seul. Aku rasa kau stop lah minat mamat dagu tajam tu. Dia tak peduli pun dekat kau. Kau pengsan tadi pun dia bukan melawat kau pun." — Saerin menasihati rakan baiknya sebelum dirampas beg galas Hyun Seul daripada tuannya.

Hyun Seul diam membatu. Diteruskan perjalan ke pagar sekolah bersama si sahabat.

"Dia cakap terima kasih tak time dia pulangkan buku teks kau tadi?" — Saerin menambah.

Hyun Seul menggeleng kepala menjawab soalan tersebut.

"Dah lah tu weh. Kita nak exam SCAT dah pun dua bulan lagi. Kau minat dia since Grade 9 kot. Empat tahun weh dia layan kau macamtu. Tak ada perkembangan langsung. Kalau aku jadi kau, dah lama aku minat orang lain." — Nasihat si Saerin.

"Kau cakap senang lah weh, si Jeonghan tu balas cinta kau. Cuba kalau dia tu macam Sehun. Entah kau dah lama royan dia layan kau camtu jugak."

[C] I'll Be Right Here [여기 있을게] - Oh SehunWhere stories live. Discover now