• 17 • [M]

626 28 12
                                    


Setelah selesai semuanya, Chanyeol memesan Hyun Seul untuk tunggu seketika sebelum dia balik ke rumahnya. Mereka menangkap gambar bersama untuk dijadikan kenangan.

Sehun hanya memerhati daripada jauh tetapi tetap dia panggil Chanyeol supaya mereka bergambar berdua.

Hyun Seul hanya menghadiahkan senyuman terpaksa kepada kamera dan cepat-cepat menjarakkan diri daripada Sehun walaupun Sehun dengan beraninya mendaratkan tangan di pinggang Hyun Seul ketika mengambil gambar.

"Oppa, Seul pergi dulu ya? Ada hal nak kena settle cepat-cepat. Nanti kalau ada apa-apa contact okay?" — Dan dengan itu Hyun Seul dilihat beredar daripada situ.

🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

"Sehun sudah lah tu! Ni berapa gelas dah kau minum ni?" — Tepuk Minseok di belakang bahu Sehun.

Sehun mengajak mereka ke club selepas mereka pulang daripada majlis graduasi tadi dan semua setuju. Ingatkan untuk bersuka ria sahaja rupanya si Sehun ni dah mabukkan diri sampai dah tahap wasted dah ni.

"Hyunggg~~~ Dia reject Hun lagi hyung~" — Rengek Sehun manja.

Effect daripada alkohol membuatkan side manja Sehun menonjol hebat.

"Mesti kau buat benda menyakitkan hati dia lagi kan?" — Balas Minseok.

"Tapi hyung, Hun sayang dia~" — Rengek Sehun lagi. Kemungkinan kesan daripada alkohol sudah makin kuat didalam dirinya.

"Akhirnya mengaku pun kau yang kau sayang dia." — Celah Chanyeol yang muncul entah daripada mana. Tangannya diletakkan di atas bahu Sehun.

Sehun melihat ke arah si capang namun pandangannya seakan kabur. Dia melihat dua dan tiga capang muncul berdiri tegak di sebelahnya.

"Kenapa aku nampak kau macam ada tiga Yeol?" — Tanya Sehun polos.

"Sudahlah kau ni dah mabuk sangat dah ni Sehun. Jomlah balik. Budak-budak lain pun dah ajak balik tu. Hyung jom balik jom?" — Chanyeol menambah sebelum diteguk minuman keras yang berbaki sedikit didalam gelasnya.

"Jomlah. Lagipun hyung memang tak berapa suka datang club ni. Bising!" — Balas Minseok sambil turun daripada kerusi yang dikhususkan untuk counter top itu.

"Dah jom Sehun." — Tambah Minseok.

"Hyung balik lah dulu hyung. Nanti Hun call teksi aje. Don't worry I still can manage my own self." — Tolak Sehun.

"Betul ni kau tak mahu ikut kitaorang balik? Aku tak berapa nak lepas kau ni mabuk-mabuk gini. Nanti onar lain kau buat." — Chanyeol memberikan amaran.

"Takpe aku janji lepas ni terus aku balik dorm tak kemana dah." — Janji Sehun.

"Nah pakai lah coat ni. Sejuk sekarang so better kau pakai aku punya ni. Kitaorang pergi dulu lah ye. Kau tu jangan melebih minum sampai wasted! Ingat sikit kau tu artis okay!" — Nasihat Chanyeol. Disarungkan long coatnya ke bahu Sehun sebelum dia beredar bersama yang lain.

Dan Sehun mengambil teksi selepas menghabiskan waktunya sehingga satu pagi di sana. Ditahan teksi dan dia masuk kedalam teksi tersebut. Tanpa dia sendiri sedari, dia memberikan alamat lain kepada pemandu teksi tersebut, dan bukan alamat menuju ke dorm mereka.

Sesampai di alamat yang diberikan, dia turun daripada teksi lalu menuju ke lobi apartment sebelum mengimbas pintu dengan kad yang dia ambil daripada poket coat yang dipakainya. Dia menuju ke tingkat 14 dan rumah yang tertera "1485" di situ dengan langkah yang terhuyung-hayang. Ditekan berkali-kali loceng di pintu tersebut.

[C] I'll Be Right Here [여기 있을게] - Oh SehunWhere stories live. Discover now