Abah Zati siap2 pakai baju batik sebab nak menyambut Dato' Ali harini,dekat balai raya kampung. Semua family ikut sekali sebab ada jamuan,so jimat tak payah masak.
Zati mengenakan kurung warna peach bunga2 kecik,dan mengikat rambut pony tail sahaja.
"Abah pergi dulu ya,sebab ada benda nak settle lagi ni. Jom,Nah. Wan,cepat. " Abah Zati memimpin lembut tangan isterinya menuruni tangga depan rumah.
Ezwan hanya mengangkat bahu dan mengekor sahaja dari belakang. Zati senyum je kena tinggal. Balai raya dekat aje,melenggang sikit sampai lah. Perlahan Zati mengetuk pintu bilik Hannah.
"Are you ready?" Tanya Zati lembut sambil menolak langsir.
Hannah atas katil,bermain iphone."Do I have to go? I think Im good here,mate."
"No no no. You have to go. It would be fun." Ajak Zati sambil memandang Hannah yang leka bermain game.
"What are you wearing anyways? Looks old fashioned. Plus its like 90degrees out there. Not going."
Zati mengecilkan matanya yang sedia kecil tu."Hello! You don't know baju kurung pahang? This is my favourite ok. That's it. Come on,lets go have some fun. I thought Australians are fun."
"Im not really an Australian. I just born there,by Asian couple."
"So what are you then?" Soal Zati ingin tahu.
"Civilized non Malay human being."
"Ergh..whatever. Hannah,come with me,will you. I have no girl friend here. My best friend,Salwa, moved when I was 12"
Bila Zati cakap macamtu, dan gunakan perkataan girlfriend, ada sedikit debar di dada Hannah,tapi dikawal elok dengan muka sombong. Nasib pipi tak merah. Kalau tak,kantoi teruk."Ergh..Why not." Hannah lambat2 bangun dari katil. Pouch bag disandang.
"You going to wear that?" Tanya Zati,memandang tshirt gambar tengkorak dan jeans koyak2 depan mata.
"Heck yeah. For a village girl,you talk too much." Bengang je Hannah dibuatnya.
"You live in a village now remember? People can be very mean here. Put this on." Tshirt warna pink diambil dari dalam almari dan diberikan kepada Zati.
"What made you think I will wear that?"
"Because you are a good person,and I wanna be your friend. Please?"
'How did I get myself into this mess?' Sempat lagi Hannah bertanya dalam hati. Tapi,bila dengan Zati,dia rasa accepted somehow. Maybe sebab Zati boleh berbahasa Inggeris dengan baik,atau mengingatkan dia pada seseorang.
Zati menunggu kat ruang tamu. Bila Hannah keluar,Zati tersengih sikit. Baju tshirt gegirl warna pink, dipadankan dengan sweatpant kelabu. Hannah mencebik,macam kena buli.
Rambut y diikat ke atas itu dijatuhkan dan dirapikan oleh Zati. Hannah pun tak pasti kenapa dia biar je Zati memperlakukannya sebegitu.
"That's better. Jom" Lagi sekali tangan Hannah ditarik lembut. Mereka berjalan ke balai raya yang terletak lebih kurang 700 meter. Dalam perjalanan,Hannah mengikat rambutnya kembali. Kali ini ikat cenggitu je.
"That's chockers! I mean,that's a lot of people." Ujar Hannah terkejut.
"We Malaysians,like free food. Haha. Hence,the crowd." Keduanya tergelak.
Event dah start. Abah Zati tengah borak2 manja dengan Dato Ali. Sebelah Dato Ali ada seorang anak muda handsome bergaya. Zati mengalih pandangan bila lelaki tu menghadiahkan satu senyuman perkenalan.
Zati mendapatkan tempat bersebelahan maknya.
"Eh,Hana. Comelnya anak dara berdua ni.."
Hannah tersengih kerang je kat situ."Haah comel dari kau kak. Sila triggered. Haha." Ezwan sengaja menganjing. Zati hanya menjeling.
"Bila nak makan ni mak?" Soal.Zati berterus terang sebab dah lapar.
"Kuat makan kau ni kan,kak? Badan sekeping je."
"Ah,elok sikit ah dari kau. Goreng telur pun hangus. Apa citer?"
"Hey,hey,jgn nk buat macam kat umah ya. Kejap lagi makan. Sabar."
Hannah memerhati sekeliling. Environment yang sangat baru bagi dia. Ramai jugak makcik2 memandangnya. Hannah buat tak kesah jela. Satu yang arwah nak dia ajar,jangan biadap dengan orang tua. Disumbat earphone ke dalam telinga. Dengar lagu lagi best.
Bila time makan,ramai gila beratur. Line tak pendek2. Perut Zati dah bergendang mintak Nasik.
Dari jauh nampak Abah Zati datang mendekati. "Dato,ni orang rumah saya,dengan anak2" Yang lelaki bersalam bersalaman.
' Lelaki tadi' Bisik hati Zati.
"Ni anak lelaki saya,Zarul. Tengah cuti semester." Zarul mengangguk sikit sambil tersenyum manis. Sepasang mata dibalik spek tebal itu memandang Zati lama.
"Jom kita makan di meja saya.Jemput semua. " Ajak.Dato Ali ikhlas. Abah Zati bekerja dengan Felda sebagai pegawai juga. Cuma bukan boss. Jadilah dari Xdk.
Maka menjamulah mereka dimeja VIP. Zati pun apa lagi,memulakan aksi.
"Do you want this?" Tanya Zati sambil menunjukkan ayam goreng kepada Hannah. Itu je lauk y tak pedas pun. Hannah menggeleng sambil tangannya mencapai kuih karipap dua bijik."Zarul belajar dimana?" Tanya Abah Zati,saja borak2.
"Saya belajar Medical di Rusia Pakcik. Baru first year." Lembut je suara garau Zarul melontar kata. Skema pun ada. Maklumlah spec dia agak tebal jugaklah bila tgk dari jarak dekat. Nerd alert.
"Alhamdulillah..untung Dato Ali."
"Iya,Alhamdulillah,itu minat dia. Saya ikutkan saje. Asalkan dia belajar. Budak muda Skang ni tak boleh nak paksa2. Kalau dia minat bola,haa hantar jadi professional footballer. Kalau minat muzik,hantar belajar muzik. Mende senang jgn disusahkan." Ujar Dato Ali lagi.
"Harap dua dua ni membanggakan macam anak Dato. " Zati dan Wan angguk sambil mengunyah. Zarul tersenyum lagi.
"Zati ni,tunggu keputusan SPM. Wan,di tingkatan 4. Yang itu anak angkat saya."
Lepas habis makan,Zati dan Hannah duduk sekejap dekat dengan meja tempat letak makanan. Makan cendol kejap. Cendol yang diambil tadi patut dihabiskan dulu sebelum balik. Tak baik membazir.
"Hai awak.."
Tegur Zarul, dengan senyuman manis dia tu. Ingat orang cair lah?"Hai. Erm..Sorry lah. Dia memang diam camtu." Zati menunjukkan Hannah yang sedang sibuk dengan phone. Mangkuk cendol plastik dibuang ke dalam tong.
"It's ok. Saya nak bercakap dengan awak pun." Alahai lembut suara Zarul berkata. Zati fokus je pandang Zarul.
"Oh,ada apa?" Tanya Zati juga lembut. Rambutnya dibetulkan sikit.
"Saja nak kenal2. Kawan. Boleh?""Kawan? Boleh je. Asal x boleh plak."
"Can I have your number then? Senang nak text ke apa." Minta Zarul sambil menghulur iphone nya kepada Zati. Hannah yang perasaan akan hal tu,memerhati sahaja. Depan hidung dia kot depa borak.
"Alamak..sorry la awak. Telefon saya rosak. " Zati buat2 muka sedih.
"Oh,that's sad. Erm,its ok. Bagi nombor Wan. Boleh saya call awak guna phone dia." Terkejut sikit Zati bila Zarul meminta nombor telefon Ezwan. Laki ni biar betul.
Zati kemudian masukkan nombor Ezwan,mengharap yang Zarul ni takkan call lah.
"Thanks. Saya balik dulu eh. Take care." Lepas je Zarul berlalu,keluhan panjang dilepaskan.
"Huhhh...selamat"
"Balik." Ajak Hannah tetiba dengan muka tak puas hati lepas Zarul blah. Dia bangun terus melangkah.
"Eh,eh,pompuan ni. Dia plak yang panas." Zati mengejar Hannah yang dah ke depan beberapa langkah.
"Tunggulah agaknya..."
YOU ARE READING
CiNtA Untuk Ezzaty
General FictionMengisahkan Ezzaty,gadis kampung lepasan SPM yang berada dalam kelasnya tersendiri. Ezzaty sangat pentingkan keluarga dan seorang yang tidak berminat dengan cinta selain cinta pada keluarga. Baginya,bercinta adalah perkara yang membuang masa dan te...