Sepuluh

1K 49 28
                                    

Abah Zati menggeleng mengenangkan perangai Zati.
"Kalau jadi apa2 kat Hana tu apa Abah nak jawab dengan ayah dia? Abah suruh kamu berbaik dengan dia,bukan bergaduh camni." Zati tunduk je. Ezwan pun sama. Walaupun dia tak salah.

"Dahla tu bang. Hana tu tau sikit2 jalan kampung ni. Kejap lagi balik la tu,semua barang dia ada lagi dalam bilik." Mak Senah cuba menenangkan keadaan.

Beberapa minit lepas tu,terdengar pintu dikuak perlahan. Tubuh Hannah melangkah longlai masuk ke dalam. Semua mata memandang Hannah.

"Hana,sit down first." Ajak Abah Zati perlahan. Hannah pun terus duduk. Sunyi betul keadaan masa tu.

"What you did is dangerous. I am the one who is responsible of your safety. I don't want this kind of attitude to happen again." Semua diam bila Abah Zati dah bersuara camtu,it means real deal.

"Im sorry,Uncle." Kedengaran ikhlas kata maaf dari Hannah tu. Zati menjeling ke arah Hannah mengingat kembali kejadian tadi.

"Did Zati do something to you? " Zati agak terkejut bila Abah mengajukan soalan cenggitu. Lagilah marah Zati dibuatnya.

"Abah,Zati tak..

"Abah tanya dia,bukan tanya kamu. " Senyap Zati kat situ. Ezwan pun terkejut. Tak pernah abah dia camni.

"No,she did not. It's me who treated her badly. Im sorry. Im sorry Zati." Mata Hannah beralih pada Zati.

"Ok,you can go and wash. Later we eat dinner together." Hannah mengangguk je lepas tu bangun menuju ke bilik.

"Kenapa abah cakap macam tu tadi? Abah tau Zati tak salah kan?"

"Dua dua salah. Kamu pun tak sabar. Dia tu dahla macam tu. Sepatutnya kamu guide lah dia. Ni,kamu biarkan dia sorang2."

"Abah tak tau apa yang dia cakap kat Zati. Macam2 dia kata. Dia cakap kasar tau, dengan Zati. Zati sabar je tau.."
Hampir nak nangis tapi Zati tahan,lalu bangun berlari masuk ke bilik. Dikuncinya bilik itu. Abah Zati hanya diam kembali menonton tv.

" Abang pun..yang serius sangat dengan Zati tu kenapa..Sian budak tu. Mende kecik aje,Hana pun xdk pape.."

"Ah,bukan saya tengking dia pun. Saya ngajar kan. Dahla,awak siapkan makan malam. Saya lapar ni."

"Dah siap pun. Tunggu Hana sekali lah. Saya ke dapur buat air jap." Lalu Mak Senah berlalu ke dapur.

Zati baring atas katil,merajuk dengan abahnya yang selama ni tak pernah marah dia sampai macam tu sekali. Disebabkan Hannah,dia malu depan semua.

~~~

Tokk tokk tok!

Pintu bilik diketuk tiga kali.
"Zati taknak makan. Tak lapar." Jawab Zati,sedikit kuat.

"Open the door please. It's me,Hannah." Lembut suara Hannah dari luar pintu tapi masih boleh didengari.

"Im not in the mood. Please go."
Sedih kena marah tadi masih baru sangat. Nak feeling pun tak senang.

"Uncle said we will wait until you come down and eat with us. Im kinda starving..so please." Pujuk Hannah lembut,sambil mengetuk lagi tanpa henti.

"Erghhh..." Lantas Zati bangun dari katil dan membuka pintu. Muka Hannah tersembul betul2 depan mukanya.

"Tepi la sikit orang nak lalu." Badan Hannah nan sekeping itu ditolak kasar. Hannah diam aje,takmau menambahkan lagi kekusutan Zati.

Di meja makan, kelihatan semua sedang sabar menunggu Zati. Hannah mengekor. Duduk sahaja mereka berdua,Ezwan pun terus membaca doa makan.

CiNtA Untuk EzzatyWhere stories live. Discover now