Enam

1K 53 10
                                    

Hari Isnin pagi tu masing2 semua sibuk bersiap. Abah Zati siap nak keluar bekerja. Ezwan pulak bersekolah. Mak Senah sibuk menyediakan sarapan.

"Amboi kemain wangi Nasik lemak Mak Senah." Tegur Zati lembut,mendekati kuali sambal yang hampir nak masak tu.

"Tolong Mak siapkan bekal abah kamu ya. Ezwan taknak. Nak makan je."

"Xpe,Zati siapkan dua dua.Baking soda ada tak mak? "

"Untuk apa pulak? Ada lagi rasanya. Dalam para."

"Ada la. Rahsia. Hehe.."

"Mak risau la dengan si Hana tu. Malam tadi dia tak makan. Terperap dalam bilik tu. Kang sakit anak orang. Kau pun tolonglah sikit,pujuk dia makan."

"Iya mak. Bukan Zati tak cuba. Dia yang tak mau. Tapi Zati dah bagi dia biskut dengan roti. Tak adalah dia kebulur dalam bilik tu. Mak jangan risau k."

"Yelah." Mak Senah membancuh kopi dan meletakkannya dia atas meja makan. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Abah Zati datang dan duduk siap dengan pakaian kerja.

"Abah ada meeting hari ni. Maybe balik petang sikit. Kamu naik bas ya balik. " Kata Abah Zati,kepada Ezwan yang baru turun ke dapur.

"Ok Bah." Balas Ezwan pendek. Dua beranak tu menjamu nasi lemak pedas Mak Senah.

Setelah menyediakan bekal tadi,Zati bergerak ke para,mencari bahan yang diperlukan.

"Aku dah sediakan bekal kau sekali Wan. Jangan tak makan."

"Hmm..Ya kak."

"Kalau bekal tu macam tu jugak balik kang,siap kau." Gertak Zati serupa samseng.

"Apa lagi yang terjengkit2 tu. Cari apa?" Sambil makan,abah Zati memerhati jugak anak dara seorangnya itu. Mak Senah menghampiri Zati.

"Ni..kat belakang sikit. " Zati tersengih. Ye la bukan selalu nak masak western ni.

"Pelik2 la kau ni kak." Ezwan menggeleng saja. Zati membuat muka kepada Ezwan.

"Makan la dulu. Sarapan Hana kamu buat ya. Lepas ni mak nak ke kelas mengaji."

"Ye mak."

~~~

Zati mengetuk pintu dua kali perlahan, kemudian ditolak.

"Morning mate!" Suara Zati sangat ceria pagi ni. Yelah,nak amik hati Hannah semula selepas membuat member tu merajuk semalam.

Hannah yang membatu Kat situ diam je tanpa respond. Sempatlah dia jeling ke arah Zati.

"Im sorry. I shouldn't touch about your family. You were right. I don't know her. I made you pancakes. We don't have strawberry or blueberry here. So I put banana slices in between the pancake." Zati menyuakan kepingan pancake yang macam tower tu. Sikit lagi nak roboh.

Hannah mencuri pandang ke arah tower pancake itu. Mak ai bau dia. Walaweh.

"Peanut butter? Really?" Kening Hannah terangkat tinggi.

"Owh,that's the only one I can think of. We are running out of honey. Here,have a taste." Zati duduk di atas katil,memotong sikit dari beberapa keping pancake. Hannah kat situ tak gerak. Tapi fon ditutup siap2. Nak focus lettew.

Bila garfu sampai kat mulut Hannah,Zati buat muka comel seolah2 menyuruhnya membuka mulut.

"Say aaaaa..."

"Im not a kid." Lalu pancake sekelumit kat garfu tu dimakannya.

"How was it?" Beriya Zati bertanya.

"Gimme that." Pinggan bertukar tangan. Zati tersenyum puas. Tak sia sia google and cari kat Pinterest. Haha.

CiNtA Untuk EzzatyWhere stories live. Discover now