Kelihatan rumah agam milik seorang wanita yang dihormati tinggi di penuhi ramai orang datang mengundang. Berita tentang kematiannya telah mengejutkan ramai jiran tetangga.
Ramai tertanya tanya,apakah punca kematian wanita tersebut? Ada yang kata bahawa wanita tersebut mati dibunuh. Ramai tidak menpercayainya. Mana mungkin, wanita yang baik hati malah pemurah ni mempunyai musuh.
"Ayahhh. Kenapa nenek tidur?" Tanya seorang budak perempuan yang berumur dalam lingkungan 3 tahun itu.
"Nenek bukan tidur sayang,nenek dah takde." Jawab si ayah dengan air mata yang gugur.
Kini,hidup si ayah sebatang kara. Daripada mempunyai 3 adik beradik. Hanya tinggal dia seorang. Si abang dan si adik juga sudah meninggal. Cara mereka meninggal juga sama seperti maknya. Dia juga pasti bahawa dialah target yang seterusnya untuk dibunuh.
"Nenek meninggal? Nenek cakit apa?" Tanya si anak serentak mematikan lamunan si ayah.
"Iya sayang,nenek sakit lemah jantung." Tipu si ayah. Dia terpaksa tidak memberitahu hal yang sebenarnya kepada si kecil itu.
"Dah dah. Sekarang ni kita sedekahkan al fatihah banyak banyak dekat nenek. Semoga nenek ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman." Sambung si ayah.
"Ok ayah. Adik baca al Fatihah manyak manyak kat nenek." Ujar si kecil itu sambil tersengih.
Si ayah tersenyum dek karenah si kecil. Maafkan ayah nak. Ayah terpaksa tipu kamu. Ayah yakin, suatu hari nanti kamu akan tahu kebenarannya.
"Abangggggg!!!" Suara si isteri mengganggu lamunannya. Lantas dia berpaling ke arah suara permaisuri hatinya itu. Dia tersenyum.
"Ye sayanggg. Kenapa ni?" Si suami menyahut lembut.
"Ada orang datang. Dia kata dia tu peguam mak. Dia datang katanya nak baca wasiat tah apa benda tah." Jawab si isteri.
"Haa?!" Si suami terkejut.
Cepatnya peguam mak ni datang. Cepat betul nk dibacakan wasiat tu. Gelojoh benar mak ni. 😂
"Peguam tu ada dekat mana sekarang ni?" Si suami bertanya.
"Ada kat dalam. Dia tunggu dekat ruang tamu tu haa." Jawab si isteri.
Selepas itu,mereka sekeluarga bergegas masuk ke dalam rumah dan menuju ke ruang tamu rumah agam itu.
Kelihatan seorang peguam yang memakai tag nama 'Zulhairy Ahmad' sedang meliau disekitar rumah. Pikir dia tu sape nk check check rumah mak aku ni.
"Errr assalamualaikum encik?" Si ayah mahu bertanyakan nama lantas dipotong oleh peguam tersebut.
"Waalaikumsalam. Panggil saya Encik Zulhairy." Jawab peguam yang dipanggil Encik Zulhairy tenang.
"Ok Encik Zulhairy. Kenapa ya encik datang?" Si suami bertanyakan hairan.
Aduuu kau ni. Dah sah sah dah tadi bini kau kata dia datang nak bacakan wasiat. Yang kau tanya lagi ni dah kenapa?!
"Saya datang ni,untuk membacakan wasiat daripada arwah. Arwah ada pesan pada saya. Saya kena baca wasiat ni pada hari dia dikebumikan. Jadi saya rasa,inilah waktunya." Terang Encik Zulhairy panjang lebar.
Si suami mengangguk faham.
"Baiklah,boleh kita mulakan?" Sambung peguam itu.
"Haa boleh boleh. Silakan." Jawab si suami sambil mengangguk.
"Bismillahhirahmanirrahim." Peguam itu memulakan dengan bacaan ayat suci itu. Lantas dia membuka beg bimbit yang dibawa bersamanya tadi. Dikeluarkan sebuah envelope. Isi kandungannya agak tebal.
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia
RomanceKehidupan sebagai seorang CEO bukanlah satu perkara yang mudah. Siapa sangka,gadis yang baru sahaja berumur 23 tahun sudah disuruh menjadi CEO di syarikat milik arwah neneknya itu. Arghhh memang gila! Pertemuannya dengan jejaka yang pernah dikenalin...