9 tahun kemudian.......
"Assalamualaikummm. Awakkk ooooo Awakk. Jom study kat library!" Kedengaran suara seorang remaja lelaki tercongok di depan rumah sambil memanggil orang di dalam rumah .Dengan harapan, tuan empunya badan yang dipanggil akan keluar.
"Waalaikumsalam. Ye,cari anak makcik eh?." Salamnya disahut oleh seorang wanita yang agak berusia.
'Aik,kenapa makcik yang keluar? Mana crush Aku ni?! Tak apa,mungkin dia ada di dalam tengah tidur'. Tembak hati remaja lelaki itu.
"Aaaaa. Iyer Makcik . Saya cari anak makcik sebab nak ajak dia study dekat library. Dia ada kat dalam tak makcik?." Remaja itu bertanya lembut.
"Ya Allah,Budak bertuah tu tak bagitahu apa apa ke?" Wanita yang dipanggil makcik itu bertanya hairan.
"Maaflah makcik,dia tak bagitahu Saya apa apa. Kenapa ya makcik?" Jawabnya dengan sopan. Kehairan mula keluar.
"Hari ini dia kena ikut ayah dia pergi overseas sana tu. Dia kena duduk dekat rumah arwah nenek dia dekat sana. Lepas ini,tak balik sini dah. Dia sekolah dekat sana. Dia kena ambik bidang perniagaan. "Terang makcik panjang.
"Tapi,kenapa dia tak bagi tahu saya apa apa. Dia cuma kata, jangan lupa dia untuk selama lamanya." Ujar remaja lelaki itu dengan nada kedengaran agak kecewa. Manakan tidak, pujaan hatinya itu merangkap kawan baiknya itu telah tinggalkan dirinya untuk selama lamanya. Tanpa memberitahu apa apa,pujaan hatinya pergi bergitu sahaja.
"Mungkin dia tak nak kamu sedih agaknya. "Tebak Makcik itu .
"Mungkin." Jawab remaja itu sayu.
"Haa sekejap." Makcik tersebut terus berlari ke atas untuk mengambil sesuatu.
Sesaat
Dua saat
Tiga saat
"Ambik ni. Ni alamat rumah arwah nenek yang ada kat KL. Tak silap makcik,lagi 10 tahun dia balik Malaysia duduk dekat rumah tu . Kalau nak jumpa dia,pergi jer dekat alamat ni. Jangan pergi sorang. Pergi dengan mak ayah kamu." Kata Makcik itu sambil menghulurkan sekeping kertas yang tercatat alamat di atasnya.
"Terima kasih makcik. Saya balik dulu. Assalamualaikum ." Dia meminta izin untuk pulang
"Waalaikumsalam." Jawab Makcik itu .
Kenapa Kau mesti tinggalkan aku?Siapa yang nak study,bergurau senda dengan aku lagi di library? . Siapa nak backup Aku bila Aku kena buli. Kenapa kau pergi?!
Remaja itu mengayuh basikal sambil mengalirkan mata kesedihan. Jika ini adalah jalan yang terbaik buatnya dia rela tidak mengganggu kehidupannya. Mungkin juga dia tidak akan bertemu gadis itu di sana.Mungkin selepas 10 tahun,dia sudah tidak mengenali aku lagi.
Hatinya rapuh. Pecah. Terburai. Hatinya sudah menjadi seperti kaca yang jatuh dari tingkat 80. Dia mengaku bahawa dia memang sudah lama jatuh hati dengan gadis tersebut sejak sekolah rendah lagi.
Gadis tersebut mempunyai sifat keperibadian yang tinggi. Dia sentiasa kemas di sekolah. Bukan itu sahaja,dia juga cantik. Memiliki badan yang diidamkan oleh para wanita. Hidung yang mancung. Bibir yang mugil serta mata yang menggoda. Malah dia bukan sahaja cantik dia juga merupakan seorang murid yang pandai.
Dengan langkah yang longlai,dia melangkah ker bangku yang disediakan di taman perumahan itu. Dia teringat tentang peristiwa yang berlaku di sekolah semalam.
Flashback
"Awak awakkkk." Suara si gadis memanggil seseorang.
Lelaki itu menoleh. Dia tersenyum ke arah gadis tersebut.
"Yes. Kenapa awak panggil saya?" Lelaki tersebut bertanyakan hairan.
"Hmm. Saya nak mintak sesuatu boleh tak? Tapi ni more kepada hajat lah. Saya harap awak boleh tunaikan." Gadis itu berharap.
"Haa pedia. Kalau Saya boleh tunaikan,saya buat. Tapi insyallah saya akan tunaikan." Balas lelaki itu.
"Saya harap yang awak takkan lupakan saya sampai bila bila. Tetapi,saya tak kisah pon kalau awak nak lupakan saya satu hari nanti." Jelas gadis tersebut.
Selepas memberitahu hajatnya itu, gadis tersebut terus melangkah pegi menuju ke kelasnya. Dia meninggalkan lelaki itu dalam keadaan terpinga pinga.
Maafkan aku. Aku tak dapat bagitahu kau perkara sebenarnya. Aku sebenarnya akan pergi jauh dari kau. Aku janji aku takkan lupa kau. Maafkan aku.
Air mata gadis itu gugur. Dia sudah tidak endah dengan keadaan sekeliling. Biarlah orang kata dia ni tak malu. Tapi apakan daya,dia sudah tidak dapat menahannya lagi.
End flashback
"Patutlah dia kata jangan lupakan dia. Hiks hiks." Lelaki itu berkata sendirian sambil menangis tersedu sedu.
Sedih. Itulah perasaanya sekarang. Seumur hidupnya,dia tidak pernah menangis kerana perempuan. Tetapi,gadis itu berjaya membuatkan dia menangis. Keegoan lelakinya jatuh.
"Awak,saya takkan lupakan awak. Jadi saya harap jugak yang awak takkan lupakan saya. Saya harap harap juga awak ingat saya sampai bila bila walaupun awak dah kahwin." Lelaki itu berharap. Dia juga berharap agar apa yang di hajatinya itu tidak menjadi harapan palsu.
Dia benar benar tidak sanggup kehilangan gadis itu. Ramai yang kata cinta di zaman persekolahan di panggil 'cinta monyet'. Dan kisah percintaan itu takkan berterusan sampai ke jinjang pelamin.
Tetapi sudah tidak mengambil kisah pasal itu. Dia yakin. Kisah percintaannya kuat. Seperti jodohnya. Dia yakin bahawa suatu hari nanti dia akan bertemu gadis itu. Dia jugak nekad. Kalau dia sudah berjumpa dengan gadis itu,dia akan melamar gadis tersebut.
Sedang melayan perasaannya yang sedih,hari sudah melabuhkan tirai. Kedengaran azan maghrib yang dialunkan di surau terdekat merdu berkumandang.
"Astagfirullah,dah masuk maghrib." Lelaki itu tersedar selepas mendengar alunan azan yang dialunkan itu.
Dengan pantas,dia melangkahkan kaki ke arah basikal miliknya dah terus mengayuh ke rumah.
Semasa perjalan kerumah, dia melintasi tempat dia dan gadis itu bergurau senda. Sekarang semua itu tinggal menjadi kenangan yang tidak tahu manis atau pahit. Sungguh,dia sangat sedih. Tapi apakan daya.
Selepas itu dia juga terpandang rumah yang baru di singgahnya tadi. Dia hanya tersenyum kelat. Mungkin selepas ini,dia tidak lagi akan tersenyum.
Lagi sekali,hatinya masih berasa sayu dengan pemergian gadis itu. Dia masih lagi tidak dapat menerima pemergian gadis itu walaupun sudah puas memujuk hatinya yang keras seperti batu itu. Dia berjanji,tidak ada sesapa yang dapat menggantikan gadis itu di dalam hatinya. Dia tekad.Aku janji. Aku takkan lupakan kau. Aku akan ingat kau sampai bila bila. Itu janji aku kepada kau.
Dia melajukan lagi kayuhannya.
Tiba tiba
Strettttt!!!! Bum!!
"Allahuakbar." Sempat dia mengucap sebelum menutup matanya.
Yeayy prolog 2 dah siap. Lepas baca vote dengan comment tau. Bye. Haa jangan lupa sumbat cite ni dalam reading list and library 📚 korang. Muahh
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia
RomanceKehidupan sebagai seorang CEO bukanlah satu perkara yang mudah. Siapa sangka,gadis yang baru sahaja berumur 23 tahun sudah disuruh menjadi CEO di syarikat milik arwah neneknya itu. Arghhh memang gila! Pertemuannya dengan jejaka yang pernah dikenalin...