Tiba tiba....
Allahuakbar allahuakbar
Azan maghrib berkumandang. Tanpa melengahkan masa, Arinah turun dari katil dan segera kakinya laju melangkah ke dalam bilik airnya itu. Kena cepat sikit. Kejap lagi Amir datang.
Selepas 1 jam.....
otor paling cute: Kata kena cepat. Tapi bersiap sampai satu jam. Cepat ape tu. Pfft memang janji melayu lah kau ni Arinah.
Arinah: Ngek. Macam ah kau tu bersiap cepat sangat. Aku ni kena ah lawa lawa. Nak gi date upss sorry salah. I mean nak pergi dinner. Aku tahu lah kau tu alone. (Arinah jeling ke arah ku)
otor paling cute: Aku protest kang baru tahu. Aku tamau sambung cerita kau. Eh salah. Aku buat sad ending. Padan muka kau.
Arinah: ehh jangan ah. Aku nak happy ending ni.
Mamat Amir Amirul: hoi!! Apa gaduh gaduh ni. Dah dah masuk position. Aku nak masuk scene dah ni.
otor paling cute & Arinah: k fine!
Selepas pergaduhan kecil itu, Arinah terus mendapatkan baju kurung cotton corak bunga kecil kecilnya itu. Tudung shawl dililitkan di atas kepala. Perfect. Kakinya pula laju melangkah keluar dari closet room miliknya itu lalu menuju ke arah meja solek. Dia menilik dirinya sebelum keluar. Liptint dipakai. Itulah makeupnya. Dia hanya memakai liptint ketika keluar.
Dia memang tidak suka memakai makeup yang berat berat. Baginya, buat apa kita nak tutup muka kita yang tuhan kita dah anugerahkan. Kalau nak pakai pun,pakai la yang ringan ringan sahaja. Arinah hanya memakai makeup ketika waktu kerja sahaja. Kadang kadang tidak pakai. Leceh sahaja waktu mahu solat. Kena buang makeup lagi. Lepas solat,pakai semula. Memang Arinah tidak suka benda benda remeh sebegitu.
iPhone 12 pro max miliknya berbunyi. Nama si pemanggil tertera di skrin telefon. Segera dianggkat.
"Hello Amir." Arinah memulakan percakapan.
"Hello Arinah. Awak dah siap? Saya dah sampai dekat depan rumah awak ni. Kalau belum siap, saya boleh tunggu." Arinah cepat sahaja menjenguk tingkap biliknya. Kelihatan sebuah kereta mewah milik Amir tersadai di depan rumahnya.
"Saya dah siap dah. Kejap ehh. Saya turun." Dengan segera,Arinah terus menuju ke lif di dalam rumahnya. Punat LG ditekan. Pintu automatik dibuka. Dia menuju ke arah almari kasutnya yang lebih tinggi darinya. Sneaker jenama Gucci diambil. Dia malas mahu pakai heels ataupun sandals. Dia lebih suka pakai sneaker. Senang. Lantaklah ibu atau ayahnya mahu tegur atau apa. Dah memang Itu kasut kegemarannya.
"Assalamualaikum Amir." Arinah menegur Amir yang sedar bersandar di pintu keretanya itu. Hensem sia dia ni. Tapi tu ah. Jantan taraguna. Sedap jer mungkir janji.
"Waalaikumsalam A..." Salam Amir termati disitu. Matanya memandang Arinah atas bawah. Sungguh cantik. Walaupun hanya memakai baju kurung,Arinah dimatanya kelihatan sungguh cantik. Seperti bidadari.
Arinah perasan yang Amir terkejut dengan pemakaiannya sekarang. Ada yang tak kena ker dengan baju aku ni? Lawak sangat ker aku pakai baju kurung dengan sneaker?
"Amirrrr." Arinah panggil meleret sambil tangannya melambai lambai di depan muka Amir. Boleh pulak dia tengok aku gitu.
"Ya ya ya. Sorry. I just speechless tengok awak. Awak cantik sangat walaupun pakaian awak simple." Amir baru tersedar dari lamunannya. Siap puji si Arinah lagi. Makin kembang lah dia tu. Gatallll.
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia
RomanceKehidupan sebagai seorang CEO bukanlah satu perkara yang mudah. Siapa sangka,gadis yang baru sahaja berumur 23 tahun sudah disuruh menjadi CEO di syarikat milik arwah neneknya itu. Arghhh memang gila! Pertemuannya dengan jejaka yang pernah dikenalin...