OY 32

3.4K 163 18
                                        

Syakira P. O. V

Aku berlari anak dari tempat parkir kereta sehinggalah ke wad kecemasan. Pintu kaca yang diwarnakan gelap terbuka secara automatik.

Tanpa perlu mencari, susuk Lia Dan juga Elly terus sahaja ditangkap oleh anak mata aku. Aku bergerak mendekati mereka yang duduk pada kerusi menunggu.

"Khai macam mana?" Terus sahaja aku menanyakan soalan. Keduanya mendongak memandang aku.

"Sya!" Reaksi terkejut masih ditunjukkan.

"Khai okay ke tak?" Tanya aku lagi. Lia terdiam. Begitu juga Elly

"Syukur sebab kemalangan kecik je."

Serta merta aku melepaskan keluhan lega. Dari tadi terasa sukar untuk bernafas selepas aku mendengar berita Khai kemalangan.

"Cuma..." Lia jeda. Dipandang pula kearah Elly. Seperti meminta sokongan.

"Cuma?" Ulang aku.

"Cuma Khai masih belum sedarkan diri."

Aku diam.

"Dan sebenarnya kami risaukan sesuatu." Lia Dan Elly Saling berpandangan. Dahi Aku berkerut, pelik.

"Korang dua ni ada apa-apa ke?" Tanpa berselindung aku menanyakan soalan. Aku memang syak Sejak dari kejadian dekat funfair tu lagi, kerana mereka berdua tampak rapat. Malah Elly lebih rapat dengan Lia berbanding Khai sendiri.

"Sya, aku harap sangat kau tak marah Aku lepas kau dengar apa Aku nak cakap ni." Ujar Elly, nampak takut-takut.

"Sya, sebenarnya aku dengan Lia dah lama couple." Beritahu Elly. Mata aku membuntang.

"Habis tu Khai? Kau mainkan dia ya?" Tanpa dapat dikawal, hati aku menggelegak marah.

"Sabar Sya, dengar dulu apa kami nak cakap ni." Tahan Lia. Namun itu belum dapat menurunkan kemarahan aku.

"Korang ni manusia apa hah!? Sanggup korang mainkan kawan baik korang sendiri?" Nada suara aku berubah tinggi. Beberapa pasang mata mula memandang kami bertiga.

Tidak menunggu lama, Lia terus sahaja mencapai pergelangan tangan aku dan menarik aku keluar. Diikuti oleh Elly dari belakang.

" Lepaslah!" Marah aku lalu melepaskan tanganku dengan kasar.

"Sya, aku buat benda ni sebab terpaksa." Elly cuba menerangkan dengan lebih jelas.

"Terpaksa? Terpaksa apa? Sebab kau cemburu aku dengan Khai, sebab tu kau sanggup ambil dia dari aku kan?" Hambur aku. Masih marah.

"Dan kau Lia, kau mesti ada berdendam dengan Khai kan. Sebab tu kau sanggup sepakat dengan betina ni." Tambah aku lagi. Memandang Lia.

Pap!

Sebuah tamparan hinggap pada pipi kiri aku. Aku tersentak.

"Cakap biar guna otak, Syakila! Jangan sesuka hati buat tuduhan." Marah Lia. Jari telunjuk tepat dihalakan ke wajah aku.

"Elly terpaksa buat semua tu sebab permintaan Khai sendiri. Khai nak Elly berlakon sebagai girlfriend depan kau. Khai cuma nak sakitkan hati kau, supaya kau boleh lupakan dia." Terang Lia, sedikit tinggi nada suaranya. Mungkin masih marah.

Lidah aku kelu untuk bersuara.

"Berlakon? Habis tu selama ni..." Aku sedikit tergagap.

"Kami memang tak ada apa-apa. Aku berlakon sebab permintaan Khai." Jelas Elly pula.

Aku mula mengurut dahi. Terbayang perbuatan Khai kepada aku sebelum-sebelum ini.

"Sya, percayalah. Khai masih sayangkan kau, cintakan kau." Aku terkesima.

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang