Bab 175-Calon Suami Gadis Harimau

2K 27 2
                                    

APA yang menarik tentang Kak Sun ialah, cara dia menyampaikan cerita penuh dengan perasaan. Adaketikanya terasa amat melucukan tetapi makin lama mengikut ceritanya makin terasa seram. Mengundang rasa takut yang tidak menentu seolah-olah bagaikan ada makhluk halus yang sedang mengikuti pergerakkan kami.

Bagi menghilangkan rasa takut itu saya segera mendekati Andi Kamarool, Bahu kami segera berlaga dan ternyata perbuatan itu kurang disenangi oleh Andi Kamarool, Dia segera menjauhkan tubuhnya dari tubuh saya. Memang, kau tak faham dengan apa yang aku rasakan Andi rungut batin saya. Sebelum menyambung cerita yang terputus, Kak Sun renung ke arah dahan pokok besar atas kepala.

"Bila ayahnya mati, abang Mia ambil keputusan menjual barang-barang antik dalam rumah ni."

"Apa dia barang-barang antik tu Kak Sun?" soal saya.

"Lampu dari timur tengah, macam lampu Aladin tu, ukiran patung kayu, peti kain, mesin jahit, peti nyanyi dan macam-macam lagi."

"Kenapa dijual? Bukannya senang nak dapat barang-barang antik macam tu," Andi Kamarool renung muka Kak Sun penuh dengan tanda tanya. Lagi sekali Kak Sun dongakkan muka ke dahan pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Sudah tentu perbuatannya itu menimbulkan keraguan dalam diri saya.

"Sebabnya tak ada tempat nak simpan. Lagi pun simpan barang-barang lama ni susah Andi banyak pantang larangnya silap-silap cara boleh bawa padah."

"Huh." Andi Kamarool membeliakkan biji matanya. Dia terkejut.

"Ada orang yang membeli nya kak Sun?" Saya tidak jemu mengajukan pertanyaan.

Saya lihat kak Sun tersenyum lebar.

"Ramai orang yang membelinya tetapi mereka mengalami hal-hal yang ganjil. Kaum keluarga mereka hidup tak aman. Kerana si ayah minat barang-barang antik, anak isteri terima padah,"

"Apa dia padah yang dia orang terima kak?" Minat ingin tahu makin besar tumbuh dalam hati saya.

"Dikacau pengawal rumah, hidup tidak aman."

Untuk sekian kalinya saya dan Andi Kamarool menarik nafas dalam- dalam. Kak Sun nampak tenang tetapi, bila ada kesempatan dia tetap mendonggakkan mukanya ke arah dahan pokok besar. Tentu ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Kak Sun terus bercerita:

Seorang peniaga yang membekalkan keperluan harian untuk keluarga Mia, jatuh hati dengan almari antik dari China. Tanpa berfikir panjang dia terus membeli almari itu dan ditempatkan di kedainya.

Semua pelanggan yang datang ke kedainya merasa kagum dan keindahan ukiran pada almari itu. Pemilik kedai hanya senyum bangga.

Kemegahan dan kebanggaan pemilik kedai, segera bertukar menjadi cemas. Tanpa disangka-sangka pada suatu subuh dia dikunjungi oleh manusia hitam berbadan besar yang mendesaknya supaya almari antik dipulangkan segera ke rumah keluarga Mia.

Pada mulanya pemilik kedai enggan mematuhi permintaan manusia hitam. Tetapi dalam kunjungan berikutnya, manusia hitam berbadan besar mula memperlihatkan kemarahannya pemilik kedai terpaksa mengalah dan almari antik dipulangkan kembali ke tempat asalnya.

Sekiranya, ada pekerja yang bertindak kurang ajar atau tidak disenangi oleh Kak Sun pasti diganggu oleh orang hitam berbadan besar yang disebut oleh Kak Sun sebagai pengawal rumah. Akibatnya pekerja yang terbabit tidak senang hati dan terus minta berhenti kerja.

Dari cerita Kak Sun itu saya segera membuat kesimpulan yang Kak Sun dapat menterjemah apa yang dimaksudkan oleh si penjaga. Ini berlainan dengan Mia, walaupun sering berdepan dengan kelibat dan bayang-bayang orang hitam, ternyata Mia tidak mampu meneka atau menterjemah kehadiran si pengawal. Kalau Kak Sun sering melihat sesusuk tubuh lelaki tetapi si Samion lain pula yang dilihatnya.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 13 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now