CHAPTER 08

105 15 0
                                    


CHAPTER 08

WHO ARE YOU?
BY : ANNELL CJROSEY ADOREY

Sebulan sudah Raylonna dan Ralinda berada di kampung. Perut Ralinda pun sudah kelihatan besar. Raylonna masih berkeadaan dingin seperti mula-mula mereka sampai ke kampung itu.

Suatu hari Raylonna duduk mengelamun di luar rumah. Ralinda datang mendekatinya tanpa sedarnya. Ralinda seperti teragak-agak ingin menegur Raylonna tapi sampai bila mereka perlu berkeadaan begitu. Salah seorang perlu memecahkan tembok ego masing-masing.

" Ray? " Ralinda sudah duduk disamping Raylonna

Tetapi Raylonna langsung tidak menoleh kearah Ralinda apalagi untuk menyahut panggilan Ralinda. Wajah Ralinda kelihatan agak kecewa.

" Ray, saya minta maaf kalau saya bawa kau masuk dalam masalah yang saya buat sendiri. Kalau Ray mahu balik pigi bandar Ray baliklah, kakak buli juga jaga diri kakak di sini " Ralinda cuba memujuk Raylonna.

Raylonna masih diam membisu.

" Kau benci saya sudah Ray? " Ralinda masih mengharap sepatah kata yang keluar dari mulut Raylonna, tapi semuanya hampa.

Ralinda terus berdiri dan ingin beredar dari sana. Tapi belum sempat Ralinda memulakan langkahnya, Raylonna bersuara.

" Sorry Kak, saya bukan selfish tapi tipulah juga kalau saya tidak terasa hati bila terpaksa melepaskan semua masa depan saya " Raylonna cuba menahan sebaknya.

" Kejarlah cita-cita kau Ray, saya ikhlas suruh kau balik bandar " Ralinda tersenyum dan meneruskan langkahnya masuk ke dalam rumah.

Hati Raylonna terusik bila Kakaknya mengungkapkan kata-kata terakhirnya tadi.

" Kenapa saya nda rasa lega pun bila kakak cakap begitu, hati saya makin berat mau kasi tinggal dia " Hati Raylonna berbisik.

Selepas beberapa minit Ralinda masuk ke dalam rumah. Dia pun menyusul.

Keesokan paginya Raylonna bangun awal lagi untuk menyediakan sarapan mereka. Hatinya tiba-tiba merasa tidak senang bila tidak melihat kelibat Ralinda yang tidak muncul-muncul seperti selalunya.

" Merajukkah? " Getus hati Raylonna.

Raylonna bersarapan pagi tanpa Ralinda pagi itu. Siap bersarapan dia berjalan menuju ke arah bilik Ralinda. Dana mengetuk pintu.

" Kak, bangunlah sarapan... " Tapi tiada sahutan dari dalam bilik Ralinda.

Sekali lagi dia mengetuk dan memanggil nama Ralinda. Tapi masih sama tiada respon dari Ralinda. Raylonna memusingkan tombol pintu bilik kakaknya, ternyata tidak dikunci. Raylonna menjenguk ke dalam. Kelihatan Ralinda masih tidur.

Raylonna datang mendekati kakaknya dan cuba membangunkannya dengan mengoyangkan sedikit lengan Ralinda tapi Ralinda masih diam.

" Kak! Kak! Bangun.... Jangan buat saya takut " Raylonna mulai rasa panik.

" Ray, sakit... " Tiba-tiba Ralinda bersuara tapi suaranya hampir tidak boleh didengar.

" Kita pigi hospital sekarang juga kak... Mana kunci kereta kakak? " Raylonna

Tiada balasan dari Ralinda. Raylonna menyelongkar laci dalam bilik itu. Dan memimpin kakaknya berjalan menuju ke kereta.

" Kenapa ni? Mari saya angkat dia... " Tiba-tiba muncul lelaki di depan rumah mereka. Raylonna membiarkan lelaki tadi mengangkat kakaknya keluar dari rumah mereka. Lelaki tadi terus menuju ke keretanya.

" Guna kereta saya saja, kau duduk pangkuh kakak kau di belakang... Saya tau, banyak persoalan dalam kepala kau sekarang ni, tapi nanti saya explain semua. Ada hal lebih penting lagi sekarang ni " Lelaki

Raylonna hanya menurut. Beberapa minit kemudian mereka sampai di hospital. Kakaknya dibawa ke wad kecemasan. Lelaki tadi muncul memberikan air minuman tin kepada Raylonna.

" Don't worry, she will be okay... " Lelaki

Kata-kata lelaki itu melegakan sedikit hatinya yang gundah gulana ketika itu. Tetapi muncul persoalan lain.

" Kau siapa? " Raylonna

Lelaki itu tersenyum.

" Kalau saya cakap, yang saya ni future fiance kau, kau percaya? " Lelaki

TO BE CONTINUE....

RAYLONNA THE DREAMER?Where stories live. Discover now