*TUGASAN UNTUK HARI INI*
*TARIKH*: 9 NOVEMBER 2018
*SHORT STORY*
*TAJUK* :: PUJAAN
*QUOTE*:: DIA YANG KUPUJA, HINGGAKU TERLUPA BUMI YANG DIPIJAK.
*GENRE*:: *FAN-FICTION+SPIRITUAL*
*KLU* :: *CUBA SEDAYA UPAYA, ASALKAN DAPAT JUMPA DENGAN PUJAAN HATI. TERPULANG, PELAKON ATAU PENYANYI. NAMUN AKHIRNYA, SEDAR SEMUA ITU TIDAK MEMBERI MANFAAT.
*DISEDIAKAN OLEH*: Maharani Rerama🦋 @AmieAfis
*AUTHOR:* Mirahzanie
✨✨✨✨✨✨
Nama Que semakin menginjak naik sejak pertama kali dia terlibat dalam bidang nyanyian . Bukan sahaja kerana lagunya , malah rupa parasnya yang kacak sering menjadi rebutan ramai termasuklah Nur.
Nur masih sibuk bermain telefon pintar nya walaupun waktu sudah hampir larut malam. Sejak petang lagi, tangan nya bagai digam bersama telefon Neffos itu. Hampir setiap malam, Nur akan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Que sebelum tidur . Sudah dijadikan amalan !
"Heh! Kau siapa nak fitnah Que. Dia bukan lelaki biadap macam tulah. Geram betul aku dengan netizen ni! Benci!" marah Nur. Mana tidaknya, dia paling pantang orang yang suka mereka cerita . Lagi-lagi mangsa itu ialah pujaan hatinya!
Laju jari jemarinya menaip untuk membela Que. Tidak lama kemudian, Nur mendapat mesej daripada seseorang.
-Terima kasih kerana percayakan saya💕- Que99
"Arghh!!!" Jerit Nur sekuat hati . Namun cepat-cepat dia menekup mulutnya. Tidak mahu dia mengganggu ibubapa nya yang sedang lena.
Hati Nur semakin berbunga. Que..Que balas mesejnya! Que ucap terima kasih! Paling penting, Que sedar kehadiran nya! Que!
Que, pujaan hatiku!
Que, I'm fall in love with you!✨✨✨✨✨✨
"Adik, kau tak pergi ke PWTC ke?"
Nur sudah berkerut dahi . Dia berhenti daripada melayan telefonnya. Dia melihat ke wajah kakaknya itu dengan teliti .
"Buat apa kat sana? Bukan ada benda best pun."
"Kau tak tahu? Ada Karnival Menjejak Anak Muda. Que pun datang ke sana hari ni. Kau kan.."
Tidak sempat menghabiskan ayat , Nur sudah hilang dari pandangan . Sempat kakaknya menggeleng kepala.
✨✨✨✨✨✨
Azan zohor sudah berkumandang . Nur masih terkandas di sesakkan jalan raya . Hanya beberapa meter sahaja untuk masuk ke kawasan PWTC.
Penderitaan nya belum tamat . Seterusnya, Nur perlu mencari tempat letak kereta. Fuh, penuh!
Jangan putus asa! Dia akan cuba sedaya upaya, asalkan dapat jumpa dengan pujaan hati. Que, tunggu!
Laju kereta Nur memakir di ruang yang kosong itu. Tergesa-gesa dia keluar dari kereta dan masuk ke PWTC itu.
Kedengaran suara merdu seseorang sedang menyanyi . Bait-bait lirik lagu itu, seperti pernah didengar.
'Eh..itu, itu suara Que! Dia ada di sini! Aku kena cepat.'
Langkah Nur semakin laju. Sampai saja Nur di lokasi persembahan, ramai penonton sedang sibuk mengambil video dan merakam persembahan nyanyian Que .
Nur hanya dapat melihat dari belakang . Nampaknya dia dah terlewat . Ramai orang berkerumun mengelilingi Que yang sedang turun tangga pentas. Nur? Dialah antara nya .
Tiba-tiba seorang perempuan berpakaian seksi datang Dan meraih lengan Que. Aksi itu seolah-olah, wanita itu ingin memeluk lengan Que.
Amboi! Que aku punyalah !
"Que, siapa perempuan tu?" Seseorang bertanya. Lagaknya seperti dia juga bengang .
Dengan tenang penyanyi muda itu membalas,
"Dia tunang saya. Saya minta maaf kepada semua kerana tidak memaklumkan hal ini. In sya Allah, akan datang saya akan umumkan bila kami akan berkahwin."
Ada yang bersorak gembira dengan berita itu . Sebahagian lagi sebaliknya . Nur?
Hati nya hancur berkecai . Pujaan hatinya, Que milik orang lain?
Bertarung dengan ibunya supaya mengizinkan dia keluar berjumpa pujaan hati.
Menderita di sesakkan jalan raya dan bersusah payah mencari tempat letak kereta .
Sengsara mengharungi jutaan manusia di PWTC itu semata-mata ingin berjumpa pujaan hati.
Namun akhirnya sedar semua itu tidak memberi walau sedikit manfaat dan kebaikan .
Nur keluar dari bangunan itu dengan lemah . Ya, dia kecewa . Tetapi dia sudah membuka mata dan minda seluas-luasnya . Dia menyesal kerana melabel Que sebagai jejaka idaman walhal mereka hanya berbalas mesej untuk beberapa seketika .Betapa mudahnya dia jatuh hati.
~DIA YANG KUPUJA, HINGGAKU TERLUPA BUMI YANG DIPIJAK.~
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
*09 NOVEMBER 2018*
*FAN-FICTION+SPIRITUAL*
*FEEDBACK @MIRAHZANIE*🦋Que..Que balas mesejnya! 👉🏻
Que... Que balas mesejnya!
*Elipsis mesti tiga titik, selepas elipsis jarakkan yea.*🦋*Bahasa Inggeris kena _italik_kan yea.*
🦋zohor 👉🏻Zohor *kena huruf besar kerana kata nama khas.*
🦋Tiba-tiba seorang perempuan berpakaian seksi datang Dan meraih lengan Que.👉🏻
*Dan tak perlu huruf besar.*🦋Que aku punyalah !👉🏻
Que aku punyalah!
*tanda seru dekatkan.*🦋Menderita di sesakkan jalan raya dan bersusah payah mencari tempat letak kereta .👉🏻
Penderitaannya dalam menempuh kesesakan jalan raya, bersusah payah pula mencari tempat letak kereta.
*cadangan*🦋Setiap perkataan berakhir dengan 'nya' harus didekatkan.
*Kesalahan ini banyak dilakukan, jadi sila perhatikan yea.*🦋 *Elipsis pula diingatkan, hanya tiga titik.* *Okey.*😉
*OKEY, KESIMPULANNYA GENRE FAN-FICTION ITU MEMANG DAPAT FEELNYA. CUMA GENRE SPIRITUAL YANG TIDAK BERAPA NAK SAMPAI. CERITA PUN AGAK PENDEK, BARU NAK RASA PANAS TETIBA EH, DAH HABIS.* 😅 *SUSUNAN AYAT PULA BOLEH DIPERBAIKI LAGI.*
*APA PUN, USAHA ANDA AMAT SAYA HARGAI.* *CUMA, MINTA BERI PERHATIAN PADA YANG DITEGUR YEA.**MAAF, KALAU ADA SILAP BOLEH JE BERI TEGURAN.*
*
MARKAH :: 78%**FEEDBACK BY :: AMIEAFIS*🦋💙
YOU ARE READING
MiRa & PMWP
Short Story-Penulisan Melayu Wattpad- Di sinilah saya belajar, Di sinilah saya menimba ilmu tentang penulisan, Dan saya menghasilkan sebuah buku khas untuk menghargai penulisan saya. Welcome to PMWP by Mirahzanie.