*TUGASAN UNTUK HARI INI*
*TARIKH*: 12 NOVEMBER 2018
*SHORT STORY*
*TAJUK*: SUNYI
*QUOTE*: KENAPA DIRIKU BERASA KERDIL?.
*GENRE*: TEEN FICTION
LEBIH DIGALAKKAN JIKA DARI KISAH SEBENAR PENGALAMAN SENDIRI
INGAT BAIK-BAIK, TIDAK KISAH MANA-MANA GENRE NAK ADUNKAN KECUALI ROMANTIK DAN SPIRITUAL, OK?
*DISEDIAKAN OLEH* : SIR AIM
*AUTHOR*::
Mirahzanie---------------------------------
"Dia selalu sombong dengan kita kan? Sekarang, dia dah mati ... giliran kita pula sombong dengan dia." roti yang sudah tersedia di atas meja makan itu dicapai lalu disuapkan ke mulut.
"Tapi dia tetap kawan kita." Fira sedaya upaya memujuk rakannya itu. Tanggungjawab sebagai seorang sahabat perlulah dilaksana sebaiknya hinggalah saat-saat terakhir. Malangnya, semua itu sia-sia. Siapa yang tidak kenal Sofia. Seorang yang tetap dengan pendiriannya.
Fira mengeluh. Berita kematian sahabatnya, Dya benar-benar menyakitkan. Sedih, hiba dan kecewa tak usah dikata. Walaupun Dya seorang pendiam dan susah untuk difahami tetapi bagi Fira, itu bukanlah alasan untuk dia membenci Dya.
Ya, Dya seorang wanita yang penuh misteri. Hidupnya seolah-olah penuh dengan dunia hitam. Kesemuanya negatif. Setiap malam, Dya akan menangis. Jarang sekali mulutnya ingin bersuara. Di kolej, Dya sering diganggu sama ada lelaki mahupun wanita. Dialah selalu menjadi mangsa keadaan.
Kenapa dengan Dya?
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum!"Laju langkah Fira menuju ke pintu rumah. Dikuak pintu tersebut dengan perlahan.
"Waalaikumussalam. Siapa ye?" soal Fira.
"Akak, saya serahkan barang-barang kepunyaan arwah ni kepada akak. Kami terjumpa barang-barang ni dalam kereta yang dibawa arwah."
Lelaki berhoodie hitam itu menghulurkan sebuah beg berwarna merah. Lambat-lambat Fira untuk mengambil.
"Lagi satu kak, arwah sudah selamat dikebumikan tadi. Erm .. itu saja. Saya minta diri dulu."
"Oh, baiklah. Terima kasih."
Lelaki tadi terus hilang bersama motorsikalnya. Fira menutup pintu kembali.
"Apa yang ada dalam tu?" soal Sofia.
Beg merah itu kemudiannya bertukar tangan. Sofia memeriksa isi kandungan beg itu dengan teliti sehinggalah,
"CD apa ni?" Sofia membelek-belek plastik tersebut.
Fira dan Sofia saling berpandangan.
"Pasanglah." Fira memberi cadangan.
Tanpa berlengah, Sofia memasang CD tersebut untuk dimainkan.
"It ... Itu Dya. Dya rakam video?" Riak wajah Fira terkejut. Perasaannya semakin membuak-buak ingin mengetahui motif Dya.
"Shh .. kita tengok apa yang sebenarnya Dya nak sampaikan." ujar Sofia.
-----------------------------------'Assalamualaikum. Ya, ni aku .. Dya. Aku minta maaf pada korang. Bukan sengaja aku menangis dalam bilik, berpura-pura sombong dan langsung tak pernah bercakap lembut dengan kalian. Dalam video ni, aku akan jelaskan semua tu.
Aku mulakan dengan keluarga aku. Dulunya, aku seorang yang ceria, periang dan sentiasa menghormati orang lain. Ya, itulah aku yang dulu. Namun, segalanya berubah sejak aku kehilangan ibu dan ayah. Waktu itu, aku masih di zaman kanak-kanak. Masih kecil. Masih hijau dengan dunia.
Aku dibuang oleh ibubapa tiriku sewaktu umur aku 16 tahun. Mereka buang aku tanpa sebab. Aku pun tak tahu lah kenapa aku dibuang. Mungkin juga kerna budi bahasa , akhlak dan adab aku hilang sekaligus. Malu agaknya bila mempunyai anak yang semakin pupus budi pekertinya. Kemudian, aku tinggal dengan nenek aku di kampung. Entah dimana silap aku, terus aku dipergunakan oleh orang kampung dan nenek kusendiri. Aku rasa mereka gila! Aku juga punya perasaan. Mereka pulaukan aku. Umpama hanya aku dalam duniaku sendiri. Jika diikutkan nafsu, ingin saja aku bunuh mereka semua!
Dya berhenti berbicara. Tak sanggup ingin meneruskan kata-kata. Akhirnya, air mata Dya tumpah. Dia cuba bersuara dalam keadaan tangisannya yang teresak-esak.
'Kawan? Langsung tiada ... walau seorang. Bayangkan, ibubapa kandung sudah tiada, dibuang pula oleh ibubapa tiri, dipulau oleh orang kampung dan tiada kawan. Aku ... aku kesunyian! Sungguh aku terseksa menanggung rasa kesunyian itu. Kenapa diriku berasa kerdil?'
Dya menarik nafas seketika. Tangisannya semakin reda. Dia kemudiannya, mengukirkan senyuman. Ini kali pertama Dya senyum! Dya menyambung,
'Aku ambil keputusan untuk sambung belajar dengan duit simpanan yang ada. Bertemu dengan kalian, cukup buat aku gembira. Aku minta maaf sebab kehadiran aku ni mungkin dianggap penyibuk. Aku sedar, aku hanya menumpang di rumah sewa ni. Jujur, kalian hadir sebagai pengubat dan penawar. Serta-merta *sunyi* itu pergi tinggalkan aku.
Sepanjang 6 bulan aku tumpang di sini, banyak benda baru yang aku teringin nak buat.
Aku nak sangat bersembang dengan kau, Fira. Aku nak sangat lepak dengan kau, Sofia.Akhir kata, aku nak ucap terima kasih sebab kalian bebaskan aku dari penjara dunia aku sendiri.
Sungguh, aku sayang korang berdua!'
------------------------------
Fira dan Sofia saling berpandangan. Tak disangka ini yang berlaku pada Dya. Rupanya selama ni, dia sunyi.
"Tapi, kenapa Dya langsung tak bercakap kalau dia sayang kita? Kenapa dia perlu sembunyikan semua ni?" soal Sofia. Dia terkilan. Terkilan dengan sikap Dya. Kesal kerana sering
menganggap bahawa Dya itu seorang yang sombong."Sofia, mungkin kita adalah kunci yang berjaya buka penjara tu, tapi Dya yang tak mampu untuk melangkah walau setapak keluar dari penjara tu. Mungkin dia hilang keyakinan, kepercayaan atau ... kita ni harapan palsu? Entah lah. Jawapan tu takde kat aku." terang Fira.
Dia mengelap pipinya yang basah dengan tisu.
"Fira, esok kau teman aku pergi kubur Dya .. boleh?"
Fira mengangguk tanda setuju.
---------------------------------
Fira dan Sofia duduk diatas tikar yang elok terbentang.
"Dya, sekarang kau tak perlu rasa sunyi lagi sebab aku dan Fira akan selalu datang ziarah kau. Kita akan sembang sama-sama macam yang kau nak buat sebelum ni." Sofia sebak. Begitu juga Fira.
"Dya, jangan rasa sunyi ye. Kitaorang ada kat sisi kau sentiasa." Fira pula bersuara.
-----------------------------------
*FEEDBACK MIRAHZANIE*
*TUGASAN 12 NOVEMBER 2018 - TEENFICTION**🐇Tanda titik sebelum penutup kata hanya untuk dialog tag yang berada di depan. Jika dialog tag berada di belakang, guna tanda koma. Rujuk artikel dialog tag.*
*🐇Ada disertakan quotes dan cerita bersesuaian dengan judul tetapi pendek ceritanya. Usahakan lebih panjang untuk dapat lebih feel.*
🐇motorsikal, kerna, dimana❌❌❌
*motosikal, kerana, di mana*✔✔✔*🐇 Angka lebih sesuai ditulis dengan perkataan kecuali tahun dan waktu jam.*
👉16, 6
*enam belas, enam**👍🏻👍🏻😅 KESALAHAN YANG MINIMUM. NAMUN CUBA PANJANGKAN CERITA UNTUK NEXT ASSIGNMENT SUPAYA LEBIH DAPAT FEEL. GOOD TRY.👍*
*86%*
*FEEDBACK BY : ARENAYIDIN🐇*
YOU ARE READING
MiRa & PMWP
Short Story-Penulisan Melayu Wattpad- Di sinilah saya belajar, Di sinilah saya menimba ilmu tentang penulisan, Dan saya menghasilkan sebuah buku khas untuk menghargai penulisan saya. Welcome to PMWP by Mirahzanie.