Squad Member

10 1 0
                                    

📝 *TUGASAN UNTUK HARI INI*

🗓 *TARIKH ::* 21 NOVEMBER 2018

✍ *CERPEN*

*DISEDIAKAN OLEH ::* DZHaMTHeGR33N🌿🐢

*GENRE ::* CEREKA REMAJA+CEREKA SAINS+FANTASI👯🏻‍♂🔬🌈

*TAJUK ::* SQUAD MEMBER.💪😎👍

*QUOTE ::* TUMBANGKAN KEBODOHAN DENGAN KEBIJAKSANAAN.

*KLU ::* SAYEMBARA/PERSAINGAN SIHAT BERKUMPULAN REKA CIPTA YANG TERULUNG. [ 5-7 ORANG AHLI ]

*PASTIKAN ADA ::*👇

1⃣GELIGA.

2⃣TEKNOLOGI.

3⃣KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA.

4⃣ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.

5⃣ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI.

*PENULIS ::* Mirahzanie.


Cikgu Nora memerhati pelajar-pelajar di hadapannya sebelum mula berbicara. Dia menarik nafas dan menghembus dengan perlahan.

"Assalamualaikum para pelajar sekalian, saya ada beberapa pengumuman penting. Tolong diam dan dengar dengan teliti," ucap wanita muda itu.

Setelah semua para pelajar menjawab salam, Cikgu Nora menyambung,

"Projek Sains dan Teknologi peringkat sekolah akan diadakan pada bulan hadapan. Maka, kepada para pelajar yang berminat ingin menyertai pertandingan ini, sila berjumpa dengan saya selepas rehat. Saya perlukan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh orang ahli untuk mewakili sekolah kita. Maklumat selanjutnya akan saya maklumkan. Baiklah, seterusnya ..."

Emil, Chea Mei dan Arif saling berpandangan. Mereka sudah mengukirkan senyuman kecuali Chea Mei. Gadis itu seakan tahu apa yang dimaksudkan.

Benar, mereka bertigalah antara pelajar yang terpandai dalam matapelajaran Sains.

"Okay, aku _join_ . Tapi lagi dua orang mahu ajak siapa?" soal Chea Mei.

Mereka berfikir sejenak. Tiba-tiba datang seorang perempuan dan lelaki.

Ouh, Ina dan Anath. Mereka berdua dari kelas ketiga daripada lima kelas manakala Arif, Chea Mei dan Emil tentunya dari kelas pertama. 

"Boleh ke kalau kami sertai?" soal Anath.

Mereka bertiga terkejut. Anath dan Ina?! Chea Mei mengangguk tanda setuju. Tunggu, gabungan apakah ini?

Projek sains tersebut bertemakan air dan alam semulajadi. Agak susah kerana perlu menggunakan kedua-duanya sekali dalam satu model. Pada mulanya, mereka ingatkan berkait rapat dengan teknologi terkini seperti robot dan seumpamanya.

"Susahnya tema projek ni. Macam mana kita nak gabungkan air dan sains dalam kehidupan seharian kita?" soal Emil.

"Susah tapi mencabar ... aku suka. Marilah, tumbangkan kebodohan dengan kebijaksanaan! Kita mesti cuba benda baru," kata Chea Mei penuh bersemangat.

"Nama kumpulan kita?" soal Arif.

"Squad Member!" cadang Anath.

Mereka semua tersenyum. Ina menetapkan tempat untuk mereka berjumpa petang ini seterusnya berbincang tentang projek tersebut.

💧💦💧💦💧💦

Seperti yang dijanjikan, Arif, Emil, Chea Mei dan Anath sudah sampai di rumah milik ibubapa Ina. Mereka terus menuju ke halaman belakang yang agak lapang. Sangat sesuai.

MiRa & PMWPWhere stories live. Discover now