Kerana Terpaksa

15 2 2
                                    

*TUGASAN UNTUK HARI INI*

*16 NOVEMBER 2018*

*SHORT STORY*

*DOUBLE MIX GENRE*

*ROMANCE💘*
*ACTION🔫⚔*

*TAJUK:* KERANA TERPAKSA

*QUOTE:* ANTARA CINTA DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI, KEDUANYA KUSIMPUL DENGAN RAPI, TETAPI...rupanya aku tidak mampu menguasai kedua-duanya.

*KLU:* BEBAS, ASALKAN GENRE ACTION LEBIH MENONJOL DARI GENRE ROMANCE. YANG PENTING SAYA NAK CERITA INI PENUH DENGAN AKSI.

*AUTHOR:* Mirahzanie

*DISEDIAKAN OLEH:* MR. ED 🧜🏻‍♂🧞‍♂🐠 @ED_YAACOUB

'''PASTIKAN ADA ADEGAN AKSI'''


*Akhirnya aku memiliki wanita idamanku.
Dialah yang telah membuatkan aku mabuk dalam percintaan.
Dialah pencuri yang berjaya mencuri hati ini.
Dialah ibarat permata di persisiran pantai.
Dialah segalanya buatku.
Tidak akan sekali-kali aku persiakan cinta kami*

Wajah putih bersih itu ditenung. Rambutnya yang hitam pekat itu dibelai lembut. Harap perlakuannya itu tidak mengganggu lena isterinya. Serta-merta Firash tersenyum. Bahagia yang dapat dirasakan saat ini.

Firash berhenti mengusik Sara apabila terdengar isterinya itu bersuara,

"Jangan .. tolong jangan."

Firash semakin hairan. Hari ini bukan kali pertama ia berlaku. Hampir setiap malam Sara mengucapkan perkataan itu walhal dia sedang tidur.

Mengigau? Mungkin. Tapi ia berlaku dengan kerap. Bila ditanya dia hanya menjawab,

"Entahlah. Saya tak perasan pula."

⚔🗡⚔🗡⚔🗡

"Ingat tugasan kau. Kau kahwin dengan dia sebab ada misi. Bukan saja-saja. Faham?" tegas nadanya.

Sara mengangguk seraya berkata,

"Saya faham, tuan"

Lelaki itu berlalu pergi. Sara segera pulang ke rumah dan menjalankan tugasannya. Sara mengeluh.

Sudah hampir 3 bulan mereka berstatus suami isteri. Walaupun dia kahwin kerana terpaksa, namun lama-kelamaan dia rasa ada sesuatu sedang mengganggunya. Iaitu cinta. Memang tidak dinafikan, lelaki yang bernama Firash itu sedaya upaya memikat hatinya. Perempuan mana tidak suka dipikat? Dia juga ada perasaan.

⚔🗡⚔🗡⚔🗡

"Fir, kamu dah dapat maklumat berkaitan pembunuh upahan mereka?" soal lelaki yang agak berusia itu.

"Pembunuh upahan tu ...," ucapan Firash tergantung. Nafas ditariknya dalam sebelum dia menyambung bicara, "Pembunuh upahan tu perempuan dan bukan seorang saja."

Suasana sunyi seketika. Terkejut barangkali.

"Hahaha .. biar betul ni. Perempuan?"

"Betul lah," ujar Firash.

Lelaki berusia itu terus gelak tanpa henti. Bagi Firash, dia masih belum boleh berasa gembira. Dua orang perempuan tu pasti luar biasa. Kerana itulah mereka dilantik menjadi pembunuh upahan.

"Tuan, saya minta diri dulu. Apa-apa jadi saya akan _call_ ," kata Firash. Dia mencapai kunci kereta Honda Civic nya.

"Hati-hati, Firash."
Firash terus hilang dari pandangan.

⚔🗡⚔🗡⚔🗡

Sedang sibuk dia memasak, terasa ada tangan yang merangkul erat pinggangnya. Sara berhenti memotong sayur dan meletakkan pisau disisi. Dengan pantas dia berpusing lalu dipukul lelaki itu di bahagian leher.

MiRa & PMWPWhere stories live. Discover now