Tak salah berkongsi ilmu kan?
1) penggunaan ( "...")
🍋mestilah dirapatkan
🍋contoh:🐼 " Aku kan ada. " ❌
🐼 "Aku kan ada." ✅
************************
2) penggunaan tanda koma dan noktah dalam dialog🍋 usai koma kita akan guna huruf kecil dan noktah pula huruf besar.
🍋Contoh:🐼"Pergilah," katanya ✅
🐼"Pergilah." katanya ❌
*************************3) Tanda koma sebelum kata nama atau nama panggilan.
🍋Rata-rata kesalahan ini yang banyak dibuat juga sebenarnya.
🍋Contoh:🐼 "Kau tipu kan Meen?" ❌
🐼 "Kau tipu kan, Meen?" ✅🍋 ayat juga boleh berubah kalau tak ada tanda koma.
🍋 Contoh:🐼"Kakak dah masak, mak" ✅
🐼"Kakak dah masak mak" ❌
🔪kalau perasan ayat kedua tu menunjukkan yang kakak tu masak mak dia. 😶
************************
4) Pengulangan tanda baca tidak dibenarkan sama sekali.
🍋Contoh:🐼 "Maaakkkk!!!!" ❌
🐼 "Mak!" ✅🔪 Ini kalau kesiankan editor. Mohon jangan buat macam yang pertama ya ... berdegung dalam kepala bila baca 🌚
*ATAU*
🍋Contoh:
🐼 "Apa kau dah buat?!" marah Isma kepada Dzham❌
🐼 "Apa kau dah buat?" tengking Isma kepada Dzham ✅
***********************
5) penggunaan elipsis yang betul
🍋 perlu dijarakkan sebelum dah selepas.
🍋 hanya 3 titik sahaja. *Tetapi akan jadi 4 titik apabila di hujung ayat (elipsis + noktah)*🍋Contoh:
🐼 "Wan dah...bertunang?" ❌
🐼 "Wan dah .......
bertunang?".
🐼 "Wan dah... bertunang?" ❌
🐼 "Wan dah ... bertunang?" ✅
*************************6) Dialog tunggal
🍋perlu diakhiri selain tanda koma.
🍋Contoh:🐼 "Aku akan pulang," ❌
🐼 "Aku akan pulang." ✅
🐼 "Aku akan pulang!" ✅
🐼 "Aku akan pulang?" ✅
************************7) Huruf pertama selepas dialog dimulakan dengan huruf kecil apabila perkataan selepas penutup kata berkaitan dengan pengucapnya.
🍋Contoh:
🐼 "Tinggallah di sini," Katanya ❌
🐼 "Tinggallah di sini," katanya ✅🔪contoh perkataan berkaitan dengan pengucapnya👉🏻 ujar, kata, pujuk, adu, tengking dan seterusnya
**************************8) Huruf pertama selepas dialog dimulakan dengan huruf besar.
🍋apabila perkataan selepas penutup kata *TIDAK* berkaitan dengan pengucapnya.
🍋Contoh:
🐼 "Kau dengar lagu apa?" soal Deeja ✅
🐼 "Kau dengar lagu apa?" Soal Deeja❌
🐼 "Kau dengar lagu apa?" tajuk lagu dikerling Deeja. ❌
🐼 "Kau dengar lagu apa?" Tajuk lagu dikerling Deeja ✅
**************************9. Dialog sambungan boleh digunakan di dalam petikan.
🍋Contoh:
🐼 "Aku rasa ...," ucapan Zarena tergantung. Nafas ditariknya dalam sebelum dia menyambung bicara, "Kau kena teruskan apa yang kau dah mulakan."
🔪pendek kata ada 2 dialog dalam satu ayat.
************************10. Kata seru perlu diikuti dengan tanda koma dan diakhiri dengan tanda seru
🍋Contoh kata seru, (wah, oh, eh dan seterusnya)
🍋Contoh ayat.🐼 "Wah cantiknya awak hari ini." ❌
🐼 "Wah, cantiknya awak hari ini!" ✅🔪rasa macam tak ikhlas kan ayat no. 1 tu? 🌚begitulah ceritanya.. 🤭
***********************11) Dialog baru. Perenggan baru.
🍋Contoh:
🐼 "Adik masak apa tu?" soal Dzham. "Goreng pisang." " Akak tolong tengok jelah, ye?"❌
🐼Adik masak apa tu?" soal Dzham.
"Goreng pisang."
"Akak tolong tengok jelah, ye?" ✅
***********************12) penggunaan perkataan dengan _capital letter_
🍋 Contoh:
🐼"Aku BENCI kau!"🔪ayat ni kalau ikut NoHR tak digalakkan. Sebab tanda seru tu pun dah cukup. Tak perlu sampai nak besarkan perkataan benci. Untuk kita letak benda ni salah atau betul. Bergantung kepada editor korang. Ada sesetengah menerima sebab kata huruf besar begitu adalah kemestian. Tetapi sesetengah editor tak benarkan. Jadi... bagi NoHR dua2 dibenarkan. Syarat jadi tegas apabila editor yang korang rujuk hanya memilih salah satu. (Rujukan:CSE)
**********************
Tanda seru blh lebih dari satu tp x blh lebih dari tiga.
Mak!👉Nada bersahaja
Mak!! Nada lebih menekankan ( lebih menggambarkan emosi)
**********************Boleh noktah tp dgn syarat dialog tag kat depan.
👉Kata Syafina,"Hey."
**********************Dialog tag di belakang.
"Hey," kata Syafina.
( guna koma )#copypaste
YOU ARE READING
MiRa & PMWP
Short Story-Penulisan Melayu Wattpad- Di sinilah saya belajar, Di sinilah saya menimba ilmu tentang penulisan, Dan saya menghasilkan sebuah buku khas untuk menghargai penulisan saya. Welcome to PMWP by Mirahzanie.