Dendam Adudu

20 3 0
                                    

*TUGASAN UNTUK HARI INI*

*TARIKH ::* 14 November 2018

*SHORT STORY*

*MIX GENRE ::* Fantasy + Adventure

*TAJUK ::* Dendam Adudu

*QUOTE ::* KINI DENDAM AKU AKAN TERBALAS.

*KLU ::* 

1) pilih satu filem/ kartun/ drama/komik/novel atau apa-apa sahaja bentuk episod fantasi yang pernah ditonton

2) fokus pada 2 watak sahaja. Iaitu protagonis dan antagonis.

3) tugasannya adalah anda perlu menjadikan watak mereka terbalik. Antagonis menjadi protagonis dan sebaliknya.

Contoh: Boboiboy adalah antagonis dan Adudu adalah protagonis. (Kartun animasi Boboiboy)

*RUJUKAN:* (Sila nyatakan cerita yang dipilih)

*DISEDIAKAN OLEH ::* NoHR🍋

*AUTHOR ::* Mirahzanie

🔥🔥🔥🔥🔥🔥

"En .. encik bos," panggil Prob yang sedang ketakutan.

Tangannya juga menggigil menyebabkan gelas yang dipegangnya turut bergetar.

"Setiap kali rancangan untuk aku hapuskan Boboiboy, pasti gagal! Budak bumi memang menyusahkan!"

Gulp.

Adudu mencampak hampir kesemua senjatanya ke bawah sebagai protes. Amarahnya semakin membuak. Dia terus menerus melakukan aktivitinya tanpa memikirkan akibat daripadanya.

"Aku beli mahal-mahal, tapi langsung tiada gunanya!"

Prob menjadi resah. Laju langkahnya menuju ke arah Adudu.

"Encik bos, ak .. aku ada rancangan dan aku pasti kali ini kita pasti berjaya," Prob menghulurkan segelas air.

Adudu menyambutnya seraya berkata, "Apa rancangan kau tu?"

🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Sedang Boboiboy dan kawan-kawannya berbual di kafe Tok Aba, Adudu datang  sambil mengukirkan senyuman. Suasana menjadi senyap sunyi. Apakah?

"Er .. hai semua. Ak .. aku datang inginkan perdamaian. Aku rasa dah tiba masanya aku berhenti daripada terus memusuhi korang semua." ucap Adudu. Diharapkan supaya rancangannya berjalan dengan lancar.

"K .. kau okay tak?" soal Gopal.

"Apa pula muslihat kau kali ni?" soal Yaya.

Bertubi-tubi soalan diajukan. Adudu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus. Entah dari mana datangnya angin, dedaun kering jatuh berguguran.

"Selama ni, apa yang aku tahu hanyalah pergaduhan, peperangan dan permusuhan demi mendapatkan _power sphere_ . Tanpa aku sedari, aku rasa kekosongan dan kesunyian di galaksi ini. Hanya ada Prob. Tapi, aku tak dapat kasih sayang seorang kawan yang asli. Huhu .. jadi, aku buat keputusan untuk mencari kawan bukan lawan! Kerana itu, kehadiranku disini untuk menjadikan kau sahabatku, Boboiboy."

Adudu mula menangis. Begitu juga Prob yang bersembunyi disebalik pokok. Tugasnya adalah untuk memantapkan lagi lakonan Adudu.

Gopal juga sudah menangis. Boboiboy buntu.

"Hei, Boboiboy. Boleh percaya ke si Adudu ni,"  tanya Ying. Dia berasa ragu-ragu dengan sikap alien itu.

"Macam nilah, Adudu. Aku akan terima kau jadi kawan aku," kata Boboiboy.

MiRa & PMWPWhere stories live. Discover now