"Rahsia hubungan sulit pewaris syarikat *** dengan ahli kelab malam terbongkar"
"Anak ceo syarikat *** bermesra di club **" Komen bertubi tubi diberikan oleh para netizen dan menjadi trending disetiap laman sosial. Facebook, Youtube Instagram, page artikel dekat Google
'Aduh diorang tak perlu kot nak buat scandal murahan' gumam Rayyan berdiri dihadapan Dato Hisyam
*Dummm*
"Rayyan Mikael!"jerit Dato Hisyam. Perangai Rayyan kalini memang melampau, memalukan syarikat.
"Ye a ayah" hush, marah betul ayah kalini.
"Apa yang kamu dah buat ni! Anak ceo syarikat ***? Nasib baik die tak tulis terus tapi ni! Muka kamu terpangpang jelas!" Dato Hisyam membaling perlahan ipad Apple di atas mejanya.
"Alah ayah ni semua salah faham jelah"
"Tak kesah lah salah faham ke apa kamu ingat senang senang ayah nak bina syarikat ni? Sekarang kamu pulak yang senang senang nak jatuhkan syarikat ni."
Argh mula dah...
"Alah ayah, macam lah syarikat ayah ni bagus sangat bukan nya di carta teratas atau kedua pon" ya syarikat Dato Hisyam bukanlah syarikat no1 atau no2 tapi termasuk dalam top5 syarikat terbesar di KL.
"Rayyan Mikael! Kamu jangan nak biadap. Sekarang ayah nak kamu tahu cara mencari duit tu. Ayah nak kamu pergi ke salah satu resort ayah di Langkawi." Arah Dato Hisyam dengan tegas.
"Rayyan taknak."
"Rayyan! Ayah tak main main! Pergi kemas barang kamu."
Rayyan buat muka selamba badak. Lalala tanok werk.
Dato Hisyam menekan telefon untuk memanggil setiausaha nya
"Setiausaha Qis"
"Ye Dato"
"Panggilkan dua pengawal heret budak ni ke resort Billa Vista di Langkawi"
Tidak sempat Setiausha Qis nak membalas Rayyan cepat cepat menekan butang end
'Pergh ayah ni dah gila ke apa'. Terkejut Rayyan dengan tindakan ayahnya.
"Ayah tak perlu lah sampai nak malukan Rayyan, okay! Okay! Sorry! Rayyan ikut cakap ayah. Kat mana resort tu?"
Dato Hisyam senyum kemenangan.
×××××
"Ye mak Alana on the way balik rumah sewa Alana ni."
Alana menekan butang tingkat 5.
"Yang mak tak sabar sangat Alana sampai rumah ni dah kenapa?" Pelik, dari pagi tadi mak die mesej tanya pasal surat.
"Yee mak nanti kalau ada apa apa Alana inform kat mak. Bye letak dulu" belum sempat mak dia nak balas Alana terus tekan butang end
*Ting*
Pintu lift terbuka di tingkat 5.
Sunyi like always. Alana berjalan ke biliknya. Alana tinggal di sebuah flat berdekatan dengan tempat kerjanya. Sebagai pakar nutrisi makanan, tempat kerjanya sering berubah ubah tempat. Kadang kadang di sekolah rendah, sekolah menengah, tadika, hotel. Haih menyusahkan orang je tapi nak buat macam mana, ni je satu satunya kerja yang dia pandai. Gaji pon boleh tahan.
Sampai di biliknya Alana ternampak nota pad kecil.
"Sewa bulan ini mesti dibayar dalam masa seminggu kalau tidak GET OUT"
Alana ambil dan koyokkan.
Sebelum Alana membuka pintu, Alana ternampak sekeping sampul surat berwarna pink cair terselit di celah pintu.
"Jemputan perkhawinan Sofea dan Nazir"
Eh kejap ni nama mak aku.Masuk je dalam rumah Alana terus menelefon maknya.
"Ha hello mak, Mak nak kawin lagi? Ni kali ke tiga mak. Mak bergurau ke apa?!" anak belum kawin ni mak yang beria sampai kali ke-3 kawin. Aduuuu makkkkkk
"No! Alana taknak datang! Memalukan orang je, tak habis habis dari dulu lagi mak selalu macam ni" ada sebab kenapa Alana tak suka maknya dan ada sesuatu yang Alana pendam.
"Huhhh" Alana mengeluh kuat.
"Okay, ni kali terakhir Alana ikut permintaan mak, nanti Alana inform mak lagi. Dah la mak Alana malas nak pikir" penat dengan perangai maknya
*Tutt*
Alana terus baring diatas katil melelap kan matanya.-sorry again kalau ada typo
-pls keep support ♡ and share ya
YOU ARE READING
Teman Satu Malam
RomanceHighest rank #1 in syarikat. Rayyan Mikael: Satu satunya anak lelaki Dato Hisyam Kamarudin iaitu salah satu pemilik syarikat besar di KL. Jejaka tampan yang digilai ramai tapi hidung tinggi! Tidak suka melayan perempuan tapi semua berubah apabila di...