-BAB 5-

533 14 1
                                    

Rayyan berjalan di lobi, pura pura buat kerja. Kang kantoi lak dengan pengurus.
"Eh tu bukan Encik Adli ke? Dia buat apa tu?" Hairan Rayyan.
Encik Adli bersembang dengan seorang pekerja resort tu. Dia sedang memegang... kunci kereta Rayyan? Rayyan mengambil kesempatan untuk mendengar perbualan mereka.
"Kamu tolong pegangkan kunci kereta ni dan jangan bagi sesiapa." Pesan Encik Adli
"Baik Encik Adli"

'Ouh kau la yang pegang kunci kereta aku' idea jahat Rayyan timbul
"Ehem ehem" bunyi suara dari belakang Rayyan. Rayyan menoleh.
"Eh pengurus, ada apa apa yang boleh saya bantu?" heh berlakon je lebih kau ni Rayyan.
"Kenapa awak terjegat kat sini lagi? Pergi buat kerja!" Pengurus mula meninggikan suara.
Seorang pekerja wanita sedang menolak troli kek 3 tingkat. Rayyan menahan
"Eh kenapa gadis manis ni buat kerja susah susah? Biar lelaki yang buat. Meh sini meh" Rayyan menolak wanita itu ketepi. Wanita hanya tersenyum malu. 'Die puji aku doh'
"Pengurus tengok ni saya sedang buat kerja" kata Rayyan berlalu pergi.
Pengurus hanya mengangguk.
Rayyan berlari anak menolak troli itu supaya cepat hilang dari pandangan pengurus
"Aku kene cari balik budak tadi, kunci kereta aku."

×××××
Alana berlari di lobi untuk pergi ke arah lift.
*PANG*
Alana terlanggar troli yang ditolak Rayyan. Kek 3 tingkat melayang tah kemana. Rayyan merangkul pinggang Alana supaya dia tidak terjatuh.
Alana memegang bahu Rayyan. Di pandang setiap inci wajah Rayyan. Kacak sungguh! Begitu juga Rayyan. Dia memerhati wajah gadis itu. 'Eh ni perempuan dalam bas tadi, dia.. dia menangis?'

*PUK*
Kek tadi terjatuh di atas muka Alana dan baju Rayyan. Kedua dua mereka terbaring di atas lantai.
"Sorry" Alana bangun dan terus pergi ke lift yang sedang terbuka.
Rayyan mamandang pelik ke arah Alana sehingga pintu lift tertutup.

"Rayyan Mikael!" Jerit pengurus.
"Apa yang kamu dah buat ni?" Pengurus kelihatan benar benar marah.
"Perempuan tu yang muncul tetiba lepastu berlari macam lembu mengamuk" selamba Rayyan menjawab. Rayyan bangun dan melihat uniformnya. 'Eish, habis dah kotor'
"Awak ingat saya main main ke?" Wah wah wah anak Dato Hisyam ni.
"Eh betullah"
"Saya nak awak pergi mintak maaf dekat pelanggan kita." Arah pengurus dengan tegas.
"Nape pulak die yang berlari macam lembu.."
"Rayyan Mikael!!" Pengurus menengking. "Saya tak ajar pekerja saya biadap dengan pelanggan eh"
"Ye, okay, sorry!" Rayyan mengalah.

×××××
Alana masuk ke bilik. Dia menangis sepuasnya. Memang die tak suka dengan perangai Aunty Sofea. Bende dahlama, apa yang nak dibanggakan pon taktahu la. Tak de rasa malu langsung ke?

"KRING KRING*
Telefon Alana berbunyi meredakan bunyi tangisanya.
'Mak'
"Hey Alana, kamu pergi mana hah? Mak dengar kamu yang rosakkan kek mak. Kamu datang ni nak hancurkan perkhawinan mak ke?"
Alana mengeluh. Dia taknak Aunty Sofea tahu yang dia menangis.
"Alana nak cepat tadi mak ada hal, Alana lari pastu terlanggar. Sorry mak. Ha mak petang ni Alana gerak KL terus tau ada kerja. Tahniah mak. Bye"
*TUT*
Alana terus menekan butang end. Alana mengelap air matanya.
"Huh, ok aku anggap macam tiada apa apa berlaku. Aku datang sini sebab nak enjoy. Rilek Lana rilek. Dah jom kita enjoy!"
Alana menanggalkan bajunya dan menyarung kan bathrobe. Dia membersihkan aising kek yang melekat dirambutnya.
Alana melangkah masuk ke dalam bilik air.

×××××

×××××BUBBLE BATH×××××Bubble bath telah tersedia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

×××××BUBBLE BATH×××××
Bubble bath telah tersedia.
"Hurmmm, wanginyaa" kata Alana setelah memasuki bilik air. Alana menyentuh buih buih dan meniup buih itu terbang.
"Alaaa buih dah nak hilang"

Alana mengambil sebotol sabun bubble maker

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alana mengambil sebotol sabun bubble maker.
"Hurmm patutlah wangi perisa strawberry, tapi botol ni botol kaca, bahayalaa"
Alana menuang separuh daripada botol itu kedalam tub mandi.

Tiba tiba,

*DUSH*
Alana terbaring di atas lantai akibat terpijak buih sabun. Tu lah sape suruh main tiup tiup. Botol kaca yang di pegangnya jatuh bersepai. Habis pecah. Cecair sabun tersebut jatuh di atas lantai dan bathrobe Alana yang berwarna putih itu.
"Aduhhhhhh, sakitnyaaaaa" Alana mengaduh kesakitan. Sumpah dia rasa sakit sangat dibahagian kaki dah pinggangnya. Dia tak boleh bergerak. Lagi dia bergerak lagi dia sakit.

*TUK TUK TUK*
Rayyan mengetuk bilik orang yang dia panggil 'lembu mengamuk' tadi. Insaf terus lepas kene sound ngan pengurus depan pekerja resort yang lain.
"Looooo? Ada orang tak?" Jerit Rayyan.
"To tolonggg"
"Tolong? Dari bilik ni ke?" Rayyan mendekatkan telinga nya pada pintu untuk memastikan bunyi yang didengarinya tadi.
"Sape kat luar tu saya kat dalam... tolonggg.... sa sakit..."
Ok bunyi tu datang dari bilik ni. Asal ngan dia? Die okay ke tak ni?
Kelam kabut Rayyan. Dia tak tahu macam mana nak bukak pintu. Kebetulan seorang cleaner bilik baru keluar dari bilik sebelah.
"Hey kamu! Sini jap, cepat!" Jerit Rayyan. Yang die risau sangat ni kenapa.
Cleaner tadi berlari kearah Rayyan. 'Asal die ni macam serius je' gumam cleaner itu.
"Bagi kunci bilik" Rayyan meminta. Cepat cepat Rayyan membuka pintu bilik Alana.
"Cepat cari dia!" Arah Rayyan sebaik sahaja pintu dapat dibuka.

Alana yang sedang terbaring terdengar bunyi riuh riuh kat luar. Aduuu mcm mana niiii....
"Arghhh pura pura pengsan jelah" Alana memejamkan matanya.

"Encik! Tengok ni!! Da darahhhh!" Kata cleaner itu sebaik sahaja dia ternampak tompok merah di bathrobe Alana. Dia punya terkejut sampai terduduk. Bunuh diri ke apa?
"Mana?! Darah?!" Rayyan jerit kerisauan. Sebab dia takut. Dahlah die nampak Alana nangis tadi. Takut Alana buat benda tak sepatutnya. Rayyan menolak cleaner itu ketepi kerana menghalang pandangan Rayyan.
"Ya allah darah! Cepat cepat call ambulans!" Rayyan menerpa ke arah Alana. Dia terus mendukung Alana untuk dibawa ke tingkat bawah. Rayyan berlari dengan penuh kerisauan.

Alana membuka matanya apabila dia berasa berada dalam dakapan seseorang.
Dia memerhati setiap inci muka Rayyan yang penuh kerisauan itu. Berpeluh peluh muka Rayyan! Setiap langkah Rayyan rasa perlahan baginya.

*NENONENONENO*
Bunyi ambulans semakin jelas kedengaran. Alana kembali memejamkan matanya. Rayyan meletakkan Alana di atas katil ambulans. Termegah megah Rayyan kerana berlari. Dah la Alana berat! Orang ramai yang berada di luar resort berkumpul untuk melihat apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku?" Kata seorang ahli medic
"Saya tatahu.. saya.. saya nampak die terbaring di atas lantai." Termegah megah Rayyan.
Rayyan membetulkan bathrobe yang dipakai Alana terselak sehingga menampakkan pehanya yang putih dan gebu itu.
"Cik bangun cik" ahli medic itu menepuk perlahan pipi Alana. Dia ternampak mata Alana terkelip kelip sekali dengan tamparan di pipi Alana.
Dia memegang kaki Alana dan menggeletek kaki Alana.

"Bhahahahahahhahaha geligeli hahahaha" tergelak Alana bila dia rasa kakinya digeletek. Kelemahan wooo.
"Heh dah agak menipu je lebih" kata medic itu.

Semua orang yang ada disitu terkejut. 'Lah menipu je?' 'Gimik ke apa ni?' 'Sampai panggil ambulans bagai?'

Yang paling terkejut ialah orang yang mendukungnya. Dipandang geram muka Alana.

"Opsss kantoi"

-okay sorry for the late update
-if korang suka then click the vote button and share to your friendzz ♡~<
-add to ur library to get notifications

Teman Satu MalamWhere stories live. Discover now