De'3

17 6 0
                                    

Jin mencuba resepi dari pakcik google. Ayam rendang crispy gituu.

Bunyi bising di dapur pada malam hari mengejutkan Rapmon.

Rapmon berjalan perlahan-lahan menghampiri Jin dari belakang.

"Chagi yaa.."

Rapmon memeluk pinggang Jin dari belakang menyebabkan Jin melatah kalah makcik bawang!

"Kamchagiaaa!! Aishhhh!!" hampir sahaja Rapmon nak dapat hadiah debik pakai senduk oleh Jin. Mujur,Jin dapat kawal diri.

"Hahaha mian hyung.. Saja nak merasa ada bini.." ujar Rapmon. Terdapat ayat keluhan di situ.

"Lehotakheaa.. Aku bukan bini kau.." jawab Jin dingin. Entah kenapa terasa maruahnya tercalar. Eh..?

Rapmon membalasnya dengan ketawa.

"Hyung ni.. Malam-malam pun masak.. Semua dah tido.. Sape nak makan?" soal Rapmon sambil menongkat dagunya di meja.

"Saka aku.." Jin tersengih sinis membuatkan Rapmon rasa meremang. Lalu,Jin ketawa.

"Esok aku panaskan lah.."

"Aku try resepi baru ni.. Entah lah.. Lately ni.. Aku suka memasak.. Rasa macam nak bukak restoran.. Kalaulah aku diberi peluang lagi untuk pilih jalan hidup,aku nak belajar kulinari.. Amacam..?" Jin menoleh ke belakang bila puas membebel.

"NAMJOON?" soal Jin memanggil.
Jin menjengahkan kepalanya ke ruang tamu melalui pintu dapur. Tiada kelibat sesiapa pun.

Jin terpandang meja makan tempat Rapmon duduk tadi.

Ada sekeping kertas warna emas yang berkilau dan pen emas. Jin tertarik nak mendekati benda tu.

"Make your wish come true..
Trust me and you will achieve what you want.."

Jin tertawa kecil. Sejak bila natang ni ada kat sini.

Rapmon ni pun kalau nak bersuweet bagai... Ala ala...

Okeylah.. Jin pun mula menulis di atas kertas dan beranggapan kertas tu angkara Rapmon yang nak jaga hati dia. Ececeh..

"Nak buka sebuah restoran yang top bernama De'Jincious ala-ala delicious... Haa krennn..boek boskurr..haha" selesai menulis,kertas itu dibiarkan di situ.

Tanpa Jin sedar kerana sibuk mengemas barang yang dia guna untuk masak tadi,kertas tersebut menjadi debu emas yang berkilau sebelum hilang.

"Your wish come true.."

Jin menoleh kerana terdengar suara halus tersebut.

"Sejak bila rumah aku ni berhantu..?" soal Jin sedikit takut. Malah,dia memang seorang pengecut sepertimana yang dia pernah cakap masa kat VLive dulu tu..

*~*~*
"Jin hyung.." panggil Jungkook.

"Wae?" soal Jin separuh mencelik. Baru bangun tidur.

"Jin hyung dah sihat?" soal Jungkook. Jin mengangguk.

"Jin hyung keracunan ke?" soal Jungkook menghenyakkan punggungnya dibirai katil Jin.

De'JINCIOUS🍸[]BTS[]Where stories live. Discover now