Aku segera pulang kerumah selepas apa yang telah berlaku tadi. Aku terkejut dengan pengakuan berani mati Daniel tu. Tak sangka orang macam aku ada orang minat,tapi apa aku nak buat sekarang tak kan aku nak balas cinta dia sedangkan aku pun tak tau perasaan aku sendiri.
Sampai di rumah aku terus ke bilik kerana bukannya ada orang pun dah dekat ruang tamu. Baru aku nak terlelap tiba-tiba telefon aku berbunyi."haih.....sapa pulak kali ni".
Annoying brother
kau dah tidur ke?
dah
aku nak tanya sesuatu boleh
hmm
kenapa kau selalu keluar malam
tak payah sibuk
tapi.......
kau nak tau??
mestilah nak tau
tak menyesal
tak....
ok esok aku bagitahu kau
ok.bye
Esoknya aku dan aisy ke sekolah berasingan kerana kami masih menyembunyikan status kami. Pagi ini aku datang awal kerana merupakan pemilihan jawatankuasa bagi kelab masing-masing. Aku dan Maira ke kelab memanah.
"Anis,kau rasa aisy kelab apa eh"ujar Maira penuh teruja. Aku hanya biarkan soalnya berlalu sepi sebab aku pun tak tahu dia kelab apa?harap jangan sama dengan aku sudahlah. Tiba-tiba Maira menarik-narik hujung bajuku. "kau kenapa"tanya ku dengan menolak tangannya."tu,aisy ngn adrian join sekali lah!jap biar aku panggil diorang"ujar Maira dengan penuh teruja.
Belum sempat aku kata apa-apa dia dah lambai-lambai dan macam tulah kitaorang duduk bersama. Aku duduk ditengah antara aisy dan adrian manakala maira duduk disebelah aisy. Inilah dia kalau gedik datang menimpa,member sendiri pun lupa doh!.Haih apalah nasib dah lah member lupa member lepastu tersekat antara dua jejaka malaya ni,habis semua orang jeling aku.#sis tabah
"baiklah semua,seperti kita tahu harini kita akan memilih jawatan kuasa tertingi bagi tahun ini dan kalau boleh semua tingkatan 5 ok"ujar guru penyelaras itu kepada semua. Aku tidak mempedulikannya kerana aku memang tak akan terpilih punya yelah semua takut dengan aku.Aku hanya tidur sepanjang pemilihan diadakan sehinggalah Maira mengejutku.
"kau tak nak jawatan ke"kata Maira dengan penuh musykil dan aku hanya balas gelengan."baiklah tahun ni ada pertandingan memanah peringkat daerah, adrian dan anis akan mewakili pertandingan tersebut sila beri tepukan!"kenyataan dari cikgu itu amat mengejutkan ku. Haish...tak guna
Humaira orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada ku.Aku terpaksa menerima sahaja walaupun aku tak sudi sebenarnya. Ni mesti cikgu ni balas dendam sebab aku pernah baling telur kat kereta dia tulahsapa suruh bela budak tak guna si Aisyah kan dah kena.
Setelah selesai kami pun kelas namun sempat lagi adrian kata"you will be patner dear"di telinga ku. meremang doh bulu hidung aku, dah kenapa mamat ni macam pelik je dan aku aku tak tahu kenapa aku tak sedap hati tentang pertandingan kali ni.
"anis jom masuk"lamunan ku terhenti dek kerana maira memanggil ku.Mungkin semua perasaan aku je kut.
Aku pergi ke Smile cafe setelah habis waktu sekolah. Setelah menunggu beberapa minit akhirnya Ice Americano yang aku pesan telah sampai. Aku duduk dibelakang bagi mengelak daripada orang yang berada disitu.
"anis"apabila namaku dipanggil aku pun memandangnya dan GULP! itu daniel
aku ingin pergi tapi daniel menarik tanganku lalu aku pun duduk kembali. Keadaan kami terlalu akward sehingga daniel berkata
"aku suka kau,kenapa kau pergi macam tu je semalan. Kau tak sayang aku ke Anis,kau tak pernah ada perasaan sama macam aku ke Anis"
Ah sudah macam mana aku ni!
maaf sebab author lambat update ya semua.Ni author belanja gambar bts sapa A.R.M.Y angkat tangan sikit
ANDA SEDANG MEMBACA
MS MAFIA VS STEP BROTHER
Actionmengisahkan seorang anak yang terjebak dalam gejala mafia dan dia juga merupakan seorang ace.Dia juga mempunyai seorang ibu tiri dan seorang abang tiri.Mempunyai abang tiri amatlah menyakitkan terutama apabila dia seorang yang amat penyibuk!!.Mampuk...
