Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

Special Chapter

2.8K 71 7
                                        

Hari ini aku dan daniel pergi kerumah papa untuk menyambut ulang tahun Khairul. Dah besar dah dia. "sayang,mana baju abang". Ni lah lelaki semua nak depan mata,tak boleh cari sendiri. "ya,kejap". suami sapa lah ni.

Daniel pun mulakan perjalanan. Tiba di lampu isyarat dia pun berkata "jom main teka teki"

"jom"

"banyak-banyak hero,hero apa selalu tersangkut"

"hmm..entah"

"jawapan dia iron man lah"

"lah,ingat saya yang sangkut kat hati awak"

"apalah sayang ni"

Kami pun tiba  di rumah papa. Aku mencium tangan papa dan ibu. "kak Anis,Khai punya hadiah?" tanya khai dengan teruja. Aku pun memberikan hadiah kepadanya. "Wah,patung boboiboylah. Terima kasih kak Anis".

Bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. "tu mesti abang awak kan". Aku hanya mengiyakan saja. Seorang kanak-kanak perempuan keluar dari kereta "mak ngah,qira rindu mak ngah"

"eh, mak ngah je ke"

"hihi, pak ngah pun qira rindu"

"sayang, awak dapat madu lah"

"tak yah,ngada-ngada"

Maka aku pun pergi ke dapur untuk membantu ibu memasak juadah makan malam. Sewaktu makan malam, riuh rendah dengan coleteh si qira. tak nak diam langsung. Nama  penuh qira ialah Aqira Zahra Ratifa. Nama yang unik dan indah ini dipilih oleh ibu bapanya sendiri iaitu Maira dan Aisy. Bilalah aku nak dapat anak .

Kami masuk bilik tidur setelah selesai makan malam. Entah kenapa aku asyik mual dan pening. Pregnant ke?  setelah cek dengan pregnant test hasilnya 2 LINE. AKU MENGANDUNG!

"abang,awak nak tahu tak?"

"apa dia?"

" Saya..."

"ya,awak kenapa,mengandung?"

"ya, awak!"

"betul ke ni"

"BETUL..."

"Alhamdullilah, akhirnya kita jadi mak ayah juga eh"

"Kan, tak sabar nak dia lahir"

Kami berdua amatlah gembira dengan berita ini,semoga anak ini kami dapat besarkan dengan didikan agama yang cukup. Jangan jadi seperti aku sewaktu jahil. Amin....

MS MAFIA VS STEP BROTHERCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang