Esoknya aku bangun apabila kedengaran bunyi ketukan pintu. Aku melihat kearah sebelah katilku namun afiq tidak kelihatan, mungkin sudah bangun agaknya. Kemudian aku membuka pintu dan melihat ayah berada di hadapan pintuku. Ayah terkejut melihat mukaku dan berkata"ya Allah Anis, apa dah jadi dengan kamu ni hah, kamu tu perempuan Anis bukan lelaki cubalah buat cara perempuan, tolong mak kamu kat dapur tak boleh ke Anis". Aku
berkata"hwuaaa...dah habis ke, tak nak panjang lagi, kalau dah tak da apa apa saya nak mandi dulu lepasni nak keluar pulak"kemudian aku terus tutup pintu dan terus mandi, malas aku layan orang tua tu. Selepas 10 minit baru aku keluar dengan memakai baju putih, cardigan hitam, seluar slack hitam dengan topi hitam(korang imagine kan). Kemudian aku turun dan dipanggil oleh betina yang aku paling tak suka,"Anis nak pegi mana jomlah makan dulu"aku berkata"tak nak aku dah kenyang"lepastu afiq berkata"kakak nak pegi mana afiq nak ikut bo......leh"kemudian aku berkata"err....afiq kakak ada motor je lagipun kereta kakak ada kat bengkel tak kan afiq nak naik motor, jatuh nanti"tiba-tiba aisy mencelah"kalau macam tu biar aku drive lagipun kereta yang kau bawak semalam memang kereta aku kan"afiq kata"yah...abang aisy aisy ikut"aku pun berkata"err...fine aku naik kau ni pun disebabkan afiq ok". Akhirnya aku naik kereta sama ngn afiq dan aisy. Kemudian kami sampai di mall. Aku pergi ke tempat hoodie untuk membeli hoodie baru dan aisy bertanya"Anis, kau ni memang gila hoodie eh, aku tengok kalau perempuan semua pergi beli baju lah, bukulah makeup tapi kau lain kau memang brutal eh". Menyampah betul aku dengan dia ni tak habis -habis nak menyibuk. Aku malas nak melayan terus aku pergi ke kedai aiskrim. Selepas membeli aiskrim aku duduk di bangku yang disediakan kerana afiq dan aisy ingin bermain beberapa permainan. Kemudian sedang aku duduk aku terlihat sepasang keluarga bersama anak perempuan sedang bergelak ketawa ia mengingatkan aku sewaktu aku masih ada ibu
Pov...(sewaktu berusia 7tahun)
Ketika aku sedang bermain permainan aku melihat kedai aiskrim lalu aku berkata kepada ibu"ibu, nis nak tu"ibu berkata"tanya papa dulu"kemudian aku berlari terkedek-kedek kearah papa"papa, nis nak aiskrim boleh....."kemudian papa berkata"boleh tapi kiss pipi papa dulu"kemudian aku pun kiss dan aku pun mendapat aiskrim yeah....kemudian papa mencolet sedikit aiskrim ke hidung ku. Aku dan keluargaku tersenyum melihat celoteh ku dan kemudian papa berkata kepadaku dan ibu"Anis,sayang,papa janji papa akan sayang kamu berdua dan saya tak akan pernah curang dengan awak sayang"
End pov.....
Kemudian tanpa aku sedar air mata jatuh berguguran. Kenapa papa tipu Anis.... Kenapa. Kemudian aisy datang ke arah ku dan berkata"Anis asal kau nangis kau rindu mak kau ke, kalau kau ada masalah kau kongsi je kat aku okey.. "Aisy cakap lagi"hah esok dah sekolah kan kalau kau nak tau aku akan sekolah ngn kau mesti Best kan wah...bestnya". Aku terbeliak WHAT!!!. Kemudian kami pun pulang.
*********
Malam itu aku hanya duduk di dalam bilik sambil membuka instagram. Aku melihat followers aku tidak begitu ramai hanya setakat 57k. Kemudian aku turun ke bawah untuk minum air. Kemudian aku terlihat papa dan papa pun melihat aku, kemudian papa berkata"Anis papa nak cakap sikit dengan kamu jumpa kat pondok depan "
Di pondok....
Aku berkata pada papa"hah nak apa encik nak panggil saya, encik nak duit sewa ke"papa mengeluh lalu berkata"Anis.....sampai bila kamu nak marah papa, papa ni papa kamu tahu tak, tolonglah hormat papa dan ibu baru kamu, kamu tahu tak dia tetap ibu tiri kamu, kamu kena hormat dia, kamu tak kesian ke kat papa, papa sentiasa berdoa agar kamu maafkan papa"aku sebak namun aku gagahkan diri juga dan berkata"encik ingat saya nak kesian kan encik, encik tu pernah ke ambil peduli pasal saya tak ,pernah ke encik ambil tahu perkembangan saya kat sekolah, apa saya buat pernah, tak kan, tak habis-habis dengan betina tak guna tu....sampaikan Anis jadi minah tomboy pun sebab papa tau, Anis benci papa!! ". Aku berlari sambil menangis menuju ke bilik panggilan aisy aku hiraukan sama sekali.
IBU ANIS TAK TAHAN, ANIS NAK IKUT IBU!!
Akhirnya aku tidur dalam kesedihan....
ANDA SEDANG MEMBACA
MS MAFIA VS STEP BROTHER
Açãomengisahkan seorang anak yang terjebak dalam gejala mafia dan dia juga merupakan seorang ace.Dia juga mempunyai seorang ibu tiri dan seorang abang tiri.Mempunyai abang tiri amatlah menyakitkan terutama apabila dia seorang yang amat penyibuk!!.Mampuk...
