Hari

79 11 0
                                    

Hari demi hari
Aku tunggu
Mungkin esok, mungkin lusa
Keajaiban yang datang tiba-tiba
Aku berharap
Yang ada akan kekal
Dan yang pergi, terus pergi.
Aku tak mahu hadap lagi
Orang-orang yang senyum depan aku
Tapi ludah bila aku mula pandang belakang.
Hari demi hari
Tuhan turunkan ujian untuk aku
Lebih banyak, lebih berat,
Dari yang sebelum ini.
Aku di uji dengan pemergian
Aku di uji dengan iman
Aku di uji dengan mental.
tapi dia dah kata,
Siapa yang dia sayang dia uji.
Jadi aku terima dengan redha-nya
Nak taknak, itu takdir .

-ruth
30 nov 2x18

Puisi RabakWhere stories live. Discover now