warkah

24 6 0
                                    

Bila satu hari nanti
Aku tak lagi bernafas
Aku sediakan puisi ini
Khas untuk kamu, yang aku lihat dari atas

Mungkin perjalanan aku setakat ini
Bukan mahu ku untuk pergi
Tetapi ini adalah panggilan ilahi
Mungkin disana kita bertemu nanti

Aku tuliskan warkah ini buatmu
Untuk kamu satu satu nya
Yang aku lukis di dalam buku
Yang aku sebutkan dalam setiap doa ku

Jika engkau sedang menangis sekarang,
Harap nya tuhan kuatkan hati itu .
Sudah, Jangan bersedih
Aku tak hilang
Cuma berpindah ke tempat asal

Singgahlah pusara ku
Buat lepas rindu
Jika kau masih ingat kan ku.

Aku berharap ada yang sudi
Berikan ini kepada nya
Kerana buku ini
Hanya lah diari maya

-Ruth
  18 may 2x19




Puisi RabakWhere stories live. Discover now