Selepas perkahwinan, Jungkook memanggil aku untuk balik ke kampungnya di Busan. Tapi, aku... Tak ready!
Aku menaiki kereta BMW milik Jungkook.
"Kook, aku tak ready," kata aku sambil bermain jari. Jungkook hanya mendiamkan diri.
"Relaks jelaa..." kata Jungkook. Aku mengeluh perlahan.
"Berapa lama lagi?" tanya aku pada Jungkook yang sedang fokus memandu. "Lagi 4 jam sampai laa," kata Jungkook. Lama nya 4 jam. Dahlah handphone aku tengah cas guna powerbank supaya cepat penuh.
"Kalau nak tidur, tidurlaa dulu," kata Jungkook. "Habis kau... Kalau terlelap ke apa, ka susah," kata aku lalu memandang Jungkook. Mukanya yang berseri tanpa makeup menampakkan dirinya lebih kacak. Bertuahnya aku dapat kahwin dengan dia.
Ish! Bala bala. Apa yang bertuah?
"Dah puas tenung muka aku?"
soalan mengejut dari Jungkook buat aku memandang ke tempat lain. Dia ni tahu-tahu je. Tanpa sedar, lama-lama aku terlelap.
~~~
Jungkook menarik seatbelt Lisa dan kebelakangkan kerusi. Agar Lisa berasa selasa. Dalam diam, dia masih ada perasaan belas kasihan pada gadis itu. Gadis yang berkacukan itu sedang tidur lena di kerusi dengan bantal mini Sofia The First yang dibawanya dari rumah.
"I have to do this Lisa. Demi kita," kata Jungkook perlahan. Hanya kereta BWM milik Jungkook yang berada di jalan yang sepi itu. Dengan laju dia membawa kereta. Dalam hati berdoa, semoga dia cepat sampai.
~~~
"Bilalah si Jungkook ni nak sampai ?" tanya Haimoni Jeon.
"Si Jungkook tu kan bawa kereta. Mestilah lama. Empat jam kot," jawab Haraboji Jeon.
"Aigoo, awak dah tahu tak Jungkook dah nikah ?" tanya Haraboji Jeon.
"Itu saya tahu lah. Satu kampung ni dah tahu. Bukan setakat satu kampung. Luar negara sekali bang," kata Haimoni Jeon.
PIN!! PIN!!
"Aigoo, dah sampai pun si Jungkook dengan isteri dia," kata Haimoni Jeon gembira.
Jungkook dan aku keluar daripada kereta dengan senyuman. Sungguh aku malu nak berhadapan dengan Haimoni dan Haraboji Jungkook.
Handbag Chanel aku paut di tangan. Aku bow di hadapan haimoni dan haraboji Jungkook.
"Annyeonghaseyo haimoni haraboji," kata aku lalau tersenyum. Haimoni Jungkook tersenyum kepadaku lalu menepuk belakang aku perlahan.
"Eh haimoni, dah jumpa Lisa terus lupa Kook," kata Jungkook gurau.
"Cantiknya isteri kamu Kook," puji haraboji. Jungkook hanya tersenyum. Bagasi aku dan dia diangkat masuk ke bilik. Rumah haimoni ni rumah kayu tapi besar. Warna rumah taklah terang dan taklah gelap sangat. Nice lighting!
"Kamu masuklah bilik dulu. Mandi-mandi, tukar baju apa semua baru keluar makan. Haimoni dah masak awal-awal untuk kamu berdua. Ada gamjatang, nasi goreng kimchi, googi," kata haimoni. Aku hanya tersenyum. Hanya Tuhan je yang tahu, betapa gembira dan debarnya aku sekarang.
Masuk saja aku ke bilik, Jungkook hanya melilit tuala dipinggangnya. Aku membesarkan mata tanda terkejut.
"Ish kau ni Kook! Lainkali nak bukak baju apa semua dekat toilet lah," marah aku. Siapa je tak marah tiba-tiba tak pakai je. Hanya melilit tuala dipinggang. Oh tidak, buat kali kedua aku melinat sixpacksnya yang begitu kelihatan jelas. Aku mula perasan yang Jungkook menenung aku dan aku mengalih mata lalu duduk dikatil sambil bermain handphone.
"Lisa..." panggil Jungkook. Aku sedang leka membalas mesej daripada Hoseok oppa.
"Lisaa!" Jungkook memanggil dengan nada yang tinggi sedikit dari tadi. Tetapi, tidak dihiraukan oleh aku. Aku hanya tersenyum membalas mesej Hoseok oppa.
Jungkook dengan beraninya berjalan ke aku lalu mengambil handphone aku. Dagu aku dipegang dan dipaksanya memandang wajah Jungkook yang serius.
"Wae?!" marah aku sedikit. Terkejut pun ada. Tak ada angin tak ada ribut main datang ambil handphone aku macam tu.
"Aku panggil kau banyak kali, tapi kau buat tak tahu je?"
"Kau panggil aku ke ?" tanya aku blur.
Aku duduk kebelakang sikit. Tanganku menyentuh tangan Jungkook yang memegang dagu aku. Aku semakin merapatkan diri ke hujung bucu katil. Jungkook pula merapatkan diri dengan aku. Oh sh¡t! Aku terperangkap. No more ways to get out. Jungkook menatap mata aku lama. Aku mula merasa tidak selesa. Aku cuba mengalihkan pandangan namun tidak bisa. Dia memegang dagu aku.
"Jungkook,"
"Aku tak suka kau chat dengan Hoseok hyung. Just stop chatting with other guys just because dia minat kau. Miwoyo. Jinjja," Jungkook masuk ke dalam bilik air sambil menahan geram.
Perasaan apakah tadi? Kenapa jantung aku berdegup pantas apabila mata kami bertemu. Apa semua ni ? Kenapa dia larang aku dari mesej Hoseok oppa. Dia cuma nak berkenalan.
🌝🌝🌝🌝🌝🌝🌝🌝🌝🌝🌝