Daniellyia dan kawan kawannya iaitu, Maizatul, Haiqal, Siti, Iqbal dan Shazwan. Mereka sedang berbual atau lebih tepat lagi sedang berbincang ke mana mereka pergi semasa bercuti ini.
"Apa kata kita pergi ke Kuala Lumpur? Nak tak?" soal Haiqal. Semua orang setuju kecuali Iqbal.
"Aku ni dah biasa sangat pergi KL. Setiap tahun pergi KL. Biasa sangatlah!" kata Iqbal.
"Kalau macam tu, kami orang ikut cadangan awaklah!" bengang Maizatul dengan perangai Iqbal. Bodoh betullah Iqbal ni bisik Maizatul dalam hati.
"Maizatul, sabar ya?" Daniellyia tenangkan kawan baiknya.
"Hah, Iqbal. Kita nak pergi mana kalau bukan KL?" soal Shazwan sambil melirikan matanya ke arah Daniellyia.
"Apa kata kita pergi Terengganu?" cadang Iqbal. "Okay saya setuju. Bagaimana pula yang lain?" soal Shazwan.
"SETUJU!" kata mereka serentak kecuali Maizatul.
"Maizatul, awak setuju tak?" soal Shazwan. Maizatul jeling Iqbal dengan jelingan maut. Dia melepas keluhan.
"Fine, saya setuju." sebut juga setuju dia. Sebenarnya dekat Terengganu lagilah dia bosan.
"Kalau macam tu, kita bertolak esok." kata Iqbal lagi. Iqbal pandang Maizatul. Kemudian, dia menjelir lidah kepada Maizatul. Bermakna dia menang. Makin sakit hati Maizatul. Dengan sekelip mata, Maizatul dah belasah Iqbal. Hampir nak senget rahang Iqbal.
"Awak nak lagi, Iqbal?!" jerit Maizatul.
"Maizatul, dahlah tu.. Kesiankan bakal suami kena aku..Hujung hujung dia tak kahwin dengan aku nanti." Siti pujuk Maizatul.
Keesokan harinya, mereka semua bertolak ke Airport. Flight mereka awak. Sampai di airport, mereka terus ke kaunter dan bergegas untuk menaiki flight.
Di dalam flight tersebut, Daniellyia dan Shazwan duduk bersebelahan. Manakala yang lain pula duduk dengan pasangan mereka sendiri. Seperti Maizatul dan Haiqal, Siti dan Iqbal.
"Tak sabarnya.. Kan sayang?" soal Daniellyia kepada Shazwan. "Saya pun sama." jawab Shazwan. Daniellyia senyum. Begitu manis senyuman Daniellyia. Senyuman itu juga mengetarkan jiwa Shazwan. Cantiknya... Shazwan memuji Daniellyia di dalam gua hatinya.
"Awak pernah tak pergi Terengganu?" soal Haiqal kepada Maizatul.
"Banyak kali dah.. Awak?" Tanya Maizatul. "Pernah, tapi jarang."jawab Haiqal.
"Mengantuknya.." Maizatul melentokkan kepalanya dibahu Haiqal. Dia rasa selesa, tambah lagi keadaan yang sejuk dalam flight tu. Haiqal renung wajah Maizatul. Haiqal senyum melihat wajah Maizatul begitu tenang.
"Bercintalah pulak mereka kat sana." Kata Iqbal seorang diri. Kata kata Iqbal tadi dapat dengar oleh Maizatul dan Daniellyia.
"Awak ni sibuk jelah. Kalau tak nak tengok, tutup mata. Apa susah? Kalau boleh butakan terus tak payah tengok." tak pasal pasal Iqbal kena marah Maizatul lagi.
"Kan, Maizatul? Dia cemburu agaknya. Siti tu ada." tambah lagi dengan Daniellyia.
Melihat keadaan itu, cepat cepat Shazwan dan Haiqal tenangkan mereka berdua. Siti hanya geleng kepala.
YOU ARE READING
Dendam Nurul✔
HorrorPertama, ni bukan cerita saya. Cerita ni kepunyaan kawan saya Lya. Cerita ni dalam buku kawan saya dan cerita tu dah nak dekat 2 tahun kut. Jadi saya dengan niat saya nak share cerita dia dalam wattpad. Cerita ni tentang tiga pasangan suami isteri t...