Part 2

219 10 4
                                    

Sampai sahaja di Terengganu, Iqbal bercadang untuk tinggal di Villa milik papa nya. Mereka semua setuju. Tak lama kemudian, mereka sampai di Villa. Dan bila mereka sampai, Villa itu begitu mengerikan. Pokok pokok sekeliling Villa itu juga nampak ngeri.
"Umm.. Iqbal... Ni ke Villa papa awak ke?" soal Shazwan.

"Yelah. Nilah villa papa saya. Habis tu?" Tanya Iqbal sambil mengambil bagasi dalam kereta.

"Kenapa macam menakutkan saja villa papa awak, sayang?" Siti memeluk lengan Iqbal.

"Mana ada. Biasa je tu sayang. Dah lama tak tinggal sini." jawab Iqbal. Tapi cara dia jawab soalan Siti seperti ada sesuatu yang disorok.

"Sayang tak perlu takut. Tak ada apa apa dekat sini." cuba menghilangkan kerisauan Siti.

Dalam masa yang sama, Maizatul sedang memerhati kawasan sekeliling villa itu. Dia rasa pelik. Seperti ada sesuatu yang menunggu. Kemudian dia lihat pokok pokok di sekeliling villa. Villa ni.. Seperti ada sesuatu yang menanti...

"Maizatul!" Siti panggil Maizatul yang termenung di bawah pokok itu. "Apa yang awak buat dekat situ? Jomlah masuk!" Siti mengajak Maizatul masuk ke dalam villa tu. Mereka semua melangkah masuk ke dalam villa itu.

"Bersepahnya rumah awak ni. Macam sarang tikus!" kata Maizatul. Dalam villa itu sangat bersepah.

"Nampaknya kita kena kemas dulu." kata Siti.

Petang itu, mereka kemas semua barang barang dalam villa tu sampai malam.

"Huh! Penatnya!" Daniellyia terus duduk dengan yang lain dekat sofa itu. Mereka sangat letih mengemas semua barang.

"Apa boleh buat... Villa ni bersepah tadi. Kalau tak bersepah tak adalah kemas semua ni." Kata Shazwan. Tiba tiba Shazwan baring dekat ribaan Daniellyia. Daniellyia terkejut dengan tingkah laku Shazwan. Shazwan pejamkan mata dia. Daniellyia perasan ada beberapa mata sedang memerhati tingkah laku itu. Sweetnya mereka berdua... Kalaulah Iqbal macam ni dekat saya, bisik hati Siti.

"Hmm.. Selesanya." kata Shazwan masa matanya menutup rapat. Daniellyia tersenyum. Daniellyia pandang Siti dan Maizatul. Siti dan Maizatul senyum.

"Maizatul.."

"Hmm? Ada apa Siti?" soal Maizatul bila Siti memanggil dia.

"Awak rasa... Pelik tak villa ni?" tiba tiba Siti soal tentang villa ni.

"Sayang masih takut lagi ke tentang villa ni?" pantas Iqbal tanya. Seperti mengelak Maizatul jawab soalan Siti.

"Tak.." jawab Siti.

"Dalam villa ni tak ada apa apa sayang.. Tak ada yang perlu sayang risaukan." Iqbal cuba hilang rasa risau Siti. "Sayang jangan fikir apa apa lagi. Okay?" kata Iqbal.

"Okay.." jawab Siti perlahan. Maizatul sangsi dengan Iqbal. Iqbal seperti menyorok sesuatu dari Siti tapi bukan Siti saja, mereka semua.

Keesokan harinya, Iqbal mengajak mereka untuk jalan jalan di Pasar Besar Kedai Payang. Mereka begitu seronok pada hari itu.

Pada malam itu mereka menonton drama dekat tv sambil berbual. Tiba tiba semua lampu berkelip kelip.

"Lampu ni dah kenapa?" Soal Shazwan. "Dah rosak ke Iqbal?" soal Shazwan lagi.

"Entahlah." jawab Iqbal. Lampu tidak berkelip kelip.

Tok! Tok! Tok!

Pintu villa itu diketuk.

"Siapa datang malam malam ni? Maizatul buka pintu tu tengokkan siapa." arah Iqbal kepada Maizatul sebab Maizatul dekat dengan pintu tu.

Maizatul bangun dan mengatur langkah untuk membuka pintu itu. Bila dia buka pintu itu, tiada orang. Dia tutup kembali pintu itu.

Tok! Tok! Tok!

Belum sempat Maizatul melangkah. Pintu itu ketuk lagi. Maizatul buka pintu balik. Dia terkejut ada seorang perempuan berambut panjang yang mengenakan gaun putih yang dah kotor dengan tanah. Muka perempuan tu dia tidak nampak kerana wajahnya ditutupi oleh rambut panjang itu. Maizatul tutup pintu itu cepat cepat dan dia buka balik pintu itu, tiada lagi perempuan tadi. Maizatul kembali ke ruang tamu dan duduk sebelah Haiqal.

"Siapa tadi Maizatul?" soal Iqbal. Maizatul hanya diam. Mukanya sudah pucat. Dia terkejut melihat perempuan itu tadi. Baik dia diam saja.

"Kenapa muka sayang pucat ni?" soal Haiqal. Maizatul geleng kepala. Kepala dia mula bayang perempuan depannya tadi.

"Kenapa ni? Cuba sayang bagitahu saya." Haiqal hendak mengetahui apa yang mengganggu Maizatul. Maizatul menarik nafas panjang dan dia cuba tenangkan diri dia.

"Tak ada apa apa."Maizatul memberi senyuman untuk mengurangkan risau Haiqal. Siapa perempuan tadi? Kenapa dia datang sini?

"Saya nak..." Maizatul tak habiskan ayatnya. Daniellyia pandang Maizatul.

"Nak apa sayang?" soal Haiqal. Dia tahu ada sesuatu yang Maizatul nampak tapi Maizatul tak nak bagitahu.

"Tak ada... Cuma nak buat diri sendiri pelik." kata Maizatul. Dia bangun dan menuju ke dapur untuk membuat air.
"Dia dah kenapa?" soal Siti. Dia pelik dengan Maizatul.

"Ada sesuatu kut.." kata Daniellyia.

Maizatul tenangkan diri dia. Dia tak nak buat apa apa masalah. Karang dia pula kena marah.

Maizatul minum air kopi dan bila dia tengok cermin. Perempuan yang berada depan pintu tadi ada kat belakangnya. Dia terus menoleh ke belakang. Tiada sesiapa dibelakangnya. Dia toleh ke depan lagi lihat cermin itu. Hmm.. Tiada sesiapa. Maizatul ni hanya imaginasi awak. Bukannya betul.

Bersambung



Dendam Nurul✔Where stories live. Discover now