Part 4

160 11 9
                                    

Siti sedang tidur di dalam bilik. Manakala kawan kawannya yang lain sedang berbincang dekat ruang tamu.

"Iqbal, apa sebenarnya sedang berlaku ni?" Shazwan mula menyoal Iqbal.

"Saya tak tahu." jawab Iqbal. Dia hanya pandang meja di depannya.

"Apahal awak tak tahu? Ni villa awaklah! Takkan tak tahu apahal dengan villa sendiri!" marah Daniellyia.

"Awak ingat Siti tu tahan ke kalau macam tu? Eh Iqbal! Awak tengok isteri awak tu dah menangis bila kita sampai sini. Kalau saya tahu, saya memang takkan setuju pergi sini! Aku dah nampak benda tu depan mata aku! Dari awal lagi! " kata Maizatul pula.

"Sayang sabar..." Haiqal cuba menenangkan isterinya yang sedang marah.

"Saya bagitahu perkara. Sebenarnya villa ni berhantu. Dulu saya dan kekasih lama saya tinggal sini. Nama dia Nurul. Kekasih saya curang dengan saya. Kami bergaduh besar. Dalam masa yang sama dia mengandung anak orang lain. Sampailah suatu hari dia gantung diri dekat depan pintu villa ni. " Akhirnya Iqbal jelaskan juga semuanya.

"Kalau awak tahu, kenapa awak bawa kami ke sini? Boleh gila orang kalau macam ni, Iqbal!" Shazwan marah lagi Iqbal. "Kalau ada apa apa terjadi dekat kita semua, apa awak buat? Susahkan orang!" Shazwan jalan jalan dalam ruang tamu itu.

"Malam ni kita berjaga dekat bilik Siti dan Iqbal. Macam mana setuju tak?" cadang Daniellyia.

"Berjaga malam?" soal Haiqal. Dia pandang Maizatul.

"Hmm.. Maybe it's a good idea." kata Maizatul.

"Okay kita semua berjaga malam ni. Kalau ada yang tidur kena ketuk kepala dengan batang penyapu." kata Daniellyia. Acuh tak acuh mereka juga terpaksa. Mereka semua benar benar berjaga malam dalam bilik Siti dan Iqbal. Nak tidur pun tahan jelah mata tu.

Haiqal mula rasa tak tahan nak buang air. Haiqal datang mendekati Maizatul yang sedang berbual dengan Daniellyia.

"Sayang, saya nak ke tandas jap. Nak buang air." Haiqal memberitahu Maizatul.

"Okay, hati hati kat sana." pesan Maizatul. Haiqal senyum.

"Okay." Haiqal mencium dahi Maizatul dan menuju ke tandas.

Daniellyia lihat situasi itu. Hmm... Cubalah aku dengan Shazwan macam tu, mesti best.

Tanpa dia sedari, Shazwan mendekatinya.
.
.
.
.
  Semasa Haiqal sedang membuang air kecil, lampu agak begitu malap. Dia mula rasa tidak sedap hati. Dia zip seluarnya selepas membuang air. Tiba tiba lampu dalam tandas itu berkelip kelip. Dia nak keluar cepat tapi dia tak dapat membuka pintu.

"Maizatul! Buka pintu!" Haiqal ketuk pintu kuat kuat. Dia panggil Maizatul tapi tiada respon. Lampu terus padam. Sekeliling Haiqal gelap. Dia cuba buka pintu tapi tak dapat. Tiba tiba dia terdengar bunyi suara perempuan menangis. Suara itu seperti dibelakangnya. Dia berusaha lagi cuba buka pintu tandas tersebut.

"Shazwan! Iqbal!" Haiqal memanggil pula nama kawan kawannya. Tapi tiada juga yang datang tolong. Bunyi suara perempuan menangis itu semakin dekat dan dekat dengannya.
Dia berusaha lagi untuk membuka pintu tandas itu. Bunyi suara menangis itu hilang. Haiqal menjadi sedikit lega. Tiba tiba, Haiqal ditarik kuat ke belakang. Haiqal menjerit kuat kuat.

Maizatul mula terdengar jeritan Haiqal.

"Abang?" Maizatul terus keluar dari bilik.

"Maizatul! Nak ke mana tu?" Daniellyia nak ikut Maizatul dari belakang tapi Shazwan tahan. Maizatul menuju ke tandas. Bila dia buka pintu dia terkejut lihat Haiqal sedang terduduk dekat lantai dan memegang mata kirinya yang sedang berdarah.

"Haiqal! Apa yang berlaku?" terus Maizatul lihat kenapa dengan mata Haiqal.

"Ya allah..." Maizatul terkejut juga melihat mata Haiqal seperti ada lubang di tengah mata Hayqal.

"Haiqal! Allah... Jom kita pergi ke hospital!" Maizatul tolong Haiqal berdiri.

"Iqbal! Pinjam kunci kereta!" kata Maizatul.

"Nak buat apa?" soal Iqbal. Eh! Lelaki ni! Banyak tanya.

"Iqbal! Awak nak ke suami saya mati!" Maizatul tiada masa lagi nak layan karenah Iqbal.

"Nah!"Iqbal tikam kunci kereta kat Maizatul dan Maizatul tangkap.

"Kenapa tu Maizatul?" soal Daniellyia.

"Saya pergi hospital hantar Haiqal. Jaga Siti." jawab Maizatul.

"Hospital hantar Haiqal? Haiqal dah kenapa?" soal Daniellyia lagi.

"Dia cedera dekat mata." ringkas saja jawapan Maizatul. Dia terus keluar dari bilik.

"Mata?! Maizatul! Kenapa-" tak sempat Daniellyia nak tanya.

Pukul 2.25 a.m

Haiqal dan Maizatul baru balik dari hospital. Haiqal duduk rehat dekat kerusi dalam bilik Siti dan Iqbal yang sudah tersedia.

Mata kiri Haiqal di balut dengan bandages.

"Apa terjadi dengan mata awak Haiqal?" soal Shazwan. Haiqal hanya diam.

"Sekarang... Dua orang dah trauma. Hebat." Kata Daniellyia. Dia duduk dekat kerusi sebelah tingkap. Siti bangun tiba tiba.

"Sayang?" Iqbal tegur Siti.

"Saya nak ke tandas sekejap." kata Siti. Dia lihat semua orang ada dalam biliknya.

"Kenapa semua berkumpul kat sini?" soal Siti. Dia hairan bila lihat semua kawan kawannya ada dalam bilik.

"Jaga awaklah. Nanti ada benda tu datang lagi. Tadi Siti kena kacau lepas Haiqal pula kena. Sampai buta mata sebelah." Kata Maizatul hanya memandang dinding. Dia pendam saja perasaan marahnya.

"Saya temankan Siti." Daniellyia pelawa dirinya untuk teman Siti ke tandas.

"Sayang.. Janganlah.." Tapi Shazwan tak membenarkan. Dia risau kalau ada apa apa terjadi dekat Daniellyia.

"Abang, saya pasti semuanya okay. Tak ada apa apa yang berlaku." Daniellyia senyum supaya dapat buang risau Shazwan. Akhirnya Shazwan izinkan Daniellyia teman Siti ke tandas.

Bersambung...

* Ira tak mood update cerita ni. Jadi update awal2 dulu. Sebab nak update cerita 'Kau Ditakdirkan Untukku' bab 24. Harap pembaca semua baca juga cerita 'Kau Ditakdirkan Untukku'. Jangan lupa vote cerita ni. Saaaayang..semua! Bye! *

Dendam Nurul✔Where stories live. Discover now