Lima bulan sudah berlalu, Chorong lebih banyak meluangkan masanya di rumahnya. Dan hampir setiap hari, Suho akan melawatnya di rumah.
“ Suho, harini kau ada kerja apa-apa ke? Kalau kau tak busy, aku nak suruh kau temankan aku check up, ” tanya Chorong.
“ Kalau aku busy Rongie, tak de maknanya aku ada kat rumah kau sekarang ni. By the way, aku kan daddy anak kau tu, mestilah aku akan selalu ada dengan dia. Remember, aku kan daddy Suho, ” jawab Suho sambil senyum manis.
Chorong gelak.
“ Thank Suho sebab selalu ada dengan aku, ” kata Chorong.
“ I'll always guard you my principessa, ” jawab Suho.
“ Kalau macam tu, jom lah bawakkan aku pergi hospital. Aku ingatkan nak balik awal, sebab aku nak shopping barang anak aku, ” kata Chorong.
“ Wow! Nampak lah kau happy and dah ready nak jadi mom kan, Rongie? ” tanya Suho.
Chorong senyum tawar.
“ Aku memang dah ready, tapi aku tak terjangka lah pulak yang aku jadi eomma kepada anak aku ni tanpa appa dia kan. Tapi takpelah anak aku kan ada Daddy dia, ” kata Chorong sambil senyum.
Suho menganggukkan kepalanya lalu mengusap rambut Chorong lembut.
Mereka pun turun ke bawah dan masuk ke dalan Lamborghini merah milik Suho dan bergerak ke hospital.
Di hospital, Suho berjalan sambil memeluk bahu Chorong.
Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang tajam memandang mereka.
Gerangan tersebut mendekati Chorong dan Suho.
“ Annyeong, ” sapa gerangan tersebut.
Muka Chorong sudah cuak.
“ Annyeong, Taehyung sshi, ” jawab Suho.
“ Korang buat apa kat sini? Siapa sakit? Chorong eh? ” tanya Taehyung.
“ Takde siapa sakit pun. Kitaorang datang ni nak melawat chingu kitaorang, ” tipu Suho manakala Chorong hanya diam.
“ Ermm Chorong. How are you? ” tanya Taehyung.
Chorong hanya menganggukkan kepalanya.
“ Chorong, kalau aku cakap ni aku harap kau tak terasa lah ye. Aku nampak kau macam berisi sikit, but, you still look cute and beautiful, ” perli Taehyung.
Chorong tergamam lalu senyum sinis. Kemudian, dia mendekati Taehyung lalu membisikkan sesuatu.
“ Aku terima pujian kau tu seikhlas hati aku tapi, kalau kalau dah tahu tu tak payahlah nak buat-buat tak tahu pulak kan. By the way, this is not your daughter. Aku kan yeoja murahan, so, mesti dah ramai namja yang dah sentuh aku sebelum kau kan, annyeong,” bisik Chorong.
Taehyung senyum sinis.
Chorong menarik tangan Suho lalu beredar pergi.
“ Aku dah agak dah. Tu bukan anak aku, aku tak nak anak dengan pembunuh, ” kata Taehyung perlahan.
🌸🌸🌸🌸🌸
Selepas Chorong siap check up, mereka berjalan-jalan menuju ke kereta.
“ Rongie, lepas ni kau nak shopping kat mana? ” tanya Suho.
“ Aku nak pergi Gangnam Outlet, ” jawab Chorong sambil mengusap perutnya.

YOU ARE READING
© revenge user
Fanfictionpark chorong x kim taehyung _______________________ ~.(their story).。*♡