Bab 4

5.2K 252 1
                                    

SEJAK peristiwa tiga hari lepas, kini Armell sudah tidak lagi jejakkan kaki ke sana. Dia kini lebih banyak menghabiskan masa di perpustakaan. Kali ini dia hanya berseorangan dan tidak seperti sebelum ini yang sentiasa bersama Bella.

Kelihatan beberapa orang pelajar sedang duduk berkumpulan di salah satu meja yang berdekatan dengan rak buku. Armell membuat keputusan untuk memilih meja yang lebih jauh daripada mereka. Kalau boleh, dia ingin bersendirian. Tidak mahu ada sebarang gangguan.

"Assalamualaikum, boleh I duduk?" Suara garau yang tiba-tiba menegurnya membuatkan dia pejam mata sejenak. Nafas ditarik dalam menahan sebal di hati.

Armell angkat wajah. Belum sempat dia ingin bersuara, pemuda lelaki itu sudah mengambil tempat berhadapan dengannya.

"Boleh tak I duduk ni? Kenapa you pandang I macam tu?" soal Hayy Mikael bila melihat Armell yang tidak lepas memandang ke arahnya.

"Dah duduk baru nak minta izin," gumamnya sendiri namun kata-kata itu cukup jelas terdengar di telinga Hayy Mikael.

"For what? Kenapa I nak kena mintak izin? Library ni you punya ke?" soal lelaki itu sambil tersenyum nipis. Lebih kepada bergurau sebenarnya. Tiada niat nak cari gaduh pun.

Armell pusing bola mata ke atas. Buku yang dipegang sedari tadi ditatap semula.

"Cantik you harini."

"Kalau you duduk sini sekadar nak puji I cantik, tak payahlah..." balas Armell dingin dengan mata yang masih tidak beralih dari muka buku.

"Tak, betul ni. You cantik harini." Suara garau itu memuji lagi.

Armell pekakkan telinga. Dada buku ditatap penuh minat. Tidak sedar bahawa dirinya sedang ditatap oleh sepasang mata Hayy Mikael.

Sememangnya Hayy Mikael suka dengan cara pemakaian Armell pada hari ini. Tak seperti sebelum-sebelum ini. Pakaian yang menjolok mata dan menggugat mana-mana iman lelaki yang melihatnya.

Hari ini, Armell hanya mengenakan seluar denim hitam dan hoodie berwarna putih bersama rambut panjangnya yang diikat gaya ponytail. Cukup ringkas.

"Dengar tak I cakap ni, you cantik!"

"Boleh diam tak?"

Hayy Mikael sengih nampak gigi.

"Mana you datang sebenarnya? Mana I ada, kat situ jugak you ada. You kata you datang sini sebab ada hal kerja. Ni apa ni? You mengintip I ya? Papa I upah you untuk tengok I dekat sini kan?"

Hayy Mikael kerut dahi sebelum mencebik.

"Maaf, I tak bekerja dengan siapa-siapa. Jadi I tak ada batasan masa untuk pergi sana-sini termasuk masa untuk ikut you."

"Ikut I? You stalk I?"

Senyuman nipis terukir di wajah lelaki itu, menampakkan kedua-dua lesung pipitnya yang cantik terhias. Tanpa banyak bicara, Hayy Mikael bangkit daripada kerusi seraya mengatur langkah keluar dari situ tanpa sepatah kata. Meninggalkan gadis itu terkulat-kulat di meja.

Armell terkelu seketika. Berlalu beberapa saat, dia tersedar kembali. Melihat lelaki tadi yang sudah berada di luar perpustakaan, dia terus bangun dan berlari mengejar susuk tubuh sasa yang sedang berjalan itu.

"Hey! Hey!" jeritnya.

Hayy Mikael toleh ke belakang memandang Armell. Tercantum keningnya. "You tau nama I?"

"Bila masa I tau nama you?"

"Tadi bukan you panggil I ke?"

"Ha memanglah I panggil you. Sebab I nak bagi..."

Bukkk!

Terbongkok badan lelaki itu dek tumbukan Armell di perutnya. Hayy Mikael terbatuk kecil sambil memegang perutnya yang sudah senak terasa.

"Mell apa ni?!" Marah lelaki itu dengan muka berkerut menahan sakit. Wajah Armell yang beriak kosong itu dipandang menanti jawapan. Tindakan Armell selalu tak dapat dijangka. Ini sudah masuk dua kali dia kena pukul dengan gadis ini.

Armell sengih. Tangan naik bersilang di dada berpeluk tubuh. "You dah buat dua kesilapan pada I. Satu, you berlagak bagus kononnya youlah lelaki paling mulia dalam dunia ni. You sentuh pasal maruah I. Apa you ingat I ni tak ada maruah ke? Yang kedua, you tak hormat I. You ikut ke mana saja I pergi. You ni siapa sebenarnya? Apa yang you nak daripada I?"

Hayy Mikael tegakkan badan seperti biasa. Rasa senak diperutnya sudah beransur hilang. Pandangan dibuang ke arah orang ramai.

"I tanya ni jawablah," desak Armell bila dia lihat lelaki itu seakan ingin mengelak daripadanya.

I nak buat you jadi bini. Hayy Mikael tahan suara hati. Jari naik menggosok pucuk hidung.

"I bukan nak berlagak bagus. I juga bukan lelaki mulia macam yang you cakap tadi tu. Tapi bukan ke islam mengajar kita untuk saling menegur?"

Armell tergelak sinis.

"You jangan nak ceramahkan I lah. I tak nak dengar pun mukaddimah free you tu. Okey, you kata you menegur I. Itu ke cara you menegur?"

"I tak cakap pun you tak ada maruah. I cuma nak memperingatkan you. Dan pasal I tak hormat you tu. Sepanjang I jumpa you, pernah ke I sentuh you? Pernah ke I usik you?"

"Hormat? Dengan cara ikut I ke mana saja I pergi?"

Hayy Mikael terdiam. Bibir diketap perlahan. Ya, dia akui khilafnya yang satu itu.

"Kalau you tak boleh terima teguran I, why not, Mell...?" soalnya lembut. Cuba memujuk hati Armell yang kian membara.

"Why not? Hello! I tak pernah kenal pun you tau! I boleh buat report tau kalau I nak?"

Satu keluhan tipis keluar dari mulut Hayy Mikael. Muka diraup sekali.

"Look, you jangan salah faham. I memang tak ada niat jahat pun pada you, Mell. I cuma nak tengok you ubah cara hidup you, itu saja. Kita orang melayu, Mell."

"Ya, I tahu kita orang melayu. Tapi kenapa mesti I? Padahal banyak lagi perempuan lain yang seksi, yang liar macam I. Kenapa bukan mereka yang you tegur? Kenapa I?"

"Sebab I nak kahwin dengan you. Senangkan kalau I just straight to the point macam ni? Salah you, siapa suruh buat I jatuh cinta."

Membulat mata Armell tatkala gegendang telinganya menangkap pengakuan jujur itu sebelum dahinya berkerut marah. "Lelaki gila! Gatal! Tak tahu malu! Pergi mampus!"

Pamitnya Armell, Hayy Mikael tertawa sendiri. Kepala digelengkan dengan kadar perlahan bersama tawa yang masih lagi bersisa.

BUKAN YANG PERTAMA (EBOOK)Where stories live. Discover now