TERSENGGUK-SENGGUK Armell menanti di sofa. Jam yang melilit di pergelangan tangan ditilik sekilas. Sudah hampir satu jam setengah dia menunggu gerangan seseorang di Coffee House ini. Mnegikut kata staf yang bertugas, majikannya akan kembali dalam masa 30 minit saja lagi.
"Cik Iman, kopi?" tegur Irsyad, salah seorang pekerja di Coffee House itu.
Sememangnya pekerja di situ lebih selesa memanggil Armell dengan panggil Iman.
"No, thanks. Er... Hans lambat lagi ke?"
Irsyad jengukkan kepala memandang ke arah luar. Mencari kelihat Hans, namun tubuh lelaki itu masih tidak kunjung tiba.
"Lima minit lagi dia sampai," tuturnya sambil tersengih canggung.
"Lima minit, lima minit! Dia pergi mana...?"
Armell bersandar lemah. Mujur saja harini cuti.
"Mell?"
Segera Armell angkat muka. Nampak saja wajah Hans Raffael yang terpampang di hadapannya, terus dia berdiri tegak bertentangan dengan lelaki itu.
"Hans... dah nak dekat 2 jam aku tunggu. Kau pergi mana?"
"Kau tak cakap pun nak datang? Nak kopi aku buat jugak ke? Penat aku bayar barista mahal mahal." Hans berseloroh.
"Bukanlah. Aku ada benda nak bincang dengan kau sikit," ujar Armell dan tanpa banyak bicara, terus lengan lelaki itu diheret ke salah satu meja yang sedikit tersorok.
"Personal sangat ni sampai bawak aku jauh dari orang. Kau nak bincang apa?"
"Boleh tolong aku tak?"
Hans jongkit sebelah kening. "Tolong apa?"
Armell dekatkan wajah ke telinga Hans.
"What?! Jadi b..."
"Shhh! Diam lah!" Tidak semena-mena peha lelaki itu ditampar kuat.
"Tapi kenapa, Mell?!" soal Hans dengan intonasi suara yang sedikit kuat. Riak tidak puas hati jelas terpancar di wajahnya. Kenapa dia perlu terlibat sama?
"Aku upah kau. Nak ke tak?"
Lelaki itu garu kepala. Belum sempat dia berkata apa, Armell sudah laju memotong.
"See you, petang ni tau? Kau tak datang siap kau." Usai itu, Armell terus menyusun langkah keluar dari situ. Satu senyuman terukir di wajahnya.
SEPERTI yang dirancang, Armell dan Hans bertemu di tempat biasa. Tasik Aura Vale.
"Kau ni memang gila."
Armell mengeluh. Ini sudah masuk kali kedua puluh Hans cakap dia gila.
"Ya, memang aku gila. Sebelum aku ajak kau sekali jadi gila, baik kau diam."
"Susahnya jadi kau ni, dah orang nak tu terima sajalah Mell... Kerek juga kau ni kan?"
"Hei!" Armell menjeling tajam. Matanya masih meliar mencari kelibat Hayy Mikael. Lelaki itu selalu datang ke sini. Jadi dia yakin yang Hayy Mikael akan muncul juga nanti.
"Macam mana aku tak bising kalau aku pun terlibat sama dalam masalah kau? Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa aku juga kena jadi teman lelaki upahan kau?"
Armell menarik nafas panjang. Bahu Hans ditepuk berkali-kali seraya tersenyum lebar. "Sebab kau ada rupa. Mana tau nanti lelaki yang selalu kacau aku tu tercabar bila tengok muka kau? Baru dia tahu yang langit tu tinggi ke rendah." Armell senyum bangga.
Hans mengeluh lemah. Matanya juga meliar mencari lelaki yang dimaksudkan oleh Armell.
"Hans, tu, dia!"" Armell muncungkan bibir ke arah Hayy Mikael yang berada tidak jauh darinya. Nampaknya Hayy Mikael memang tidak sedar akan kewujudan Armell dan Hans di situ.
"Mell! Itu..." bicara Hans tersekat tatkala Armell terus saja menarik lengannya berjalan menuju ke arah Hayy Mikael.
"Be a gentleman, Hans. Acah kau ni gagah sikit daripada dia, okey?" Sempat Armell berbisik sambil kaki laju mengorak langkah mendekati figura di hadapan.
"Hai, Hayy," sapa Armell bersama senyuman paling manis diukir pada wajah. Tangan kanannya sudah melingkar kemas di celah lengan Hans.
Jari-jemari Hayy Mikael yang sedang menari di atas layar iPhone terhenti seketika. Matanya tersorot ke arah dua tangan yang sedang bertaut mesra. Selepas itu pandangan dialihkan ke arah lelaki yang rasanya sudah tidak asing lagi baginya dan seterusnya anak mata beralih memandang Armell.
"Hai!" balasnya ringkas.
"Ehem!" Hans berdeham kuat. "Aku dengar, kau selalu usya awek aku. Betul ke?"
Armell yang berada di sebelah sudah tersenyum herot. Macho juga suara Hans ni. Tinggi upah kalini.
Hayy Mikael simpan senyum. Kemudian wajah sengaja ditegangkan, membalas renungan Hans. "Ya, kenapa? Mak cakap, kau buaya tembaga. Bagi satu dekat aku yang ini, tak luak pun kan?"
Mendengarkan itu, dahi Armell berkerut halus tidak mengerti.
"Tak pun kita kongsi nak? Mak cakap, adik-beradik tak elok berkira..."
Dan serta-merta mata Armell membulat. Kepala diangkat mencari wajah Hans di sebelah. Adik-beradik?
Armell ketap ulas bibir bawah. Malu tak terkata. Kalau dia buat-buat pengsan dekat sini rasanya boleh tak?
"Hei, seriuslah... kau punya?" Lengan Hans disiku Hayy Mikael.
Laju Hans menggeleng. Menidakkan tanggapan abangnya. Perlahan senyumanan sumbing terukir di wajah Hans. Tertangkap basah menipu!
Hayy Mikael alih pandangan ke arah Armell. Wajah gadis itu masam mencuka. Dia tersenyum melihat riak wajah gadis itu yang jelas kemerahan menahan malu.
Sudah sedia maklum, Armell memang betul-betul tidak sukakannya dan sedaya-upaya mencari jalan supaya dia tidak terus mengganggu. Masakan Armell sanggup buat begini.
"You memang betul-betul tak sukakan I ke, Mell?"
Armell diam tak berjawab. Bibir bawah digigit-gigit dan anak matanya cuba mengelak dari bertembung dengan sepasang mata Hayy Mikael.
"Bang, aku balik Coffee House." Hans lekas-lekas meminta diri, tidak mahu campur tangan. Sebaik sahaja Hayy Mikael mengangguk, dia terus beredar dari situ.
Wajah Armell direnung lama. "Mell..."
"Hayy I tak tahu apa cara lagi supaya you tak ganggu I. Boleh tak dengan rela hati, you berhenti ganggu hidup I? Betul, Hayy... I memang tak berminat dengan you, I minta maaf."
Hayy Mikael diam tak bersuara. Matanya masih tidak lari dari menatap wajah si gadis. Cantik. Tak puas pandang.
"Hayy... stop staring at me like that." Tidak selesa dengan renungan dalam itu. Sejujurnya, renungan Hayy Mikael buat dia tak keruan.
Hayy Mikael sedikit tersentak. Selepas itu dia tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipit di kiri dan kanan wajahnya. "I bagi you masa 5 minit untuk fikir satu cara supaya I tak ganggu you lagi," cadangnya tiba-tiba.
Armell sepetkan mata. "Excuse me?"
"5 minit, Mell. Don't waste your time." Hayy Mikael tarik senyum sinis.
YOU ARE READING
BUKAN YANG PERTAMA (EBOOK)
RomancePernah tak kau nak tinggalkan seseorang, tetapi sebenarnya kau sendiri tak nak berpisah. Dan kedua-duanya masih sayang. Namun keadaanlah memaksa kau mengakhiri semuanya. Dan saat semuanya berakhir, kau teringin balik semula. Tapi kau takut dikecewak...