Bab 5

5.3K 227 3
                                    

ANGIN pagi berpuput nyaman. Armell berjalan bersendirian di persisiran pantai. Awal pagi tadi dia sudah keluar dan terus ke sini sementara Bella di rumah masih lagi sedang enak dibuai mimpi. Angin dingin bertiup lembut menyapa rambutnya yangmana hari ini dilepas dan tidak diikat seperti biasa.

Ombak yang datang dan pergi direnung lama. Tenang jiwanya. Tiada yang lebih indah selain menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Pasir pantai menjadi tempat duduknya. Lutut ditarik ke dada.

"Assalamualaikum..." Satu suara garau berbisik lembut di telinganya. Pantas dia berpaling.

Hayy Mikael tersenyum nipis.

Armell merengus perlahan. Entah kenapa rasa marah tiba-tiba saja menggigit hati. "You nak apa? Memang betullah you ikut I kan selamani?"

Hayy Mikael ketawa, tanpa sedar tawa garau itu membuatkan jantung Armell berdetak tidak seiring tak semena. Ketawanya mengundang perasaan halus dalam jiwa gadis itu. Ketawanya begitu menyenangkan.

"Boleh I duduk?" soal Hayy Mikael sekadar meminta izin.

"Pantai ni pun bukan I punya kan? Duduklah," sindir Armell.

Mengenangkan kata-kata lelaki itu di perpustakaan pada tempoh hari buatkan dia rasa macam nak pijak-pijak saja muka Hayy Mikael yang langsung tak pernah nak serius ni!

"You sindir I kan?" tebaknya yang sudah mengambil tempat di sebelah Armell.

"You rasa tersindir ke?" Armell jungkit kening.

Tawa Hayy Mikael meletus lagi.

"Yang you gelak ni kenapa? Apa yang kelakar sangat? Soalan I pun you tak jawab lagi, Hayy."

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Memandang ke arah laut dan kembali menatap wajah Armell. "You marah?"

"I nak tau, kenapa you ikut I? Boleh tak you jawab soalan I ni dulu?"

"Pertemuan kita semuanya secara kebetulan. Bukan I yang ikut you."

"Tipu."

"Dah lama I tak nampak you pakai dress yang selalu you pakai setiap hari tu," ujar Hayy Mikael tiba-tiba. Kerana itu yang dia sedar.

Armell mengerutkan dahi. Lelaki ini seolah-olah sengaja ingin mengubah topik perbualan mereka.

"You masih pergi lagi ke tempat-tempat macam tu?" aju lelaki itu lagi.

"Kalau I pergi pun apa masalah you?" Soalan dibalas soalan, cuba menduga. Hendak melihat reaksi Hayy Mikael.

Mendengarkan itu, Hayy Mikael ubah sedikit posisi menghadap si gadis. "Mell kan I dah cakap jangan jejak lagi tempat tu. Kenapa you degil sangat ni? You memang tak pernah nak serik kan?"

"I memang dah tak pergi pun lah," balas Armell selamba.

Wajah Hayy Mikael yang tadinya berkerut kini bertukar tenang.

"You sengaja nak kenakan I kan, Mell?"

"Iyalah, sebab you suka sangat membebel. Kalah janda anak 10 tau!" seloroh Armell.

Hayy Mikael ketawa lagi.

Armell toleh sedikit, mencuri pandang wajah Hayy Mikael. Tak dapat dinafikan bahawa melihat lelaki ini dengan jarak dekat lebih kacak sebenarnya. Itu kenyataan yang baru dia sedar.

"Boleh I tau apa tujuan you pergi ke tempat-tempat macam tu?" tanya Hayy Mikael. Sengaja merisik. Dia tahu, gadis itu sebenarnya kurang didikan agama. Masakan Armell boleh jadi seligat itu.

"I stres. Kalau I rimas, itulah tempat I. Seronok!"

Wajah teruja si gadis sekadar dipandang dengan senyuman tipis. Nafas ditarik dalam.

BUKAN YANG PERTAMA (EBOOK)Where stories live. Discover now