Bab 10

4.9K 205 1
                                    

ARMELL berbaring di atas katil. Mata merenung ke atas memandang siling.

"Kenapa I pula?! Sedangkan you boleh aje pergi dari hidup I tanpa paksaan daripada I. Kenapa nak kena ada cara pula ni? Nonsense! You ni dah gila agaknya!"

"Mell, duduk dulu."

Tiada bantahan, Armell duduk di bangku dengan hati yang panas membara.

"Cakaplah apa yang you nak cakap," ujar Armell sambil bertentang mata dengan Hayy Mikael yang berdiri di hadapannya.

"Okey macam ni, Mell. I bagi you dua pilihan. A, you rancanglah apa-apa sahaja asalkan I berhenti ganggu hidup you. Pilihan B pula, I akan terus ganggu hidup you sampai you sendiri tewas dengan I. Choose one?"

Armell kuak rambut ke belakang. "C, none of the above," ujarnya malas.

"You left me with option B, Mell." Suara profesional Hayy Mikael namun sedikit berbaur ugutan. Seakan lelaki itu memaksa dia supaya tetap dengan pilihan pertama.

"Ok fine!" Armell mendengus kasar. Gigi diketap menahan geram. Melihat wajah selamba Hayy Mikael yang tersenyum kemenangan itu sudah cukup buatkan darahnya tersirap.

"Intan payung paku berkarat I ni marahkan I ke?"

Tercantum kening Armell. "Hayy...! Geli...!"

Tawa garau Hayy Mikael terburai besar.

"Okey okey! Rancanglah apa-apa pun. I akan terima dengan hati terbuka." Hayy Mikael masukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

Armell menarik nafas panjang.

"How about spending some time with me?" cadangnya.

"Seriuslah Mell?" Hayy Mikael kerut dahi.

"Ada syaratnya..."

"Okey...?"

"We'll date for a whole day. Dan selepas itu, I tak nak tengok lagi muka you dan bayang you pun jangan sesekali melintas dekat depan mata I, faham? I tak kenal you, dan you tak kenal I. Anggap saja kita tak pernah berjumpa langsung sebelum ini." Lancar sahaja kata-kata itu meluncur keluar dari mulutnya.

"So, you akan luangkan masa you satu hari dengan I?"

Armell mengangguk. "Ya, Hayy. You nak sangat tatap muka I kan? I bagi you masa 1 hari untuk tatap muka I sampai puas. Jangan ingat I bodoh, sebab I akan buat surat perjanjian untuk you turunkan tandatangan. Selepas satu hari, kalau you langgar perjanjian kita, kalau you kacau lagi I, You tahulah apa nasib you, Hayy. Papa I ada lawyer. Bila-bila saja I boleh saman you."

Hayy Mikael mencebik tanda tidak terkesan. Manggut-manggut kepalanya, mengiyakan amaran si gadis. "Tak menyesal?"

"Kenapa I nak menyesal?"

"Sepanjang tempoh itu, I akan cuba buat you jatuh cinta dengan I. Kalau you tewas dengan I, maka perjanjian tu serta-merta batal. Kita bercinta."

Membulat mata Armell mendengar syarat baru yang diciptakan Hayy Mikael. Selamba saja wajah lelaki itu ajak dia bercinta. Cekodok pisangnya!

"Apa you ni? Kan I aje yang buat kerja? You sibuk nak tambah-tambah pula kenapa?"

Hayy Mikael angkat kening. "Kenapa marah-marah ni? Takut tewas dengan I ke? Kalau you tak takut, you takkan melenting macam ni."

Cukup kali ini, Armell rasa macam nak lempang saja muka lelaki kacak di hadapannya ini. Setiap kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Hayy Mikael seperti sengaja provok dirinya. Hayy Mikael sedang mencabar Armell, dan Armell pula jenis yang pantang dicabar!

"Siapa kata I takut? Sikit pun I tak hamaklah!"

Dalam diam, Hayy Mikael sorok senyum.

"Esok kita jumpa. Sebab I tak ada kuliah jadi I free sepanjang hari esok. Kita jumpa di tempat biasa, tepat pukul 7 pagi."

"Okay, deal."

"Deal."

Tubuh yang enak berbaring bingkas bangun. Bila difikir-fikirkan balik, rasa bodoh pula dia buat perjanjian seperti itu. Kalau dia yang tewas, bagaimana?

"ASSALAMUALAIKUM, sayang... Minta maaf, I lambat." Hayy Mikael muncul dengan nafas mengah. Senyuman lebar ditarik paksa, menutup riak kepenatan di wajah.

Armell sekadar mengangguk sekali. Tak kata apa. Dia tahu, lelaki itu sedang cuba mengujinya.

"Jom?"

"You nak bawak I pergi mana?"

"Proud Mary? Tempat pertama pertemuan kita," ujar Hayy Mikael sambil tersengih menampakkan sebaris giginya yang terususun rapi.

"Okey." Tidak seperti selalu yang sentiasa dengan bantahan, hari ini Armell mengikut saja.

Sampai saja di Proud Mary, mereka mengambil tempat. Buku menu dibelek Hayy Mikael. "You nak makan apa?"

"Plain cinnamon."

"Minum?" tanya Hayy Mikael lagi.

"Espresso"

Hayy Mikael kemudian mendongak memandang pelayan lelaki yang sedang berdiri di sisi meja mereka. "Two plain cinnamon rolls and two espressos, please."

"Sure! That's two plain cinnamon rolls and two espressos. Would you like anything else?"

"No, thanks."

"Alright sir, your order will be ready shortly." Pelayan itu berlalu membawa pesanan mereka.

"Mell, boleh I tau serba sedikit tentang you? You sudi kongsikan dengan I?"

Armell panggung kepala memandang wajah Hayy Mikael. Untuk kongsikan serba sedikit tentang dirinya kepada lelaki itu rasanya tiada masalah..

"Apa yang you nak tahu pasal I?"

"Nama you. Maksud I, nama penuh you. Dan apa saja yang berkaitan dengan diri you."

"Armell Nur Imani binti Tan Sri Hazahar. 22 dan I tak sukakan lelaki melayu." Lagi dengan pendirian yang sama, penolakan yang sama.

Di saat itu juga Hayy Mikael tertawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Armell yang terakhir itu. Hayy Mikael tersenyum nipis. Matanya bertentang dengan anak mata milik Armell.

"Jangan terlalu mendongak ke langit hingga lupa bumi yang dipijak. Mana you pergi pun, you akan patah balik ke akar umbi. Tak salah kalau you nak kejar lelaki mat salih mana sekalipun. Jodoh tu rahsia Tuhan. Tapi mana tau kalau dalam you sibuk mencari lelaki idaman you, tiba-tiba you kahwin dengan lelaki melayu juga. Siapa tahu?"

Armell akhirnya bersandar di kerusi. Dengar Hayy ceramahkan dia, rasanya sampai esok pun tak habis lagi.

"Hayy, kalau you ditakdirkan berjodoh dengan perempuan yang dah tak suci, you sanggup tak terima dia?" duga Armell.

Hayy Mikael diam tak berjawab. Bahu dijongket sebagai jawapan.

"Apa angkat-angkat bahu? You ingat I faham ke bahasa bahu?" Armell kerut dahi.

"I terima dia seadanya kalau itu jodoh I. I tak nilai kisah silam seseorang. Kenapa you tanya? You..."

"Hei! Jangan fikir bukan-bukan okey! I tanya jelah!"

Suasana agak terganggu apabila pelayan datang menghantar pesanan.

Armell hanya melemparkan senyuman kepada pelayan tersebut sementara Hayy Mikael mengucapkan terima kasih.

"Makan. Kita ada banyak lagi masa."


BUKAN YANG PERTAMA (EBOOK)Where stories live. Discover now