"HAI."
Segera Armell dongak kepala memandang empunya suara. Wajah itu muncul setelah hampir tiga hari. Tak lain tak bukan, pasti Evelyn yang menjadi mata-mata.
"You tunggu I ke?" soal Hayy Mikael dan tanpa dipelawa, selamba dia mengambil tempat di sisi gadis itu, bersila di atas rumput hijau.
"Jangan nak perasan sangat."
"You tak rindukan I?"
Mendengarkan itu, segera Armell toleh memandang Hayy Mikael dan bertentang mata dengan lelaki itu.
"Hello? Kenapa I nak kena rindu you? You yang datang cari I, bukan I yang cari you." Nada suara Armell meninggi.
"Cantik you harini."
Armell merengus perlahan. Daripada awal pertemuan mereka, Hayy Mikael tidak lepas dari memujinya.
"You ingat dengan pujian you tu boleh buat I rindukan you ke, Hayy?"
"I tak cakap macam tu," tukas lelaki itu sambil tersenyum senget, sedikit sinis.
"Jadi, dengan pakaian I yang macam ni? Jaket kulit, seluar jeans, dan rambut diikat satu, you cakap cantik? You belum tengok lagi I pakai dress tanpa lengan yang ketat tu. Lagi cantik!" Sempat isi bakul angkat sendiri.
"I dah pernah tengok pun, Mell. You lupa ke malam tu? Armell, I nak tanya you. Apa tujuan you pakai macam tu? You nak tunjuk apa sebenarnya? You nak bagi siapa tengok?" Tak bertapis, soalan itu dilontar tepat mengenai wajah si gadis yang kian merona merah.
Armell terdiam. Soalan lelaki itu sedikit menyinggung perasaanya. 'Tunjuk'? Dia tidak semurah itu. Lama dia berdiam sehingga lelaki itu bersuara lagi.
"I minta maaf." Hayy Mikael berdeham perlahan. Sedar akan khilafnya. Tersedar juga air muka Armell yang tampak kian berubah.
Armell menarik nafas panjang. Wajah lelaki itu dipandang. Mata mereka bertentangan.
"I bukan nak tunjuk kat siapa-siapa pun. Tapi itu memang cara I. I selesa dengan pakaian yang macam tu. Bukannya nak tunjuk pada sesiapa."
Hayy Mikael mengangguk laju. Ya, dia tahu tentang itu. Dia tahu, Armell bukan seperti gadis-gadis di luar sana.
"I tau tu. Tapi boleh tak lepas ni you berhenti pakai pakaian yang menjolok mata macam yang you selalu pakai tu?"
"Hayy, sejujurnya I tak tahu apa niat you. Kenapa pula I nak kena ubah cara pemakaian I untuk you? Kubur masing-masing, Hayy. I bukan isteri you, I bukan adik you. I takkan tuntut apa-apa daripada you."
Satu senyuman nipis terlakar di wajah Hayy Mikael. Tak kata apa. Jaket yang dikenakan pada tubuh si gadis dipandang sekilas.
"I suka tengok you pakai macam ni. Sejuk mata memandang. Lagipun kita orang melayu, Mell."
"You nak I pakai macam mana? Baju kurung? Hey, baju kurung dalam
etika raya je lah!""Tak, bukan baju kurung. I tak cakap pun yang you kena pakai baju kurung. Cukuplah macam yang you tengah pakai sekarang ni. I suka," tutur lelaki itu sambil tersenyum nipis.
Armell mendengus kasar.
"Mell, haritu you cakap yang I ni bukan ciri-ciri lelaki idaman you kan?" soal lelaki itu tiba-tiba.
Armell toleh memandang Hayy Mikael. Satu anggukan diberi.
"Boleh I tau macam mana ciri-ciri lelaki idaman you?"
"Kenapa you sibuk sangat nak tau semua benda pasal I ni? You tak sedar ke semua benda yang you buat ni sebenarnya buang masa?"
"Tak. Buang masa untuk you, I suka."
Entah buat ke berapa kali, Armell membalikkan bola mata. Menyampahnya!
"For sure, bukan lelaki melayu."
Hayy Mikael tahan sengih. "Amboi... Tingginya you pasang angan-angan. Boleh dapat ke?" Nada menyindir.
Armell menjeling sedikit.
"You jangan nak beranganlah, Mell. I ni satu-satunya lelaki melayu yang hormatkan you tau? Kalau lelaki lain, I rasa dah lama you jadi habuan mereka. Jadi untuk cari yang terbaik daripada yang terbaik, ada baiknya you pilih I... Hayy Mikael is the best among the best."
"Perasannya!"
Rambut panjangnya yang terurai di pelipis diselit ke belakang telinga. "Tak dapat you tak merugikan I apa-apa pun, Hayy. Macam yang I cakap, taste I bukan lelaki melayu. I dah seriklah dengan lelaki melayu, lagi-lagi lelaki yang kononnya baik macam you ni. Kisah silam I dah ajar I untuk lebih berjaga-jaga dengan lelaki macam you."
Ghaib terus senyuman dari wajah Hayy Mikael.
"You masih ragu-ragu dengan keikhlasan I ke?" Hayy Mikael menyoal dengan anak mata tunak memandang wajah gadis itu.
Armell diam tidak berjawab. Sesekali kalau dia hukum Hayy dengan cara begini ni pun seronok juga. Biar lelaki itu tahu, bukan mudah untuk dapatkan dia.
"Armell." Hayy Mikael tahan nafas, gigi diketap geram.
"Hey, look here. I ikhlas berkawan dengan you dan sumpah, I tak pernah ada niat tak baik pun pada you. I ikhlas, Mell..."
Melihat gadis itu masih membatukan diri, Hayy Mikael mengeluh perlahan. "Armell.. Wanna talk, wanna share? I sudi dengar."
Kelihatan gadis itu menarik nafas panjang. "Bekas tunang I, Hadry." Armell memulakan cerita.
Hayy Mikael hanya sekadar mengangguk. Walaupun sebenarnya dia terkejut juga bila dapat tahu bahawa Armell rupanya pernah menjadi tunangan orang. Telinga ditadah untuk mendengar segala luahan hati Armell dengan riak wajah yang kekal tenang.
"Dia macam you, cuba nak ubah cara hidup I. Ubah cara pemakaian I."
"Hadry baik..."
"Sampailah Allah nak tunjuk dekat I, siapa Hadry yang sebenar. Baik tak semestinya tak pandai menipu kan? Waktu tu, tinggal tiga minggu sahaja lagi hari pernikahan kami. Hadry hilangkan diri. Puas I cari dia, call family dia semua tak berjawab. I mula risau. Dan bila empat hari saja lagi menjelang perkahwinan kami, you tau ke mana Hadry menghilang?"
Hayy Mikael masih khusyuk mendengar. Berkerut-kerut dahinya. Kening tebalnya terlihat hampir saja tercantum.
"Dia ke Singapura. Dia dah kahwin, dia dah ada isteri, Hayy. Gila! You tau tak semua ni gila? Empat tahun I bercinta dengan dia dan I kena tipu hidup-hidup dengan keluarga dia. Tergamak mak dia tipu I. Kenapa Hayy?" Hujung suara Armell kedengaran bergetar.
Hayy Mikael terdiam. Kalau ikutkan hati, mahu saja dipeluk tubuh gadis yang berada di hadapannya ini.
"Mell... I tak pandai nak beri nasihat... Tapi you sepatutnya bersyukur sebab Allah dah tunjuk siapa dia yang sebenar sebelum you jadi isteri dia. Bayangkan kalau you dah sah jadi isteri dia? Itu sebenarnya yang paling sakit, Mell. Sangat sakit."
Armell koyak senyum. Senyum yang sengaja dibuat-buat. Air mata yang hampir saja mahu menitis, segera diseka dengan tapak tangan.
"Ya, memang I bersyukur. Dan sejak dari tu, I paling pantang kalau penipu muncul dalam hidup I."
Dang!
Hayy Mikael terpempan. Air liur yang ditelan sudah terasa kesat. Wajahnya serta-merta bertukar riak.
Cuak.
"Pantang dalam hidup I kalau penipu muncul dalam hidup I," tutur Armell lagi. Mengulangi ayat yang sama namun bezanya kali ini nada suaranya terdengar tekad.
"I bencikan penipu.."
Sedaya-upaya Hayy Mikael cuba melemparkan senyuman. Riak wajah dikawal sehabis boleh. Cuba berlagak tenang.
"I pergi dulu," ujar Armell lalu mengangkat kaki meninggalkan lelaki itu yang masih diam membatu di belakang.
Hayy Mikael bungkam. Masih kaku tidak berganjak. Kata-kata itu cuba dihadam sebaik mungkin. Makin dihadam, makin kuat kata-kata itu berlegar di dalam kepalanya.
'I bencikan penipu...'
YOU ARE READING
BUKAN YANG PERTAMA (EBOOK)
RomancePernah tak kau nak tinggalkan seseorang, tetapi sebenarnya kau sendiri tak nak berpisah. Dan kedua-duanya masih sayang. Namun keadaanlah memaksa kau mengakhiri semuanya. Dan saat semuanya berakhir, kau teringin balik semula. Tapi kau takut dikecewak...