"Yah! Saerom. Tengok Hyunjae tu. Dia Makin handsome la..." bisik Hayoung pada aku.
Aku pandang Hyunjae yang baru masuk kelas itu.
"Sama je..." kataku.
Selepas itu aku letak semula kepala aku di meja.
Aku tengah stress sekarang ni.
Parents aku paksa aku masuk kelas tambahan malam.
Bukan aku tak nak, masalahnya...
Yuran untuk kelas tambahan malam tu terlalu mahal.
Aku takut kalau aku tak dapat capai keputusan yang baik walaupun aku ambil kelas tambahan malam tu.
Habis aku kena bebel dengan perents aku.
Sampai aku tua tak habis dengan bebelannya.😧
"Saerom. Kenapa kau tak suka dia? Dia handsome tau. Ramai pelajar junior yang suka dia." Soal Hayoung.
"Kalau kau nak tahu.... kau fikir-fikirlah sendiri." Balas Saerom yang tidak berminat langsung.
"Kalau kau suka dia, kau couple je la dengan dia" sambung aku.
"Kalau dia masih single, dah lama aku couple dengan dia.." beritahu Hayoung.
Aku terdengar keluhan besar dari Hayoung.
Hampa betul Hayoung tu...
-
🍲🍲🍲🍲🍲
Akhirnya waktu rehat telah tiba.
Baru je aku nak keluar dari kelas, ada orang panggil aku.
"Saerom. Tolong letakkan buku ni dekat pejabat saya" arah Cikgu Sukjin.
Haih!!😧
Ini yang aku tak suka.
Aku tengah lapar-lapar ni la... suruh aku tolong hantar buku.
Masa aku tengah kenyang, tak nak pulak suruh.
"BAIKlah.. Cikgu..." jawabku terpaksa.
"Hayoung, kau pergilah dulu. Aku nak HANTAR BUKU ni sekejap" kataku pada Hayoung.
Hayoung hanya anggukan kepalanya dan berlalu pergi.
Aku menjeling pada Cikgu Sukjin.
Ingat aku nak jeling cikgu tu depan-depan?
Memang tak lah....
Aku jeling dia masa dia pandang ke arah lain.
-
📚📚📚📚📚
"Haih..." aku lap peluh aku yang tak henti-henti mengalir.
"Terima kasih ye Saerom" ucap Cikgu Sukjin.
"SAMA-sama Cikgu...." Aku mengukirkan senyuman yang tak ikhlas pada Cikgu tu.
"Awak pergilah kantin. Nanti tak sempat pula nak makan." Kata Cikgu Sukjin sambil membetulkan kedudukan cermin matanya yang hanya ada bingkai itu.
Memang tak sempat pun...😒
Bagi rehat 20 minit je.
Aku turun tangga dah 5 minit.
Kelas aku dekat Tingkat 4 tu..
Aku berjalan ke pejabat, dah 8 minit.
Sekarang tinggal 7 minit.
Kalau aku nak pergi ke kantin dah ambil masa 5 minit.
Aku ada 2 minit je untuk makan.
Ingat 2 minit tu, cukup untuk aku habiskan makanan aku?
YOU ARE READING
[S1&S2]GHOST || Hyunjae TBZ
Random•••S1••• START: 09/12/2018 END: 15/12/2018 •••S2••• START: 10/02/2020 END: 10/03/2020