Aku dan Hayoung merenung Jaehyun yang sedang berjalan menuju ke kantin seorang diri.
Semua orang yang berada di sekeliling Jaehyun cuba mengelakkan diri mereka dari berjumpa Jaehyun.
Mereka sangat takut melihat kewujudan Jaehyun di sekolah kami memandangkan wajah Jaehyun serupa dengan wajah Hyunjae.
Bukan sahaja pelajar, malah guru dan pekerja di sekolah juga turut cuba mengelakkan diri mereka dari Jaehyun.
Kadang kala aku terfikir. Adakah Hyunjae dah dilahirkan semula?
Tapi ianya sangat mustahil kerana Hyunjae baru sahaja pergi 3 bulan yang lalu.
-
-
-
Kantin🍽
"Hayoung, aku kesianlah dengan Hyun-maksud aku Jaehyun tu. Tiada sesiapa yang nak berkawan dengan dia. Kita jadi kawan dia nak?" Kataku pada Hayoung yang sedang menghirup sup.
"Uish! Tak naklah. Aku takutlah. Sejak bila kau suka ambil tahu pasal orang lain ni? Bukan ke kau tak suka sibuk pasal orang lain? Lagi-lagi namja"
"Kau nak takut apa. Dia tu manusia bukan hantu"
"Kot-kota Hantu Hyunjae tu menyamar jadi manusia ke. Ha. Kitakan tak tahu."
"Ish kau ni. Suka sangat fikir bukan-bukan. Kalau kau tak nak berkawan dengan dia, biar aku je yang berkawan dengan dia"
"Kalau kau berkawan dengan dia, kau tak takut ke namchin kau cemburu?" Soal Hayoung yang cuba sedaya upayanya untuk menghalang aku dari berkawan dengan Jaehyun.
"Ala...Mingyu takkan cemburu punya"
"Ye la tu."
Ouh ye. Aku lupa pulak pasal namchin aku seorang tu. Dia dah makan ke?
-
-
-
Padang sekolah
Aku mencari-cari kelibat Mingyu di padang sambil membawa sekotak susu dan sebungkus roti.
Aku tersenyum gembira apabila melihat Mingyu berasa di tepi padang.
Aku berjalan ke arahnya perlahan.
"Hai Mingyu" sapaku.
Dia melemparkan senyuman pada aku.
"Alololo...kesiannya dia berpeluh-peluh. Bila pertandingan bola sepak tu?" Soalku sambil mengelap peluhnya dengan tisu.
"Emm...minggu depan"
Aku menganggukan kepalaku tanda faham.
"Nah roti dengan air. Awak mesti belum makan kan"
"Gomawo" ucap Mingyu lalu mengambil roti dan air tu.
"Saerom, malam ni kita keluar nak?" Ajak Mingyu.
"Keluar? Saya okey je. Tapi...awak tahukan Omma dengan Appa saya tak benarkan saya keluar malam"
"Ala...baru nak bawa awak ke sesuatu tempat."
"Mianhae. Lain kali je eh"
Mingyu menganggukan kepalanya sedih.
"Ouh ye. Saya dengar kelas awak ada budak baru. Kecoh satu sekolah sebab muka dia sebiji macam Hyunjae. Betul ke?" Soal Mingyu ingin tahu.
"Haah. Kesian saya tengok dia. Tak ada siapa yang nak berkawan dengan dia. Awak, boleh tak saya berkawan dengan dia?"
YOU ARE READING
[S1&S2]GHOST || Hyunjae TBZ
אקראי•••S1••• START: 09/12/2018 END: 15/12/2018 •••S2••• START: 10/02/2020 END: 10/03/2020