"Saerom!"
Aku terkaku seketika apabila namaku di jerit oleh seseorang.
Tidak lama kemudian, salah seorang kawan Mingyu tiba-tiba di tendang oleh seseorang.
Aku memandang gerangan yang menendang kawan Mingyu itu.
"JAEHYUN!"
Sebaik sahaja aku melihatnya disitu, air mata aku terus mengalir semula.
Aku berharap sangat yang dia tolong aku bawa pergi dari sini.
Hati aku tidak henti-henti memanggil namanya.
"Kau buat apa dekat sini?!" Soal Mingyu yang terkejut dengan kewujudan Jaehyun.
"Lepaskan Saerom!" Arah Jaehyun.
"Kau siapa nak suruh aku lepaskan Saerom?!" Soal Mingyu dengan nada yang tinggi sambil memegang tangan aku kuat.
"Arghhh...sakitlahhh" rungut aku sambil cuba melepaskan tangan aku dari gengamannya.
Mingyu tidak berkata apa-apa malah lagi kuat Mingyu memegang tangan aku.
"ARGHHHH SAKITTTT"
Jaehyun yang melihat keadaan itu terus menjadi geram.
Jaehyun terus berlari ke arah Mingyu lalu menendang Mingyu dengan kuat.
Tubuh Mingyu jatuh di atas meja makanan.
Sebaik sahaja tangan aku dilepaskan, aku terus menyorok di belakang Jaehyun.
"Jaehyunnn...saya nak balikkk" kataku dengan tangisan.
"Hm. Saya akan bawa awak balik" kata Jaehyun dengan lembutnya.
Sebaik sahaja dia berkata begitu, hati aku resa sedikit tenang.
Aku memegang tangan Jaehyun apabila Mingyu datang semula dengan keadaan yang comot.
"Wow. Kau! Budak baru! Dah berani eh sekarang.." kata Mingyu sambil menaikkan kening sebelahnya.
Walauapapun Mingyu buat, Jaehyun langsung tidak tergugat.
"KORANG! BELASAH BUDAK BARU NI SAMPAI LUNYAI!" Arah Mingyu kepada 5 orang kawannya.
Jaehyun melepaskan tangan aku yang berpaut di lengannya lalu belasah kawan-kawan Mingyu itu.
Aku di tinggalkan seorang.
Mingyu datang mendekati aku.
Aku memandangnya dengan pandangan yang menyampah.
"Kau tahu tak perangai kau mengalahkan setan!" Marahku dengan pandangan tajam.
Mingyu hanya tersengih jahat.
Mingyu mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.
"Kau pulak, macam biri-biri yang masuk dalam perangkap aku" balas Mingyu.
Aku terdiam tidak mampu nak balas.
Tapi hanya seketika kerana Jaehyun kembali ke arah aku.
Dia memegang tangan aku.
Mingyu terkejut melihat Jaehyun yang masih tidak lunyai.
Terbeliak matanya melihat kawan-kawannya yang sudah tumbang dengan begitu cepat.
Sebelum Mingyu menahan mereka pergi, Jaehyun terlebih dahulu menyepak kakinya bagi jatuh.
"Kajja" ajak Jaehyun.
Aku menganggukan kepala aku.
Kami berdua lari keluar dari kawasan perumahan itu.
=====
🏠Aku rasa sangat-sangat bersyukur apabila aku berada di depan rumah aku.
Aku memandang Jaehyun dengan penuh perasaan rasa berterima kasih.
"Awak masuklah rumah. Bersihkan diri awak tu. Esok awak tak payahlah datang sekolah kalau tak larat. Nan--"
Belum Jaehyun ingin habiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu memeluknya.
"Terima kasih Jaehyun sebab selamatkan saya..." ucapku.
Jaehyun sedikit terkejut.
"Sa-ma-Sama..." balas Jaehyun.
Aku melepaskan pelukan itu lalu berjalan masuk ke dalam rumah aku sebaik sahaja melambai tangan kepadanya.
TBC
YOU ARE READING
[S1&S2]GHOST || Hyunjae TBZ
Random•••S1••• START: 09/12/2018 END: 15/12/2018 •••S2••• START: 10/02/2020 END: 10/03/2020