☁03☁

679 84 7
                                    

"Kau ada kembar ke?" Soalku pada Hyunjae yang tidak henti-henti merenung Jaehyun.

"Kembar? Mana ada."

"Kot-Kot Omma kau rahsiakan pada kau yang kau ada kembar ke"

"Omma aku tak pernah berahsia pada aku la. Aku percaya yang dia bukan kembar aku"

"Tapi, muka korang sebiji kot"

"Dalam dunia ni kan ada 7 orang yang muka sama."

Aku menganggukan kepala aku, setuju dengan apa yang dikatakan  oleh Hyunjae.

"Saerom? Awak nak cakap sesuatu dengan saya ke?" Soal Jaehyun yang perasan aku hanya memandangnya.

"H-Ha? T-Tak adalah." Kataku gagap.

"Habis tu kenapa awak asyik pandang saya?" Soal Jaehyun lagi.

"H-Ha? Ma-Mana ada saya pa-pandang awak. Sa-Saya pandang...pandang...Ha! Pandang loker dekat belakang tu!" Kataku sambil menunding jari ke arah loker di belakang Jaehyun.

"Ouh. Yeke" Jaehyun kembali memandang telefonnya.

Aku mengeluh rasa lega.

Aku kembali memandang ke depan.

"HAHAHAHA!! Cuak kau" gelak Hyunjae di sebelah aku.

"Kau punya pasalah" marahku lalu meletakkan kepala di atas meja.

"Merajuk ke?" Soal Hyunjae sambil mencucuk pipi aku dengan jarinya yang sejuk itu.

"Mana ada" balasku lalu memaling ke arah lain.

Hyunjae masih tidak henti-henti mencucuk pipi aku.

"Tak payahlah Hyunjae!" Marahku.

Aku memandang Jaehyun yang terkejut dengan keadaan aku yang tiba-tiba marah. Dahlah dalam kelas tu cuma aku dengan dia je...

"A-Awak marah saya ke?" Soal Jaehyun takut-takut.

Aku mengangkat kepalaku dan mulai rasa bersalah.

"T-Tak. Tak. Saya tak marah awak. Sa-Saya ma-marah..." aku sempat menjeling ke arah Hyunjae seblum menghabiskan kata-kataku.

"Lalat. Saya marah lalat. Lalat asyik kacau saya nak tidur" kataku sambil menepis-nepis tangan aku seperti menghalau lalat.

"Ouhh..." Jaehyun kembali memandang ke arah telefonnya.

Aku pandang Hyunjae geram.

Kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni.😡

---

Waktu Rehat🔔

Baru je aku nak melangkah keluar dari kelas, tiba-tiba...

"Saerom, tolong bawa buku ni ke pejabat saya. Saya ada urusan lain nak kena buat" arah Sukjin Saem.

Woahhh!! Cikgu ni. Tak habis-habis nak mengarah aku. Dari dulu sammmmpai sekarang😬.

Aku memusingkan badan aku menghadap Sukjin Saem sambil menayangkan wajah yang palinggggg manis😃.

Pandai tak aku belakon.

Huh😧

"Letak buku ni dekat atas meja saya" arahnya sambil memberi 36 buah buku tulis itu pada aku serentak.

Pehh! Berat gila!

Aku memandang Hayoung sedih.

"Kau pergilah ke kantin dulu" kataku sedih.

"Kau nak aku tolong?"

"Tak payahlah. Aku dah biasa buat benda ni"

"Yela. Aku tunggu kau dekat kantin. Nanti aku belikan makanan untuk kau macam biasa"

Aku menganggukan kepalaku lalu berjalan menuju ke pejabat.

"Alololo...kesiannya dia..."

Dah muncul dah budak penyebuk ni...😩

"Tahupun kesian. Macam nilah kalau Sukjin Saem masuk. Tapi ada satu hari tu lagi teruk. Masa aku nak ke kantin yang hanya tinggal beberapa minit je waktu rehatnya, tiba-tiba ada orang tu datang suruh aku bawa buku ke kelas. Aku kata tak nak bawa tapi dia terus letak buku tu dekat bawah lepastu lari pergi jumpa dengan yeochin kesayangannya. Dah lah masa tu aku baru hantar buku dekat pejabat Sukjin Saem, lepas tu aku kena lagi bawa buku ke kelas. Kau tahu tak esoknya tangan aku jadi sakit! Aku nak tulis pun susah tau!" Bebelku panjang.

Aku meniup rambut depan aku selepas puas membebel.

Hyunjae tersengih-sengih di sebelah aku.

"Hehehehe..siapalah orang tu ye. Teruk betul"

Aku menjelingnya.

"Saerom" panggil seseorang.

Aku menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Jaehyun?"

"Awak nak pergi mana bawa buku-buku ni?" Soal Jaehyun sambil masukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Nak pergi pejabat Sukjin Saem. Dia suruh saya hantar buku ni dekat pejabat dia."

"Ouh. Kalau macam tu, biar saya je lah yang hantar. Bilik dia dekat tingkat 4 kan" pelawa Jaehyun.

"Awak nak hantarkan? Tapi bukan ke awak belum makan?"

"Tak apa. Saya masih kenyang lagi selepas makan nasi goreng kimchi pagi tadi" kata Jaehyun sambil mengambil semua buku dari pegangan aku.

Woah. Aku rasa terharu.😃

"Gomawo" ucapku tersenyum gembira.

Dia hanya balas dengan senyuman lalu bawa buku-buku itu ke pejabat Sukjin Saem.

"Hyunjae, tengok dia tu. Itu barulah lelaki sejati. Bukan macam orang tu yang main arah orang bawa lepastu larikan diri sebab nak jumpa yeochin yang tak betul tu!" perliku lalu berjalan meninggalkannya.

"Ala...maafkanlah aku..." Hyunjae mengejar aku dari belakang.

Hahahaha biar je dia rasa bersalah. Bila lagi aku nak mengusik dia. Nanti dia dah tak ada🙄.




TBC





[S1&S2]GHOST || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now