[Rumah Jaehyun🌘]
Selesai sahaja aku menukar pakaian aku, aku terus menuju ke rumah Jaehyun.
Seperti biasa, kami berada di sana untuk menyiapkan kerja khusus kami.
Aku senyap-senyap berjalan ke arah Jaehyun yang sedang tersenyum-senyum memandang laptopnya.
Jalan
Jalan
Jalan...
Pak!
Langkahku terhenti apabila aku terjatuhkan fail dari pegangan aku.
Jaehyun memandang aku terkejut.
Aku tersenyum ke arahnya.
Jaehyun bangun dan berjalan ke arah aku.
Dia nampak gelisah.
"Awak tengok apa dekat laptop tu? Lain macam senyumannya. Awak tengok...p--"
"Bukan! Sa-Saya...cuba buat kerja khusus kita." Kata Jaehyun gagap.
"Awak mula tanpa saya? Saya nak tengok"
Aku berjalan ke arah laptopnya.
Baru je aku nak berpusing memandang screeen laptop, Jaehyun memeluk aku.
Jaehyun menutup wajah aku dengan kotnya.
Aku terkejut.
"Ke-Kenapa ni Jaehyun" soalku yang masih dalam pelukan Jaehyun.
Aku dapat dengar degupan jantung Jaehyun yang sangat pantas.
"Sa-Saya...sejuk" kata Jaehyun sambil mengemaskan lagi pelukan.
Sejuk?
Bukan ke dia dah pakai baju yang sesuai untuk cuaca sejuk ni?
Apa-apa je lah. Mungkin dia tak sihat. Itu yang sejuk sangat tu...
Aku membiarkan dia memeluk aku untuk beberapa saat.
Pada masa yang sama, Jaehyun mengambil peluang untuk menutup laptopnya.
•••
Jaehyun meleraikan pelukan itu.
Aku memandangnya.
"Awak dah okey sekarang?" Soalku padanya.
"Nae" jawab Jaehyun dengan anggukan kecil.
"Baguslah. Jom kita sambung buat kerja khusus kita." Kataku sambil mengeluarkan kertas-kertas dan fail-fail untuk kerja khusus itu.
"Awak siap-siap dululah barang-barangnya. Saya pergi ambil air dekat bawah"
"Em. Okey"
Selepas bayangan Jaehyun hilang dari pandangan aku, aku berhenti mengeluarkan barang-barang dari bag aku.
Pandangan aku teralih ke arah laptop Jaehyun.
Aku nak sangat apa yang dia lihat dari tadi.
Aku bangun dan pergi ke arah Laptopnya.
Sekali sekala aku memandang ke arah tangga memastikan Jaehyun tiada di sini.
Aku membuka laptop itu dan...
BWO?!
Kenapa dia ada gambar aku?!
Bila masa dia ambil gambar aku senyap-senyap ni?!
Aku melihat semua gambar aku satu persatu.
Aku teringat akan sesuatu.
Dia pernah cakap yang dia suka...seseorang.
YOU ARE READING
[S1&S2]GHOST || Hyunjae TBZ
Random•••S1••• START: 09/12/2018 END: 15/12/2018 •••S2••• START: 10/02/2020 END: 10/03/2020