👻06👻

974 118 26
                                    

🏫🏫🏫🏫🏫

"Pess!!pess!! Saerom-ah!Saerom-ah!Pess!!"

Aduh..😧

Menyebuklah Si Hyunjae ni.

Orang tengah sibuk belajar, boleh pulak dia 'Pess! Pess!'

Aku lepuk dia ni baru tahu.

"Yah! Saerom!! Pess!! Pess!! Saerom!!" Panggil Hyunjae lagi.

Dia ni memang mintak penampar ni.

Aku pandang dia dekat tingkap.

Nasib baik aku duduk dekat tepi tingkap, tak adalah Cikgu perasan aku bercakap dengan Hyunjae.

"Kau nak apa?! Aku tengah belajar la" marahku dengan nada yang perlahan.

"Weh! Aku ada benda nak cerita dengan kau ni" kata Hyunjae teruja.

"Ish! Kau ni. Aku tak ada masalah nak dengar cerita kau la" balasku.

"Kau nak tahu tak, tadi aku pergi kantin. Aku duduk sebelah Makcik kantin yang tak ada gigi depan tu. Masa tu dia nak makan biskut. Tapi, pada masa yang sama, Kawan dia panggil dia. Jadi, dia tahan biskut tu dengan gigi depannya sambil berjalan pergi ke kawannya. Kau tahu apa yang jadi lepas tu?" Soal Hyunjae teruja.

"Apa yang jadi?" Soalku.

Tiba-tiba rasa nak tahu pulak.

"Biskut tu terjatuh. Sebab dia mana ada gigi depan. Masa di nak tahan biskut dengan gigi depan dia, biskut tu jatuh. HAHAHAHA" Hyunjae gelak sampai bergolek-golek di lantai.

Aku tak tahu nak gelak ke tidak..

Lawak ke?

"Saerom!!!" Jerit Cikgu Jongkook.

Ternaik bahu aku apabila terdengar jeritan Cikgu Jongkook.

Aku pandang Cikgu Jongkook.

"Kamu pandang apa dekat luar tu?! Kalau kamu nak tengok Crush kamu dekat kelas sebelah tu, baik kamu keluar je dari kelas!" Marah Cikgu Jongkook.

Aku mana ada Crush....

Ini semua salah Hyunjae!😡

"Saerom! Berdiri dekat luar kelas!" Arah Cikgu Jongkook sambil bercekak pinggang.

Aku pun bangun dan berjalan keluar dari kelas dengan menebalkan muka.

Malu gila aku!!!😳

-

Aku berdiri di luar kelas dengan ditemani oleh Hyunjae.

"Kau patut berterima kasih dekat aku" kata Hyunjae dengan muka tak bersalahnya.

"Kenapa pulak aku kena berterima kasih dekat kau pulak?" Soalku geram.

"Yela.. disebabkan akulah, kau tak payah belajar" beritahu Hyunjae.

Aku mencebik.

Aku pandang pelajar kelas sebelah.

Pelajar lelaki yang bernama Seokmin atau dikenali sebagai DK pandang aku dengan wajah yang terkejut.

Mesti dia terkejut tengok aku cakap seorang-seorang.

Apabila aku tenung dia, dia terus tutup tingkapnya.

Haih..😧

Tak pasal-pasal nanti aku digelar orang gila....

Tidak lama kemudian, Seulgi iaitu Yeochin Hyunjae lalu di hadapan kami.

"Ya! Ya! Itulah Yeochin kau!" Kataku pada Hyunjae.

Hyunjae pandang Seulgi yang berlalu pergi.

"Itu Yeochin aku? Tak cantik pun..Kau lagi cantik" Kata Hyunjae dengan selamba.

Wait?

Apa dia cakap?

Aku lagi cantik?*hidung kembang*

Hahahhaha...

Terima kasih Hyunjae..😋

"Kalau aku lagi cantik dari dia, kenapa kau boleh bercouple dengan dia?" Soalku pelik.

"Entahlah. Aku mana ingat" jawab Hyunjae.

-

Akhirnya waktu rehat telah tiba!!🎉

"Weh! Macam mana berdiri dekat luar?" Soal Hwall pada aku.

"Okey je. Lagi best dari belajar" jawabku selamba.

"Jadi, kau puaslah tenung Crush kau?" Soal Haknyeon pula.

"Ya! Aku mana ada Crush!" Marahku dan cuba menendang punggung Haknyeon.

Haknyeon sempat berlari pergi bersama dengan Sunwoo.

Aku dengan Hayoung keluar dari kelas dan bertembung dengan DK.

Apabila DK pandang aku, dia terus cepat-cepat pergi.

"Weh! Kenapa dengan DK tu?" Soal Hayoung apabila melihat DK gelabah.

"Entahlah" jawabku.

-

🕭🕭🕭🕭🕭

Tamat sahaja waktu rehat, semua pelajar masuk ke dalam kelas.

Baru je aku nak duduk, tiba-tiba aku terdengar jeritan seorang yeoja.

Bukan aku je yang terkejut dengan jeritan kuat tu, budak-budak kelas aku dengan budak-budak kelas sebelah turut terkejut.

Kami semua apa lagi...

Berlarilah ke arah jeritan tu.

Jeritan tu datang dari tandas yeoja.

"Ya! Ya! Namja jangan masuklah!" Jerit Sangyeon.

Semua pelajar lelaki tunggu di luar dan pelajar perempuan masuk ke dalam.

Kami nampak Irene iaitu dari kelas pertama terjerit-jerit sambil menyerabaikan rambutnya.

"Ya! Ya! Irena kena Histeria la" kata Hayoung.

Kami semua tak tahu nak buat apa.

Tidak lama kemudian, Irene berhenti menjerit.

Dia pengsan.

Yeri, Joy dan Wendy tolong angkat Irene keluar dari tandas.

Apa yang membuatkan aku terkejut apabila Hyunjae keluar dari badan Irene.

Hyunjae tersenyum gembira sambil memandang aku.

Aku mengeluh berat.😧

Sementara budak-budak lain kecoh dengan Irene, aku seorang diri masuk ke dalam kelas aku yang kosong itu.

Hayoung?

Dia tak nak ikut aku balik ke kelas.

Dia nak menyebuk dekat sana.

Aku duduk di tempat aku dan Hyunjae yang tiba-tiba muncul duduk di tempat Hayoung.

"Kenapa kau masuk dalam badan Irene?" Soalku.

"Dia asyik memuja aku je... Rimas aku tahu tak! Jadi, aku masuklah ke dalam badan dia. Best tau aku dapat kawal badan dia" beritahu Hyunjae.

"Kau jangan nak masuk ke dalam badan aku pulak" Aku beri amaran pada dia.

"Tengoklah. Kalau aku tak bosan... aku tak masuklah ke dalam badan kau" kata Hyunjae dengan tersenyum sinis.





















TBC...

[S1&S2]GHOST || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now