Skip. After 1 years.
'Seo Changbin POV.
Sejak hari lahir aku tahun lepas, aku dah tak nampak kelibat Yoora. Hati aku rasa rindu.
Rindu pegang tangan dia.
Rindu bercakap dengan dia.
Rindu untuk menghiburkannya.
Dan rindu mencintai dia.Jikalau masa boleh diputarkan semula, aku akan beritahu Yoora segalanya. Kalau dia tak terima aku, sekurang-kurangnya hati aku ni lega sebab dah luahkan kat dia.
Tetapi masa itu takkan boleh diputarkan kembali. Sungguh, aku rindu pada waktu dahulu. Sekarang, aku menahan sakit yang aku sendiri buat. Yoora dah tinggalkan aku dan aku mungkin takkan jumpa dia sebelum aku pergi.
Sekarang hidup aku teramatlah sunyi. Hanya menghitung hari untuk pergi sahaja.
Rawatan, ubat, semua itu sudah tidak berkesan bagi aku. Penyakit aku semakin parah.
Mesti korang fikir yang aku bahagia dengan Suhyeon kan. Tu memang tidak sama sekali. Suhyeon dengan aku tiada apa-apa hubungan. Dia cuma doktor yang cuba pulihkan sakit aku je. Kebetulan dia datang rumah aku time hari lahir aku haritu, aku ambil keputusan untuk tipu Yoora yang aku dah gantikan dia. Aku buat macam tu sebab aku tak nak dia risaukan aku.
Haritu aku batuk sikit pun dia dah risau teruk, ni pulak kalau dia tahu yang aku menghidap kanser entah betapa teruk lagi risau dia.
Aku menatap gambar-gambar kenangan aku bersama Yoora di dalam telefon.
Aku teringat apa yang Suhyeon cakap.
"Maaflah Changbin, kanser awak dah ke tahap 4. Tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan"
Aku hanya tersenyum sendiri. Ada bagusnya juga aku putus dengan Yoora. Dia mesti dah bahagia bersama orang lain.
Tiba-tiba, kepala aku makin pening. Telefon yang aku pegang terlepas dari tangan, tubuhku rebah ke lantai, mata aku kian kabur kemudian perlahan-lahan tertutup.
Mungkin sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal?
*
Baku sangat lah part ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
putus, changbin.
Short Story❝Aku tinggalkan kau bukan bermaksud aku dah tak cintakan kau❞ // COMPLETE ☾︎ ft. 창빈 'strayhanjisung ☽︎