Bab 14 - Arwah Mama Nuwa

466 17 0
                                    

--------------FLASHBACK Sebelum Nuwa dilahirkan---------------


Di taman Istana Varrel Roswearl,sepasang suami isteri seperti menunggu seseorang dengan senyap tanpa diketahui oleh sesiapa.


"Awak...," Wanita jelita itu mendekati kekasih hatinya yg bernama Asriq Wazzif itu bergerak mahu bertemu dgn ibu bapanya.


"Nur Afza Wafina..kalau awak sayangkan saya,sayangkan ibu ayah awak...bantu saya utk dptkan restu keluarga awak," Asriq merenung mata Afza yg terkedu mendengar kata-katanya.


"Keluarga saya..," Afza mulai sebak di benik matanya mengenang keluarganya yang hanya mahu dia mengahwini lelaki pilihan mereka.


"Saya tahu...saya pun sayangkan awak..saya pun tengah berusaha...demi Allah,demi awak dan demi semua yang penting dalam kehidupan kita..Kita tak boleh terus membangkang mcm ni..Kita pun dah ada rezeki zuriat ni...dengan perkahwinan kita, Nuwa kita akan bahagia dgn kita bila dia dah dilahirkan di dunia..okay sayang..?"Asriq tersenyum melihat Afza yg sedang keliru merenungnya disebabkan kata-katanya tadi.


"Syam...cane?"Afza merenung suaminya yg masih tersenyum manis ke arahnya.


"Assalamualaikum,Afza...,"Susuk tubuh seseorang menghampiri diorang berdua dengan senyuman sayu melihat tepat ke arah Afza.


Afza terkedu melihat ahli kerabat itu..Seseorang yg sepatutnya dia kahwini..bukan suaminya,Asriq Wazzif..tetapi Raja Vinkosvh,Tengku Syamrein Asyraff. Dia terus menundukkan kepalanya. Dia tidak berani utk melihat mata Raja itu. Hatinya rasa begitu bersalah terhadap baginda.


"Afza...boleh tak awak tengok saya...? Lama dah saya tak tengok awak...,"Tengku Syamrein merenung Afza yg masih tak keruan apabila dia muncul di situ.


"Sayang...,"Asriq merenung mata isterinya utk menenangkan hati Afza yg tak keruan itu.


Afza membalas renungan suaminya lalu dia berasa tenang sedikit. Dia cuba melihat Raja itu dgn tepat pada wajah baginda. Dia merah merona kerana malu.


Tengku Syamrein terkedu dan ketawa kecil merenung gelagat buah hatinya yg telah menjadi milik org lain itu. Sekiranya Afza tidak mengahwini pembantu,sahabat bagaikan adik-beradiknya iaitu Asriq.. Afza akan pasti menjadi permaisurinya. Tetapi dirinya tahu..Walaupun dia telah dinobatkan sebagai Raja Vinkosvh pada umur semuda ini,dia tidak berhak utk memaksa Afza bersama dgnnya. Pada saat dirinya melihat kemesraan Asriq dan Afza ketika ini, dirinya pasrah dgn ketentuanNya.


"Awak tak payah rasa bersalah lah,Afza...Ini takdir yg diberi olehNya..Kita sebagai hambaNya patut meredai setiap ketentuanNya..okay?" Tengku Syamrein menyuakan senyumannya yg pahit itu. Hanya utk gadis yg paling dicintainya..


"Syam,Asriq,Afza!" Seorang wanita dgn susuk tubuh yg langsing dan wajah yg jelita seperti Afza cuma tidak bertudung berlari menuju ke arah mereka bertiga dengan senyum yg manis. Dia pergi ke sebelah Tengku Syamrein memandang itu adalah tunangannya. Dia takut-takut utk melihat bekas kekasihnya yg paling dia sayang dahulu telah menjadi milik sahabat baiknya sendiri tetapi dia tahu, itu utk kebaikan mereka berempat jugak.

Si Gadis Tumpuan Putera-Putera RajaWhere stories live. Discover now